Sunday, April 8, 2012

Siapa Wanita Cantik bagiku?

Assalamualaikum, siapa itu wanita cantik..bagiku, wanita cantik bukan yang dilihat melalui paras rupa, pakaiannya yang cantik, bajunya yang baru, tudungnya yang berfesyen. Tapi wanita yang cantik adalah bilaku memandangnya akan ku pandang beberapa kali. Pernah juga seorang kawanku bertanya, 

Ok tak tudung ni?? 
Aku cakap "Ok sgt, sesuai sangat denganmu ", "Nampak cantik dan berseri2-seri la pula"..."Eii comelnya!"
Time tudung yang dipakainya dilepaskan kebawah dan menutupi dadanya. memang aku pandangnya banyak kali...suka sgt..cutenya kamu ^_______^, serius!!
......
......
......Beberapa hari kemudian,
>>>>>>
<<<<<<
Ku keluar bersamanya, dan kawaku itu memakai tudung yang sama...tapi.............
hatiku rasa terdera nak melihatnya, rasa terluka...
die menyimpangkan tudungnya sehingga membuka luas dan ternampak jelas dibahagian dadanya..

Hanya sekali pandang sahaja dan ku mengalihkan pandaganku, merajuk (*_____*)---->tapi die tak tahu pun..heee.
Aku berkata didalam hati, wahai hati, die memakai tudung yang sama, bukankah kau suka tengok tudung tu?
 "yela...tapi kenapa hatiku bagaikan dihiris..."
Hatiku menjawab...........kerana dirimu melihat kecantikannya bukan pada tudung baru yang dibelinya tetapi cara pemakaian tudungnya mengikut syariah itu iaitu menutupi bahagian dada itu automatik menyejukkan hati dan pandanganmu...bila hati sejuk, rasa semua tentang dirinya cantik dan indah.

Ermmmmmmmm.................... betul2X!! 

Lalu..ku berdoa, "Ya Allah, bukakanlah hatinya untuk menjatuhkan tudung yang bersimpang singkat tinggi sangat itu dijatuhkan kebawah sedikit je lagi...sikit je lagi...tak banyak pun xpe, sikit je lagi....supaya tertutup bahagian yang sepatutnya ditutup itu..sesungguhnya aku amat sayangkan kawanku ini dunia & akhirat"

Aku percaya kekuatan doa =)

Aku suka kawan-kawan yang berfesyen dan bergaya, cantik dan menarik...tak kisah baju jenis pe, tudung fesyen apa...janji pandai memakainya mengikut syariat, yang penting tutup bahagian dada dan bahagian belakang tu...xperlu bertudung labuh bidang 60, baju muslimah pun xperlu... tudung biasa pun xpe, baju biasa pun xpe, janji tutup neh... =) 



Tadi.....................

Tadiii...............tadikan, aku buka fb dan terjumpa la tentang ini, tentang wanita cantik juga. Yang daku cerita diatas ni cth kecantikan luaran, iaitu yang dilihat oleh mata, bagaimana pula kecantikan dalaman, bukankah kedua-duanya important?? So, ku copy & paste from (https://www.facebook.com/photo.php?fbid=310319712367098&set=a.306652716067131.70141.249972995068437&type=1)


........Bissmillahirahmanirrahim............zasss ^_^...............


Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU

1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.

seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya.sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN

percaya atau tidak.kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.kenapa?kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya.alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.

3)TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS

bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis.dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya.dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.

4)TABAH DI SAAT TERHINA

setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia.tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.

5)MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN

bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita.lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.namun bagi seorang wanita yang cantik itu,kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya.kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah.subhanallah.

6)MENGASIHI TANPA BALASAN

kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus.malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA.dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.

7)BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI


dia hanya berharap kepada YANG ESA.dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang.suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.

Khas untuk dirimu…Dirimu yang sedap mataku memandang.Cantik itu subjektif!

"Addin An-Nasihah ^___^

No comments:

Post a Comment

:::SAHABAT-SAHABATKU:::