Hiii...!


Thursday, July 7, 2011

Andainya tiada rasa sakit

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, sehingga saat ini Allah masih memberi peluang kepada kita untuk bernafas di muka bumi Allah ini. Kali ini, ana nak berkongsi tentang sesuatu yang bermakna..iaitu, bagaimana eh seandainya kita tak dapat merasai sebarang kesakitan??? hmm....



Dunia ini penuh dengan pancaroba, Pelbagai ujian sering menimpa. Membuatkan kita sering berasa sakit. Itu menandakan kita hamba dan menunjukkan kita memerlukan pertolongan daripadaNya. Tetapi indahkah hidup ini andainya rasa sakit itu tiada?


Waktu itu kita tidak akan berasa apa-apa apabila terpijak duri, kaca, tersepak batu, terhiris jari atau apa-apa yang meyakitkan......



Maka banyaklah manusia yang akan kehilangan anggota kerana tidak menyedarinya. Maklumlah sakit yang sepatutnya ada tetapi tidak dirasai.



Maka ramailah orang yang akan mati apabila kebakaran terjadi, terutamanya di malam hari. Maklumlah sedang nyenyak dibuai mimpi.



Maka pelbagai penyakit pasti lebih cepat merebak, contohnya gigitan nyamuk lebih-lebih lagi tidak terasa, tetapi kuman yang dibawanya tetap ada.


Maka manusia tidak akan terburu-buru untuk mengubati penyakit yang menimpa. Ataupun langsung tidak akan mengubatinya kerana tidak tahu diri sedang berpenyakit.



Maka ketika itu pekerjaan sebagai doktor, jururawat, dukun dan bomoh tentulah tidak ada. Kalau dah tidak ada doktor dan orang sakit, tentulah hospital, klinik dan farmasi juga tidak ada. Berkuranglah satu lagi tempat untuk mencari rezeki.


Manakala orang jahat ketika itu menjadi semakin jahat kerana walau apa pun hukuman yang dijatuhkan kepadanya dia tidak akan berasa apa-apa.


Maka semakin hari semakin banyaklah kerosakan akan berlaku didunia dan ke atas diri manusia itu sendiri kerana TIADA RASA SAKIT.



Jadi, sakit itu juga sebenarnya adalah nikmat dan ubat kurniaan Allah yang patut kita syukuri. Banyak keburukan yang bakal menipa sekiranya sakit tidak ada.......


Sesungguhnya sakit itu penghapus dosa.........

^_^



"Addin An-Nasihah ^___^

No comments:

Post a Comment

:::SAHABAT-SAHABATKU:::