Monday, July 1, 2013

Berjalan & Berfikir

Bismillahirahmanirahim... Allahumma Sollia'ala Muhammad, Wa'ala Alihiwasohbihiwasalim..

Minda ini menyeru diri untuk merenung kalamNya saban hari. Dalam hal ini, diri bukan sekadar diseru untuk berjalan dan melihat, tetapi juga diseru untuk berfikir dan mentafsir tentang kehebatan dan kestabilan alam ciptaan yang tersergam indah. Selagi diberi rezeki tubuh badan yang sihat, kewangan yang mencukupi dan masa yang terluang..maka berjalan dan bermusafirlah.. 
 
Bulan lepas beri kekuatan oleh Allah swt untuk bermusafir ke Kedah, Selangor, Putrajaya & Terengganu. Ke Kedah sebab menghadiri walimah kawan baik semasa menuntut di UUM. Bermusafir seorang diri, tiada mengharapkan perlindungan sesiapa melainkan Allah swt setelah diri ini berusaha untuk melindungi diri dengan menjaga aurat, menjaga akhlak dan merancang perjalanan. Bermusafir seorang diri perlu ringan mulut untuk mencari teman bermusafir bersama. Alhamdulillah...berkenalan dengan 2 lagi muslimat UTP yang seperjalanan ke Kedah. Sahabatku Nisa menanti disana menyambut kedatanganku. Dengan perut yang lapar..lamanya dalam bas, kami pergi makan dulu. Pekena chaw kiew taw udang + teh ais...alhamdulillah~fuhh..sedap. 

Balik sahaja rumah Nisa, tengok mak & ayah nisa sudah masuk tidur, maka terus membersihkan diri untuk...pensan..zzzzz.

Esok tengahari pergi beli hadiah perkahwinan sahabat. Wahh..merasa juga kenduri kawin orang kedah. Menarik.. 

1) Sebelum pengantin sampai, para tetamu bukan sahaja dihidang makanan malah dijamukan dengan nyanyian qasidah daripada sekumpulan jemputan. Hampir2x sahaja pengantin tiba, nyayian qasidah berakhir & bacaan doa..aturan yang cantik.
2) Ada disediakan teh panas + kopi panas disuatu sudut untuk semua para tetamu. Ais manis, itu kebiasaan memang adakan :)

Hmm...setakat ini, inilah yang lain dari yang lain sikit..

Habis sahaja berjumpa pengantin dan bergambar kenangan, my sahabat hantar pergi melawat adik-adik di UUM. Alhamdulillah..itu juga atas keizinan Allah swt. Kerna kalau ikut perancangan nak balik terus Perak sebab plan ke UUM bersama sahabatku Nurul tapi atas sebab tertentu dia tak dapat turun Kedah, maka..plan bertukar. Namun...! Itu perancangan kita manusia yang kerdil, sesungguhnya perancangan Allah lebih cantik.. :). Walaupun adik-adik UUM busy nak exam esoknya, tapi terubat juga rasa rindu dan kasih melihat mereka walaupun sebentar. Petang makan bersama adik-adik usrah yang tersayang.. Liya, Aini, Aina & Saba. Malam pula, beli burger kegemaran  (dah kempunan), dan bawa ke adik-adik DPP. Tak sempat jumpe semua..hanya dapat jumpe Nabila, Farah, Ira, Aini. Alhamdulillah~ganggu mereka sekejap, tambah2 tengok nabila yang alahai...stress nak exam kot tu..hihi.

Esok paginya, awal-awal pagi adikku saba menghidangkan radix untuk alas perut. Musafir ini mahu pulang..menaiki bas menuju ke stesen bas shahab. Selamat tinggal Kedah, insyaAllah bulan 10 cheq mai lagi..untuk hari yang dinanti-natikan cheq untuk naik ke pentas menerima segulung impian yang sekian lama hendak dicapai. Ohhh Sarjana Muda Matematik Perniagaan...

Ke Selangor & Putrajaya....

Musafir ini, bermusafir lagi 2 minggu yang lepas. Kali ini tidak berseorangan, tapi berteman. Musafir kali ini ditemani oleh Acik Wani ...weeee...Kami menaiki train ke KL, menghadiri walimah sahabat semasa di PUO dulu. Sampai di KL kami menaiki LRT Sentul. Di Sentul sahabat kami Rabiatul Adawiyah menjemput kami untuk pergi bersama ke walimah sahabat di Beranang yang mengambil masa 40 minit.

Berjumpa sahabat-sahabt PUO yang dah lama tak bertemu.. ada Syu, Siti, Ainul, Juliza, Yati, Asiah. Apa eh yang menarik di walimah fadilah & afif ni..

1) Ini mungkin biasa tapi, nak cerita jugak. Ada buku untuk diconteng oleh tetamu. Buku tu diletakkan atas meja, atas meja tu dihiasi juga frame gambar lama pengantin perempuan & sejambak bunga serta bekas pen yang ada pelbagai colour..
2) Ini first time tengok, sebelum balik..sempat juga ikuti sesi soal jawab pengantin. Tak tahu la sesi apa, tapi selepas keluarga sebelah lelaki dihantar pulang, pengantin diberi kerusi di luar rumah untuk duduk dan juruhebah majlis tu bersoal jawab mereka..mungkin itu salah satu sesi berkenalan dan cara mengeratkan siraturahim antara keluarga dan pengantin. Menarik..

meja untuk ucapan
 
Ucapan

Tidak habis disini, perjalanan kami berdua diteruskan menuju ke Putrajya. Rindu Putrajaya terubat sedikit, yang bestnya sahabatku Acik Wani sungguh excited.. hehe.. teruja plak..Sahabatku Asiah & yati bawa kami jalan-jalan dan makan.. Asiah belanja makan.. alhamdulillah, rejeki...sedap plak tu tempat yang dibawanya, persekitaranya pun cantik dan meriah pulak tu. Nama tempatnya tak pasti, tapi depan MOF tu la...



Seharian berjalan, malam...kiukk..zzzz...

Pagi esoknya bertolak pulang ke Perak. Adik hantar ke Bus Stesen Putrajaya. Alih2x tiket bas direct ke Seri Iskandar habisss... So, tukar plan, naik bas ke Puduraya, then ambil bas dari sana ke Seri Iskandar. Syukur..selesai satu perjalanan :)

"Jangan pandang masalah itu sebagai masalah, tetapi pandang ia sebagai satu peluang"

Seminggu kemudiannya ke terengganu....

Percutian ke Terengganu,  ini adalah percutian keluarga bersama orang baru. Sebelum ini percutian di Cameron Highland bersama ahli keluarga baru iaitu kakak ipar, kali ini tambah 2 orang ahli baru iaitu adik ipar dan seorang anak saudara.. :) Inilah harga yang tak dapat dinilai dengan apa-apa pun, masa yang paling indah dan manis ialah apabila satu keluarga dapat berkumpul dan beraktiviti bersama.


Pemandangan dari dalam kedai makan waktu pagi
Subhanallah...sungguh teruja melihat matahari terbit.
Tapak kaki siapa?
Perjalanan Pulang...

Musafir adalah sebuah tarbiah dariNya. Kerna semasa bermusafir...pelbagai perkara yang kita akan temui dan hadapi. Semua itu akan menguji kesabaran kita. Kebergantungan kita pada Lillahitaala. Menimbulkan juga rasa syukur dan kagum dengan pencipta untuk segala-gala jenis ciptaan dunia. Apabila kita bermusafir, bukan sahaja ilmu & pengetahuan akan bertambah, malah kita boleh mempraktikkan ilmu yang ada. Contohnya kita akan mempraktikkan solat jamak & qasar.

“Tiga doa yang dimakbulkan tanpa syak lagi, doa orang yang dizalimi, doa orang bermusafir dan doa ibu bapa untuk anaknya.”
(Riwayat al-Tirmizi)




"Addin An-Nasihah ^___^

No comments:

Post a Comment

:::SAHABAT-SAHABATKU:::