Hiii...!


Monday, April 9, 2012

Berbudi pada makluk ciptaan Allah

Assalamualaikum,

Aku bukanlah insan yang sempurna..banyak perkara yang perlu dibaiki, banyak dosa yang perlukan aku untuk bertaubat. Semoga Allah menerima setiap amalanku dan mengampunkan dosaku yang bertimbun-timbun tanpa dapat dihitung...ALLAH...lemahnya aku. Lemahnya imanku, naik dan turun... (Sekadar luahan rasa :'I )

Dan al-kisahnya kali ini, mahu bercerita tentang berbudi pada makhluk =)

Tik..tik...aku dapat satu mesaj dari seseorang. Satu pengajaran yang dapatku ambil... =) Sahabat ini berkongsi ceritanya denganku bahawa abahnya telah mendapat cabutan bertuah sijil premium BSN. Dapat tempat kedua. Dan aku bertanya dapat berapa?

"50 ribu...gila ork"
Aku berkata dalam hati, memang gila dan ku balas " Biar betul?"
"Ho...ma cakap rabbit r doa, dah beli makanan RM 50 sebulan, tp Allah bg 50ribu..hehe"
 

Alhamdulillah, ini rezeki yang Allah bagi. Mungkin juga salah satunya kerana berbudi dan memberi makan pada haiwan. Maka dimurahkan rezeki. Waallahu'alam.  Tapi keluarga  sahabatku ini memang penternak rabbit yang tegar..heheh. menjadikan rabbit sebagai haiwan peliharaan. Tak pernah menjual atau menyembelih rabbit peliharaannya. Yang pernah, memberi makan,  mengembumikan rabbitt bila berlaku kematian, bermain, menyelamatkan rabbitnya dari di baham kucing dan sebagainya. Nilah diantara kisah2x rabit yang selalu dikongsikan bersamaku selamaku mengenalinya.hehe. Banyak pengorbanannya pada makhluk Allah yang bernama rabbit itukan.


Mesti ramai pencinta binatang di luar sana tertanya-tanya apakah hukum kita memberi makan kepada binatang? Adakah ia termasuk sedekah?



Jawapan:

harus berbudi kepada binatang. Islam menggalakkan umatnya berbudi kapada seluruh makhluk ciptaan Allah sama ada manusia,jin,binatang, tumbuhan dan sebagainya.

Perbuatan itu termasuk sedekah yang akan diberi ganjaran...insya-Allah...

Dalam riwayat yang sahih, seorang pelacur dimasukkan ke syurga hanya kerana memberi minuman kepada seekor anjing..


So, sayangilah haiwan yang berada dipersekitaran anda walau berapa  kerapnya dia melepaskan hajatnya di tempat anda..hihih.

Disini mungkin satu lagi sirah Rasullullah yang boleh dijadikan tauladan :

        
 Seorang lelaki  mendapati anjing itu menjulur-julur lidah sedang memakan tanah yang lembab kerana tersangat dahaga. Maka lelaki itu pun mengambil air telaga dengan menggunakan kasutnya lalu meletakkannya pada mulut anjing tersebut,lalu anjing itu meminumnya sehingga puas. Nabi S.A.W bersabda dan maksudnya : “ Allah berterima kasih kepadanya, dan Allah memberi keampunan kepadanya. Lalu sahabat bertanya dalam keadaan tercengang-cengang : “Apakah kami mendapat pahala dengan sebab berbudi kepada binatang, wahai Rasulullah ? “. Jawab Rasulullah :” Ya ! Berbudi kepada setiap yang bernyawa, akan mendapat pahala”. ( Bukhari dan Muslim sepakat tentang hadis ini yang diriwayatkan dari Abu Hurairah sebagaimana tersebut dalam kitab Lulu`Wal Marjan – Hadis 1447 )

         Jelas bahawasanya sahabat beranggapan ,berbudi kepada makhluk binatang tidak mendapat balasan pahala di sisi Allah, sahabat juga menganggap Agama Islam tidak memandang penting mengenainya.

         Maka Rasulullah S.A.W menjelaskan kepada para sahabat,berbudi kepada setiap makhluk yang hidup akan mendapat ganjaran pahala, walaupun ianya binatang hatta anjing ….. apatah lagi kalau berbudi kepada manusia? Lebih-lebih pula berbudi kepada orang yang beriman?


Waallahua'lam...

Sekian, wassalam. 




http://sukasukisakan.blogspot.com/2007/10/berbudi-pada-binatang.html

http://www.hanan.com.my/print.php?sid=1825





"Addin An-Nasihah ^___^

No comments:

Post a Comment

:::SAHABAT-SAHABATKU:::