Saturday, March 31, 2012

TERAPI WAJAH

Wajah dan hati cantik.

  1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu', biarkan menitis dan keringkan sendiri, lalu ambillah sejadah,solat, berzikir dan berdoa.
  2. Untuk menghilangkan stress, perbanyakkan 'olahraga' dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu bermujahadahlah pada Allah SWT dengan zikir dan doa.
  3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. tidak hanya dibibir tapi juga dihati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci',(Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindahkan kejadianku, maka perindah pula akhlakku'). (HR Ahmad).-Doa tengok cermin
  4. Untuk punya bibir canti, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabbur.
  5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Makanlah makanan halal, perbanyakkan sayuran, buah-buahan, dan air putih.
  6. Untuk menyerikan diri, sebarkanlah salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.
Jom amalkan, seindah hiasan dunia adalah wanita solehah....

"Addin An-Nasihah ^___^

Thursday, March 15, 2012

Kasihnya Allah....

 
Alhamdulillah, sehingga hari ini masih dapat merasai nikmat iman. Syukur ya Allah.. Bak kata pensyarah Sains Pemikiran & Etika (SPE) saya, sesungguhnya Allah menyayangi hambanya lebih daripada sayangnya seorang ibu yang menyayangi anaknya. Jika seorang ibu sayangkan anaknya, tak sanggup melihat anaknya yang baru dilahirnya tanpa diberi kasih sayang apatah lagi hendak membuangnya, begitulah juga Allah...malah Allah lebih daripada itu sayangNya kepada hambaNya, tidak akan membiarkan hambaNya begitu sahaja apatah lagi tidak mempeduli hambaNya, Allah sentiasa disisi kita........sentiasa...............=)


"Dan janganlah kamu berasa lemah, dan jangan pula kamu bersedih hati kerana kamu paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman" (Al-Imran -139)



"Addin An-Nasihah ^___^

Saturday, February 25, 2012

Aku Juga Sepertimu


Setelah menyambung pelajran di sini...

"Eh, akak dulu sekolah agama ya"?
"Tak la, sekolah biasa"

Ramai kawan-kawan yang menyangkakan diri ini daripada sekolah agama, mungkin kerana pemakaian yang mencirikan seperti budak sekolah agama. Tetapi hakikatnya tidak.

"Akak pakai macam ini bila masuk poli"

Kesian kat mak juga dah banyak kali cakap "Patut besar ini dah  kena tutup kaki  (stoking) dah ni" tapi saya yang degil... tak bersedia lagi kononnya..hee. Bermula dengan niat yang memang telah dipasang selepas SPM  'Bila aku sambung berlajar nanti, nak berubah menutup aurat sepenuhnya'. Oleh itu, tiada sesalan dihati apabila perjalananku untuk mencapai cita-cita belajar di Universiti adalah dengan kelayakan politeknik berbanding dengan kawan-kawan baik yang lain, mengapai cita-cita melalui matrik, stpm dan spm. Ini kerana, sinar perubahan yang ku inginkan telah ku temui di politeknik dengan rahmat Allah. Persekitaran Kamsis yang Islamik begitu menaikkan semangatku untuk meneruskan niatku, Allahuakhbar...Allah Maha Mengetahui! Ada hikmahnya..



Bukan mudah untuk berubah dari biasa ke luar biasa, kepada sesuatu yang berbeza dan sesuatu yang kuantitinya terlalu sedikit. Berperang melawan perasaan malu. Malu dengan ilmu yang tak seberapa dan akhlak yang tidak sempurna tetapi berpakaian seperti orang yang berilmu dan berakhlak baik. Tetapi saya suka dan minat!

Walaupun tahu bahawa banyak kekurangan dan langsung tidak sempurna, namun hati ingin mencari sinar kasih Ilahi, kuatkan juga menutup aurat sepenuhnya,dan alhamdulillah...... melihat banyak perbezaan yang diperolehi sejak tekad bertudung labuh terutamanya. Merasakan diri memikul sesuatu tanggungjawab yang besar....astagfirullah.... "Jangan sesekali membawa fitnah kepada muslimah yang bertudung labuh". dari situ, diri ini akan berusaha untuk menjadi lebih baik...berusaha untuk menambah ilmu, berusaha untuk menjaga akhlak, berusaha untuk lebih berhikmah dan sentiasa berusaha untuk melakukan apa yang Allah redha. Begitu hebatnya penangan tudung yang telah saya pakai, itulah sebenarnya NIKMAT.....!!Nikmat yang Allah beri kepada hambaNYa yang ingin mencari erti hidup bersyariat......

"Jangan bagi fitnah orang yang bertudung labuh, jangan bagi fitnah pada Islam atas perbuatan kita". Inilah salah satu pegangan saya untuk terus berusaha menjadi lebih baik. Even kadang-kadang nakal jugak nak buat jahat..huu..nak langgar peraturan manusia.....saya akan pkai sweater...wing wing....(*--*)

Wahai saudaraku...tutuplah auratmu sayang....

kerana yg hanya akan melihat aurat itu terdiri drpd mereka yg ingin merosakkan dan bukan yang ingin memeliharamu....

& apabila seseorang itu cinta kearah nafsu..
... maka sesungguhnya dia itu berserta dengan syaitan...

Tidak rugi seorang wanita itu menutup auratnya,
melainkan dia mendapat pahala di sisi Allah,
InsyaAllah dia akan selamat dari segala macam fitnah...(^_^)
(Sumber : https://www.facebook.com/#!/amani.azzahra)

"Akak, saya teringin nak tutup aurat sepenuhnya, tapi rasa rendah diri tambahan pula persekitaran yang berbeza,kawan-kawan panggil saya ustazah"
"Sabarlah adik, bertahanlah kerana itulah ujian Allah untuk hamba-hambanya yang disayangi, ujian Allah bertempoh...untuk menguji tahap keikhlasan dan kesungguhan adik. Percayalah sampai satu tahap nanti, adik sudah mampu menghadapinya dan suara-suara kawan-kawan yang mengata adik akan turut lenyap di makan waktu malah mungkin akan mengikuti jejak langkahmu"

Firman Allah SWT bermaksud:
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?”
(Surah Al Ankabut: 2)

Alhamdulillah, kebanyakkannya mampu menghadapinya. Bukan mudah mereka ini untuk berubah ,oleh itu janganlah kita menjadi salah seorang yang mematahnya semangat mereka untuk menjadi lebih baik. Dan yang telah berubah kepada menutup aurat sepenuhnya, jangalah ada rasa selesa dengan perubahan kerana hakikatnya kita lemah kerana syaitan pasti akan berputus asa untuk menyesatkan hamba Allah. Setiap orang disisi Allah adalah sama walau siapa pun kita, kerana kita tidak tahu pengakhiran kita nanti apa. Hakikatnya, kita inginkan Rahmat Allah untuk pengakhiran hidup ini...namun, bukan bermaksud tidak perlu berusaha menjadi lebih baik..kerana usaha itu tangga kejayaan. Allah pasti melihat hambaNya yang berusaha untuk mencapai Rahmatnya =)



Aku pernah sangat KAGUM pada manusia cerdas, manusia yg kaya, manusia yg berhasil dalam kerjaya hidup dan hebat dunianya....
Sekarang aku memilih mengganti kriteria kekagumanku, aku kagum dengan manusia yg hebat di mata ALLAH. Manusia yg sanggup taat dan bertaqwa kepada ALLAH, sekalipun kadang penampilannya begitu bersahaja…
Subhanallah,Allahuakhbar... 
(Sumber : https://www.facebook.com/#!/amani.azzah



"Addin An-Nasihah ^___^

Thursday, February 9, 2012

Coretan Sementara Menunggu

Assalamualaikum w.bt..

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi maha Penyayang...
Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam..
Selawat ke atas rasul junjungan Nabi Muhammad s.a.w..

Dengan adanya rahmat Allah, diri ini masih terus bernafas..melalui hari-hari yang penuh cabaran. Entah kenapa malam ini terasa ingin mencoret sesuatu di blog. No idea. Hanya membiar jari-jemari ini terus lincah menekan keyboard notebook kecil ini. Mood sayu. Sayu memikirkan pelbagai perkara. Pertamanya, alhamdulillah surat permohonan praktikal dah dihantar tinggal menunggu jawapan dari pihak company. Jika tempat itu adalah tempat terbaik untukku menjalani praktikal, moga Allah permudahkan. Keduanya, sudah tahu no bilik semester hadapan. Just nak plan macamana nak angkat barang dari blok lama, pape pun semangat nak angkat barang itu sangat tinggi =). Ketiganya, esok adalah hari keluarnya result exam...debonya..InsyaAllah, redakan debaran dengan berzikir.. SubhanaAllah. .Alhamdulillah.. Allahuakbar! Ya, Allah..kuatkan hati hambamu yang kerdil ini untuk menerima result esok, aku reda atas apa sahaja yang telah Engkau tentukan buatku.. Begitu jua dengan rakan-rakanku..berikanlah kejayaan kepada kami....amin.! Keempat, tak beli tiket balik UUM lagii.....rajinnye nak balik..huhu. Kelima, minggu ini sibuk untuk kenduri di rumah Along..best2 ^__^. Keenam, mana dik bongsu saya tak balik-balik lagi ini, pergi tengok bola, lama sangat..tah menang ke tak Perak tu..aish...risau dibuatnya, semoga die selamat sampai rumah...

Semoga Allah permudahkan urusanku, keluargaku dan sahabat-sahabatku.


Selamat Malam. Wassalam.

"Addin An-Nasihah ^___^

Tuesday, January 31, 2012

Ubat Demam

Assalamualaikum..

Pertama kali mengikuti Program Herbalis HPA. Mengikuti program ini bagaikan mengikuti kursus kedoktoran la pulak, untuk program herbalis 4 ini belajar tentang "TERAPI DEMAM MENGIKUT TIB NABAWI". HPA mengunakan pegubatan herba Melayu dan perubatan jawi sebagai alternatif kepada permasalahan penyakit ummah. 
Dua hari mengikuti program ini bukanlah sesuatu yang sia-sia tetapi dua hari yang begitu bermakna. Alangkah gembiranya jika dapat bersama-sama sahabat-sahabat rapat mengikuti program ini. Program yang bukan hanya menekankan pasal produk HPA tapi pengisian rohani yang mengembalikan kita kembali kepada Yang Maha Esa. Bermalam di kampung Tuan Haji Ismail, Kampung Serambi Mekah. 




Suasana kampung yang begitu menenangkan. Bangun seawal 4 pagi untuk sama-sama bermunajad mengingatkan siapa diri ini disisi Allah.Berjalan di pagi hari sambil Tuan Haji Ismail menerangkan khasiat-khasiat herba yang dijumpai sepanjang perjalanan. Berbasikal waktu petang di kawasan sawah padi.


Erm...masa saya pergi program barulah saya tahu, biasanya orang takut bila demam, rupanya  demam adalah tindakan mekanisme tubuh respon terhadap serangan kuman ataupun perubahan iklim. Bila badan kita diserang kuman, suhu badan akan meningkat untuk mempercepatkan sel-sel imuniti dalam badan bertindak ke tempat berlakunya serangan. Alhamdulillah, setakat ini, jika saya demam saya cuba tidak mengambil atau cuba untuk tidak mengamalkan ubatan kimia. Syukur, boleh je sembuh dengan izin Allah =). 
Bersyukurlah jika kamu demam, sebab demam itu tandanya sistem imun badan kamu berfungsi. Selain itu, demam bukan sahaja bawa kebaikan tetapi penghapus dosa dan kesannya badan lebih resisten sekiranya melakukan rawatan mengikut Sunnatullah dan kurangkan pengambilan ubatan kimia ini ia bertindak menekan saraf pusat agar demam tidak dirasai oleh tubuh,sehinggakan tubuh tertipu dengan rasa sihat dan demam akan datang balik.

 Jika demam cubalah lakukan perkara berikut ^-^


  1. Tidur awal untuk organ berfungsi sepenuhnya. Aa..saya baru tahu rupanya pada jam 12 am - 2 am adalah waktunya pundi hempedu bekerja aktif, kalo ia terganggu dan tak aktif, mungkin terjadinya batu hempedu. Kedua, jam 2 am - 4 am pula adalah waktu hati berfungsi aktif. Jadi memang baguslah kita disarankan tidur awal dan bangunlah awal untuk berqiamulail =). Sebab itulah Allah menciptakan malam untuk sebuah kerehatan. Dan satu lagi, hormon melatonin akan dikeluarkan awal malam(selepas isyak) sehinggalah jam 2 am. Fungsi hormon ini penting untuk memperbaiki kualiti tidur pada waktu malam dan melegakan tekanan. Jadi rugilah kalau waktu hormon ini keluar kita tak tidur pun.hihi. Jadi, bila demam, bawa-bawalah tidur awal supaya cepat sihat! Rasulullah SAW pun melarang ita duduk lama-lama dengan pesakit sebab pesakit kena rehat sepenuhnya.
  2. Banyakkan minum air, kekurangan air boleh tingkatkan suhu badan. Malahan,bila suhu badan panas dan air dalam badan pun kurang, badan nak air tapi tak cukup jadi ia akan tarik air dari kepala dan pinggang..tu la sebab sakit kepala dan pinggang...wallahua'ala. Hanya orang demam  dan tak suka minum air sahajalah yang akan merasainya...saya la tu..huhu 
  3. Kawal emosi..rileks2x je...kalau beremosi boleh menyebabkan badan mengeluarkan sejenis hormon negetif namanya kartisol, bila hormon ini keluar orang itu akan lagi stress dan ia menganggu sistem ketahanam badannya. Jadi, buat student yang tengah tunggu result exam , jangan beremosi, nanti kartisol keluar, demam pula ..huuu
  4. Rendamkan hujung jari tangan ke dalam air, menurut Ibnu Sina bahagian tubuh yang paling stabil ialah hujung jari telunjuk. Kaedahnya adalah dengan merendam hujung jari satu persatu mengikut susunan seperti memotong kuku dan rendamkan hanya satu ruas jari sahaja. Lamanya rendaman setiap jari tersebut adalah bersamaan tempoh sekali bersalawat (salawat Ibrahim). Ia berkesan untuk menyejukkan badan semasa demam, amalkan ^_^...InsyaAllah..
  5. Mandi pagi. Emm..ramai orang tak suka mandi pagi, sejukkan ^_^ tapi mandi pagilah baik, suhu badan akan berada dalam keadaan stabil dari mandian tersebut. mandi pagi ialah mandi sebelum  masuk waktu subuh atau sebelum terbitnya fajar matahari kerana pada waktu itu tubuh sudah mula beraktiviti. Sabda Rasulullah SAW : "Jika salah seorang dari kalian demam, hendaklah ia menyiram badannya dengan air dingin selama tiga hari pada waktu menjelang subuh". Selain itu, mandi tiga kali sehari juga baik untuk meningkatkan imuniti badan dan telah dicadangkan negeri yang berdekatan dengan garisan khatulistiwa supaya mandi tiga kali sehari sebagai langkah penjagaan kelembapan dan kepanasan suhu badan.





Maksud Sabda Rasulullah SAW : "Sesungguhnya demam itu atau demam yang berat itu berasal dari wap api jahanam. Maka dinginkanlah dengan air"  
 
SubhanaAllah...setiap penyakit ada penawarnya, yang penting kembalilah kepada Allah. Dia yang membenarkan sesuatu itu berlaku kepada diri kita  =)

Sekian....Wahua'alam








"Addin An-Nasihah ^___^

Monday, December 26, 2011

Akhirnya..alhamdulillah.

Assalamualaikum...

Tak tahu nak cerita perasaan apabila mendapat khabar berita anak along & kak long selamat dilahirkan pada 21hb Disember 2011 jam 4.20 pagi. Menerima masej daripada along pada pagi yang syahdu. Lahirlah seorang anak kecil kedunia ini yang lahirnya didalam sebuah keluarga yang sederhana. Menjadi cucu pertama pada kedua-dua belah keluarga. Kedengaran girang supaya mak tok nya ( mak saya la.hee) semasa saya menelefon bertanyakan khabar kak long dan baby. Semoga kelahiran bayi kecil ini bakal menjadi penyejuk hati keluarganya, masyarakat dan agama.
"Addin An-Nasihah ^___^

Wednesday, August 31, 2011

Raikan Tetamu

Assalamualaikum w.b.t


Hari kedua raya yang sunggah best. Semalam hari raya pertama, selesai solat sunat hari raya, singgah rumah acik Hajar ambil barang-barang HPA dan alang-alang terus beraya. Alhamdulillah, dapat barang beli brang HPA, dapat makan kuih raya dan dapat duit raya lagi walaupun dah tua bangke dah.huuu. Habis beraya terus pergi ipoh ziarah kubur arwah mak tok dan tok serta ziarah rumah mak cho dan acik E, adik beradik mak.

Hari raya kedua, tak sempat nak pergi mana-mana, dari pagi hingga petang tak putus-putus tetamu datang. Sukanye...dapat jumpa sedara mara belah mak dan abah juga. Kegembiraan menerima kedatangan tetamu hanya Allah sahaja yang tahu, tambahan pula ada anak sepupu yang boleh bermain bersama. Riuh rumah dengan suara budak-budak. Dah lama tak main, hari ini dapatlah main dengan budak-budak...senang rasa dihati mengusik anak-anak sepupu.

Suka menerima tetamu tidak kira datang dimana pun samada datang kebilik jika di kolej ataupun datang ke rumah kerana saya mengetahui bahawa datangnya tetamu itu membawa pahala dan pulangnya tetamu itu membawa dosa-dosa kita. Bukan bermaksud tetamu tu tanggung dosa kita pula, nanti semua tetamu datang taknak pulang-pulang pula...hehe. Maksudnya pulangnya tetamu tu menghapuskan dosa-dosa kita, InsyaAllah.

Maka dengan itulah kita disuruh nabi untuk melayani tetamu dengan sebaiknya. Memberi makan minum, meraikan perbualan dengannya dan menyampaikan berita-berita yang baik.


Pernah diriwayatkan bahawa Nabi Sulaiman a.s pernah ditegur oleh Allah SWT, kerana pada saat baginda didatangi seorang tetamu dari kaum kafir, baginda tidak sepenuh hati memuliakan tetamunya itu. Baginda merasa tidak perlu memuliakan dan menghargai tetamunya seperti baginda memuliakan dan menghargai tetamunya dari sesama pengikutnya. ‘Disebabkan ia bukan umatku yang beriman’, begitulah fikir Nabi Sulaiman. Lantas baginda hanya memberinya minum dan bercakap seadanya. Setelah tetamu itu pulang, datanglah malaikat Jibril a.s menyampaikan teguran Allah: “Wahai Nabi Allah, Allah menegurmu, mengapa engkau perlakukan tetamu seperti itu ?

Jawab nabi Sulaiman:”Bukankah dia (tetamu itu) dari golongan kafir?” Jibril bertanya:”Siapakah yang menciptakan langit dan bumi ini?” “Allah!” Jawab Nabi Sulaiman penuh yakin. “Siapakah yang menciptakan malaikat, jin dan manusia?” “Allah!” “Siapakah yang menciptakan tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan?” “Allah!” “Siapakah yang menciptakan orang kafir itu?” “Allah!”
“Lalu, berhakkah engkau berlaku tidak adil terhadap ciptaan Allah? Sementara Allah adalah zat Yang Maha Adil?” Nabi Sulaiman a.s terdiam dan terus bersujud.
“Ya, Allah! Ampunilah hamba-Mu yang telah berbuat zalim ini.” Kemudian malaikat Jibril menyampaikan wahyu Allah:”Wahai nabi Allah, datangilah dan pohonlah kemaafan kepada orang itu. Ampunan Allah tergantung daripada kemaafannya.”. Bergegaslah Nabi Sulaiman mencari tetamunya tadi. Setelah bertanya ke sana ke mari dan mencari-cari, ternyata, tetamunya itu sudah jauh berjalan meninggalkan kota. Nabi Sulaiman a.s dengan pantas mengejar tetamunya itu. Setelah bertemu, dan dengan nafas yang masih termengah-mengah, baginda berkata: “Saudara, tunggu…!”

Tetamu tadi menoleh dan hairan melihat keadaan Nabi Sulaiman. “Kenapa?” “Saudara… sudikah engkau memaafkan perlakuan saya , ketika mana saudara menjadi tetamu di rumah saya tadi?” Orang itu diam. Dalam hatinya, sebenarnya dia merasa wajar diperlakukan seperti itu, kerana dia memang bukan termasuk di dalam golongan pengikut Nabi Sulaiman. Dia tidak menerima ajaran Tauhid yang dibawa oleh baginda. Tetapi dia terus juga bertanya: “Kenapa, wahai Sulaiman?” “Allah menegurku, setelah engkau pulang dari kediamanku.”
“Allah? Siapakah dia?” Tetamu itu bertanya. “Allah adalah Tuhan, Tuhan Kami dan Tuhan Engkau, Yang menciptakan langit dan bumi, dan semua isinya. Dia yang menciptakan malaikat, jin dan manusia. Dia Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya.”
“Lalu, kenapa Dia menegurmu?” “Allah menegurku, kerana aku sudah tidak berlaku adil terhadapmu. Aku tidak memuliakanmu. Allah yang Maha Kuasa selalu bersifat adil terhadap semua hamba dan ciptaan-Nya, mengapa aku berlaku tidak adil terhadapmu?”
“Sebegitukah Tuhanmu wahai Sulaiman, memperlakukan aku, walaupun aku bukan dari golonganmu?” Tetamu itu bertanya penuh taajub .”Iya…! Maafkan sikapku tadi wahai saudara, ampunan Allah tergantung dengan kemaafanmu” Nabi Sulaiman meminta.
“Saksikanlah, wahai Sulaiman! Asyhadu alla ilaa ha illallah, Wa anta Rasulullah!” Orang itu memeluk nabi Sulaiman a.s. Nabi Sulaiman pun memeluk tetamunya itu dengan penuh rasa terharu.

Walau dengan siapapun kita bersama atau dengan siapa pun kita berjumpa, yang penting tunjukilah akhlak yang baik seiring dengan perintah Allah s.w.t dan sunnah Rasulullah s.a.w.



"Addin An-Nasihah ^___^

Monday, August 29, 2011

Aduhai Kek

Assalamualaikum w.b.t

Syukur pada Pencipta langit dan bumi serta seluruh isi didunia ini, Maha Suci Allah s.w.t tuhan sekalian alam. Alhamdulillah padamu Ya Allah, memberi aku peluang untuk terus hidup dan beribadah, masih memberi peluang kepadaku untuk bernafas dan memohon ampun atas kesilapan dan dosa-dosaku yang bertimbun banyaknya.

Alhamdulillah ya Allah....memberi kesempatan kepadaku untuk berpuasa sebulan bersama keluarga tercinta, dan lepas ini dah sambung balik belajar untuk semester ke empat pulak...fuh..semakin mencabar...semoga kemasukan kali ini lebih bersemangat dari sebelum-sebelunya walaupun dalam hati...takutnya nak menghadapi semester hadapan. InsyaAllah..Allahkan ada.!

Petang tadi buat kek, kononnya la...nak buat kek coklat basah. Tapi tak jadi..huuuhuu.... Kek tu pada mulanya naik cantik dah, naik dan naik....sampai terkeluar bekas..habis meleleh.. sedeh tengok kek saya jadi camtu...tak pe la, tunggu dan lihat lagi.. Lama-lama tu kek tu kempis??? Maksudnya menurun la...adoii..makin sedeh saya.

Kek tu macam iman eh, ada naik turun. Die nak bagitahu kot, "amboiii, bulan puasa mula-mula iman naik cantik...sampai melimpah-limpah dengan baca qurannya, pergi masjidnya,qiamnya...semangat eh...!" "Dah lama puasa, merundum iman...turun iman, tambah-tambah nak raya ini...aaa turun seperti kek ini lah!"

Ish...wahai kek, terima kasih sebab mengingatkanku....walaupun tak jadi cantik macam kek orang lain, tapi rasamu masih seperti kek dan boleh dimakan lagi. Masih boleh diperbaiki lagi dengan membuat toppingnya...hee.. Iman pun boleh diperbaiki terutamanya selepas ramadhan ini...ISTIQOMAH!! InsyaAllah berjaya!

Dikesempatan ini nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin. Sambutlah lebaran dengan penuh rasa kesyukuran....

Allahkan ada...................^_^

p/s Jom datang rumah, rasa kek saya..hikhik.



"Addin An-Nasihah ^___^

Tuesday, August 9, 2011

Merentasi perjalanan Menuju Rabbi

Assalammualaikum..

"Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi"



Allahhuakhbar.....!

Begitulah post terakhir daripada seorang sahabat perjuangan ana di wall facebooknya sebelum dia meninggalkan kami semua untuk selama-lamanya dalam dunia persinggahan ini akibat kemalangan jalan raya. Seorang mujahid Islam yang berumur 23 tahun.

Pemergiannya sangat dirasai oleh sahabat-sahabat terutamanya bagi yang pernah bekerjasama dan berurusan dengannya semasa di Politeknik Ungku Omar samada organisasi Kamsis mahupun PSSI. Panggilan masuk dan inbox dipenuhi masej daripada sahabat-sahabat yang memaklumkan pemergian arwah ke rahmatullah. Di facebook pula penuh dengan ucapan doa daripada sahabat-sahabat kepadanya...on sahaja fb, penuh dengan ingatan daripada sahabat-sahabat...begitu terasa kehilangannya....

Bagaikan tidak percaya adik yang suka mengusik, suka tersenyum dan amat mudah mesra itu pergi untuk selama-lamanya, namun hati sahabat-sahabat kembali terpujuk apabila mengingatkan bahawa persahabatan kami dan dirinya adalah kerana Allah, tautan ukhwah kami bermula semasa dijalanMu untuk menegakkan kalimah Laillahaillah di bumi PUO. InsyaAllah, jika ukhwah keranaMu, InsyaAllah..kita akan bertemu disana nanti. Bezanya, dirimu pergi terebih dahulu sebelum kami.





Pemergiannya memberi hikmah dan peringatan buat sahabat-sahabat yang ditinggalnya.

1) Bagaikan mendapat pesanan daripadaNya melalui pemergian adikku faiz, bahawa kematian itu tidak mengenal siapa dan dimana dan bila. Bila sudah sampai ajalmu, tidak kira kamu muda atau tua. maka sentiasalah besedia untuk sebuah kematian yang akan memutuskan kamu dari segala-galanya didunia ini melainkan amal jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh...InsyaAllah sahabat-sahabatmu akan mendoakanmu.

2) Pada hari peninggalanmu, dirimu telah mengumpulkan sahabat-sahabat yang sudah lama tidak bertemu walaupun sahabat-sahabat sedang merancang untuk bertemu didalam bulan Ramadhan ini, tetapi pertemuan yang tidak dirancang berlaku....Allah...pasti dirimu gembira melihat wajah-wajah sahabat yang sentiasa mengingatimu dan tidak putus-putus mendoakanmu adiku.

3) Pemergianmu menyedarkan bahawa ukhwah yang terbina itu bukan sia-sia, bukan saja-saja, tetapi satu anugerah yang perlu dijaga,yang perlu dipelihara dan perlu dihargai. Tambahan pula sikapmu yang rajin bertanya khbar sahabat-sahabat menjadi peringatan kepada kami untuk lebih menghargai sahabat-sahabat yang masih ada disisimu selagi masih berpeluang untuk bertanya khabar, bertemu dan bersama.

4) Selepas mengetahui pemergianmu, sudah pasti sahabat-sahabat akan menjengah wall facebookmu, dan melihat status terakhirmu. Syukur, status terakhirmu mengingatkan tentang perjalanan menuju rabbi. Kata-kata terakhirmu adalah kata-kata seorang hamba yang mencintai untuk bertemu Allah... MasyaAllah.... sesungguhnya Ya Allah... jauhilah kami daripada kata-kata cinta yang dusta, kata-kata cinta selain kepadaMu dan keranaMu Ya Allah... Sesungguhnya sahabat, kata-kata terakhirmu telah menjadi ingatan dan peringatan yang amat terkesan disanubari selamanya. Setiap postmu di wall subur dengan kata-kata peringatan dan pesanan berkenaan Islam... Bagaimana pula kita?? post terakhir kita? Gambar di fb kita? tutupkah aurat kita? Adakah subur dengan post cintakan islam, cintakan Allah..atau dipenuhi dengan kata-kata cinta dunia? kekecewaan dengan manusia? Mengumpat? mengata? Nauzubillah....Kita tidak tahu bila saat kematian kita, maka persediaan perlu dibuat sentiasa, peringatan perlu ada untuk diri sendiri...supaya perginya kita membawa erti, menjadi gambaran seorang islam yang cintakan Allah...

Sebelum tidur semalam, seorang sahabat ana telah menghantar sms kepada ana. Dia memberitahu bahawa sukar untuk tidur kerana mengenangkan arwah.

"Ana redha dengan pemergianya"katanya.
"InsyaAllah, arwah tahu siapa yang mengingatinya, banyakkan sedekah al-Fatihah untuknya"
"Tempatnya kini berbeza dengan tempat kita, tapi yang pasti kita juga akan kesana, cuma dia pergi dahulu...kita pergi kemudian, yang pasti kita akan bertemu disana...InsyaAllah"

InsyaAllah, sebagai rantai perjuangan Rasullullah...yang tiada rehat semasa didunia ini..maka berehatlah disana wahai sahabat...masa rehatmu sudah tiba, kami disini masih perlu meneruskan rantai-rantai perjuangan rasulullah....semoga Allah memberi kekuatan kepada kami untuk terus beristiqomah di medan dakwah dan semoga Allah menempatkanmu bersama-sama perjuang Islam yang digelar syuhada. Aminn.

Ungkapan asy-Syaheed Sayyid Qutb di ambang kepulangannya kepada ar-Rahmaan:

Seandainya kau tangisi kematianku
Dan kau siram pusaraku dengan air matamu
Maka di atas tulangku yang hancur luluh
Nyalakanlah obor buat umat mulia ini
Dan teruskan perjalanan ke gerbang jaya

Kematianku adalah suatu perjalanan
Mendapatkan Kekasih yang sedang merinduku
Taman-taman di syurga bangga menerimaku
Burung-burung berkicau riang menyambut ku
Berbahagialah hidupku di alam abadi

Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah roh ku terbang mendapatkan rindunya
Janganlah gentar berkelana ke alam abadi
Nun di sana fajar sedang memancar..


Al-fatihah buat adik Mohd Faiz Noorzailand...

"Addin An-Nasihah ^___^

Friday, August 5, 2011

Pemberi yang bersyukur

Assalamualaikum...

Suatu hari......perbualan dengan seorang adik,

"Pergi mana?"
"Bawa mak pergi ambil kuih raya kat kampung"
"Kuih apa?"
"Hari tu tempah..kak tahu kuih akok?"
Nilah kuih akok..
"Banyak ke tempah?"
"Banyak juga...ayah kata nak bagi kat orang untuk raya"
"Bagus eh ayah, sanggup tempah kuih pastu bagi kat orang"
"Ayah memang camtu kak, mungkin sebab pernah susah dulu"
"Adik contohi ayah dan mak nanti bila dah berkeluarga atau pun bila dah ada duit poket sendiri"
"InsyaAllah, adik memang suka sikap ayah yang ni, kalau dulu masa kecil, time tu masih duduk rumah sewa lagi, ayah selalu panggil sedara mara datang makan, sampaikan adik cakap.....habislah duit"
"Boleh pulak cakap camtu..hee"
"Ye la sebab dulu ingat ayah tak ada duit, tapi bila dah besar ni baru la faham..."

Barulah faham bahawa hidup mestilah memberi. Memberi kepada sesiapa sahaja. Memberi apa yang kita ada. Sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang sebenarnya kita memberi untuk kita. Tak perlu loket untuk memberi, tak perlu berasa beban untuk memberi kerana memberi dengan ikhlas itu tanda kita mensyukuri nikmat Allah kerana apa yang kita miliki sekarang semuanya milik Allah.


Kerja kat Kementerian Kewangan dahulu, sudah menjadi kebiasaan staf-staf kat sana menjadi orang yang memberi. Memberi nasihat, memberi tunjuk ajar dan kebiasaannya memberi makanan la...setiap hari ada sahaja yang akan belanja terutamanya time dapat gaji. seolah-olah mereka telah siapkan bajet daripada gaji itu untuk belanja makan. Ana boleh lihat dan smakin mengerti setelah sehari demi sehari melihat mereka-mereka yang suka memberi ini dimurahkan rezeki oleh Allah. Allah memberinya kesihatan yang baik walaupun sudah berumur, ada yang dapat kerje tetap, ada yang dapat dapat baby, ada yang dinaikkan pangkat, ada yang lulus exam kenaikan gred gaji kot..tak ingat dah..tapi exam la..heee.

Kalau tak punya apa-apa, apa nak diberi?

Memberi bukan hanya dengan harta benda, memberi senyuman, memberi pertolongan, memberi kasih sayang, memberi pendapat, memberi buah fikiran, memberi apa yang mampu diberi. Dengan memberi bererti kita menyenangkan orang yang menerima, sesungguhnya, Allah itu Maha Pengasih lagi Penyayang.

Baiklah ,antara memberi dan menerima, siapa yang paling gembira..? pemberi atau penerima? mestilah pemberi, pemberi akan berkali ganda gembira apabila si penerima gembira menerima pemberiannya. Seperti orang yang memberi salam akan dapat lebih pahala daripada yang menjawab salam. Pada zaman Rasulullah, tiada peluang langsung para sahabat hendak memberi salam kepada rasul, rasul selalunya terlebih dahulu memberi salam, kerana apa? kerana mahu memberi.

Makanya, berebut-rebutlah kita untuk menjadi pemberi, terutamanya bulan Ramadhan yang mulia ini, bulan yang penuh keberkatan dan rahmat Allah. Yang utamanya, betulkan niat...memberi bukan untuk minta dibalas..tetapi memberi kerana Allah. Tanda kita mensyukuri nikmat Allah yang hanya pinjaman ini. Waahualam..selamat berpuasa dan selamat memberi...


^_^ smile untuk kalian...


"Addin An-Nasihah ^___^

:::SAHABAT-SAHABATKU:::