Thursday, June 12, 2014

'Family Days' sebelah suami

Assalamualaiku wbt.

Pengalaman yang ingin dikongsi. Berfamily days bersama keluarga besar sebelah suami pada 31/5 - 2/6/2014 di Kuala Jeram Selangor,

Mengenali salasilah keluarga sebelah suami yang besar. Banyak aktiviti, yang aku join full nya hanyalah aktiviti makan.hehe. Ada pertukaran hadiah, ada senamanaerobik, solat berjemaah dan yang paling syokkkk.... dapat mandi kolam renang.

Best nak cerita pengalaman mandi kolam renang. Aku ni malu ala-ala kucing. first suami ajak terjun xnak sebab segan. Then ramai orang pulak tu. Walaupun akhirnya aku turun juga, tapi duk tepi kolam je tengok suami berenang-renang ikan.hehe.

Tapi kali kedua, esoknnya suami ajak lagi. Alhamdulillah kali ini aku round satu kolam renang. Bermain dengan anak-anak saudara kami. Seronok. Mereka sangat-sangat comey bergelak ketawa.

Sebelah suami, semua adik beradik ada kecuali family nyah. Yong pun tak ada tapi 3 orang anak yong ada. mewakili... Ramai juga sepupu suami. Besar. Aku temani suami jadi camerawomen ..ehemm.. so far so good...daripada bosan-bosan, bantulah suami.hihihi.

Tapi kami tak tunggu sampai 2hb sebab suami tak dapat cuti esoknya. So malam tu vrooommm2 balik ke gombak pun dah tengah malam. Tunggu suami siapkan video aktiviti untuk tayangan esok majlis penutup.

Walaupun tak ingat semua 150 lebih orang ini, tapi ada improvement untuk mengerat dan lebih mengenali family keluargaku. Moga ukhwah persaudaraan berpanjangan. Insyaallah tunggu 2 years again for the next family day. 

Thanks every thing to my husband.

Sekian, my moment in the news life  :)


"Addin An-Nasihah ^___^

Saturday, May 31, 2014

:: 6 PESANAN BUAT ISTERI ::

Assalamualaikum,

Copy paste from FB. Disebabkan berguna untuk diriku juga pada semua bakal atau isteri, maka inginlah dikongsikan disini... moga manfaat...weee .... :)

1. Jaga solat pada awal waktu.
Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggal solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.
Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. 
Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam.
Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun. Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur,makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan
kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.
Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.


Sekian, waallahhua'lam... 


"Addin An-Nasihah ^___^

Wednesday, May 21, 2014

Kehidupan baru, Cerita baru, Keberkatan diburu


Allhummasoli ala Muhammad...

Hari-hari demi hari berlalu, semakin dekat kita kepada kematian. Adakah sempat bertemu Ramadhan?

"Ya Allah, sampaikanlah kami di bulan yang mulia itu, yakni bulan Ramadhan"

Insyaallah jika ditakdirkan umur yang panjang, dapatlah menjalani Ramadhan sebagai seorang isteri. Sudah 27 Tahun menyambut Ramadhan bersama mak abah tercinta... manis dan indah. Manis dan indahnya itu kerana Bulan itu bulan penuh berakah. 

Minggu lepas minggu terakhir di Darul Mubarak Seri Iskandar, insyaallah selepas ini akan menjadi salah seorang staff baru di Gombak. Masih diberi rezeki oleh Pencipta yang Maha Hebat untuk menjadi warga Darul Mubarak. :) :) Alhamdulillah... Walaupun cawangan Gombak belum ditubuhkan lagi, tapi ustaz tetap membuka peluang dan ruang untuk bekerja dengannya.

Jika situ rezeki terbaik, All the best. Follow the step and plan. Do the best among the best. Buat kerja sungguh-sungguh. Perancangan akan datang? Pasti ada... pasti Allah sudah aturkan juga... Doa dalam hati agar diberi hati yang redha pada setiap qada' dan qadarnya :)

Tanda kita berterima kasih pada nikmat Allah adalah bersyukur dengan apa yang diberi dan menggunakannya sebaiknya. Tanda kita berterima kasih pada Allah juga adalah kita membiasakan diri berterima kasih kepada orang lain. Sebab apa? Sebab... ucapan terima kasih itu akan hadir perasaan rendah hati. 

Alhamdulillah setelah hampir dua bulan berkahwin... kini diizinkan Allah untuk berada disisi suami di Gombak. Insyaallah akan meneruskan perjuangan disini sebagai seorang isteri, pekerja dan Daie. Moga diri ini thabat di jalan Allah. 

Hari pertama tiba di Gombak, terus mahu ikut suami ke kuliah pengajiannya iaitu Kitab Fathul Bari syarah shahih Bukhari. Moga langkah pertama ini sebagai semangat hari-hari seterusnya untuk menjadi lebih baik walaupun ini Kota Raya tapi itu bukan penghalang :)

Kitab Fathul Bari


Yang paling indah! Bila menjejakkan kaki di surau Taman Melewar...  Ya Allah rupanya aku pernah datang disini bersama sahabat-sahabat UUM beberapa tahun yang lalu. Malam itu satu persatu ingatanku pada masa lampau...aktiviti dan programku di sana. Maha Suci Allah...akhirnya aku kembali disini bukan sebentar tetapi menjadi penduduk. Tidak sangkakan...rupanya jodohku pun tidak jauh masa itu. Rumahnnya berdekatan situ sahaja. he he. Tiba-tiba terfikir.... apa ye dia sedang buat ketika itu. he he. 

Haa... satu lagi, yang bestnya Surau Taman Melawar ni surau yang banyak mengadakan kuliah pengajian.. huhu.. tak sangka plak datang kota raya , meriah dengan majlis agama. Nak dengan tak nak je... Apa-apa pun, ambil peluang yang ada selagi masih hidup. Insyaallah nanti nak kongsi kat sini jadual kuliah bulanan surau Taman Melewar dengan Masjid Saidina Hamzah. Kot-kot ada yang google jadual tu tapi tak jumpe..sebab pernah terdengar suami cakap dia pernah google tapi tak jumpa...kesian die... he he :)

Hikmah kedua, disini ada penulis kegemaraku..iaitu Fatimah Syarha. Sudah melihat officenya, kapan bila boleh bertemu. Insyaallah moga pertemuan di Nisa Gombak? Ketiga, yuhuuu.... akhirnya aku dibawa suami ke kedai Tudung Annur. Ya Allah.. disini rupanya. Pernah satu ketika dahulu search mencari kedai yang memenuhi syariat ini. Kedai yang menjaga adab-adab modelnya. Alhamdulillah..... suke-suke-suke :)

Kehidupan baru, hari baru , keberkatan diburu 







"Addin An-Nasihah ^___^

Thursday, April 24, 2014

Berkat DhuhaMu




Semalam 22 April cukup sebulan pernikahan kami. Subhanallah. Sebulan yang penuh hikmah... sepanjang sebulan ini berkenal-kenalan, cukup indah berkenalan dengan seseorang yang belum pernah dikenali, hikmahNya seperti sudah lama kenal dan terlalu banyak perkara yang hendak dikongsi... walaupun tidak pernah tahu siapa dirinya tetapi sedikit demi sedikit, satu persatu Allah mahu beritahu...dialah insan yang terbaik telah dijodohkan untukmu kerana jodoh itu ditetapkan untuk melengkapi kekuranganmu.

Kami selalu mengingkap kembali kisah perkenalan yang telah diatur Allah. Allah lambatkan pertemuan kami kerana mahu kami menjaga dan lakukan persediaan. Tidak siapa sangka... Perjalananku sambung belaja membawaku menjalankan praktikal di Darul Mubarak, kemudian atas izinNya bekerja dengan travel itu dan seterusnya menjemputku menjadi tetamuNya dalam satu tempoh yang singkat. SubhanaaAllah. Menjadi pembimbing bersama seorang ustaz yang juga pembimbing dalam group yang besar rupanya menjadi wasilah pertemuan jodohku dengan adik kepada sahabat ustaz itu. Siapa sangka. Ada aturan Allah.

Setelah beristikharah beberapa kali mohon pada Allah beri pertunjuk, sekiranya dia adalah jodoh terbaikku maka mudahkan dan segerakan. Subhanallah! Allah beri petunjuk,pada hari kelahiran anak buahku yang kedua alfateh, beberapa jam selepas menerima berita kelahirannya ,  menerima pula pesanan daripada orang tengah menanyakan jawapan istikharahku. Alhamdulillah dengan hati yang lapang dan berserah padaNya..jawapan diberi. 

22 Disember 2013 adalah tarikh merisik dan bertunang. Allah benar-benar Maha Mendengar, rupanya Dia punyai perancangan sendiri... perkahwinan yang pada mulanya hendak dirancang pada bulan Mei diawalkan kepada Mac 2014. Dipercepatkan atas sebab ada majlis perkahwinan sepupu sebelah keluarga lelaki. 

Allahua Allah...Allah sebaik-baik perancangan. tidak perlu sibuk fikirkan siapa 'imam' mu wahai muslimat, cukup usaha berdoa dan lakukan persiapan diri. Allah akan beri jodohmu sesuai dengan dirimu, jika masih belum sesuai atau belum masanya...dia akan beri masa persiapkan dirimu untuk memenuhi kesesuain itu.

Istikharah terus dilakukan walaupun sudah bertunang kerana tempoh pertunangan tidak menghalalkan apa-apa selain bertujuan untuk menuju hari pernikahan. Hubungan yang terjaga, tiada sembang-sembang kosong atau melaghakan.. keluarga menjadi jambatan perhubungan kami. Allah.. kedua-dua pihak merestui ikatan ini.

22 Mac 2014 tarikh pernikahanku dan zauj. Pernikahan yang sepatutnya di jalankan pada jam 10 pagi, ditakdirkan Allah diawalkan kepada jam 9 pagi atas permintaan tok kadi. Subhanallah.... jodoh tidak akan lewat walau sesaat dan tidak akan awal walau seminit.

Alhamdulillah...tidak tahu berapa lama Allah akan jodohkan kami. Tapi doaku agar jodoh ini berkekalan dalam keadaan Allah redha atas hubungan suci ini sehingga ke syurgaMu ya Allah. Jika aku ditakdirkan pergi dulu, minta Allah temukan kami di syurga sebagai pasangan kekasih yang dipilih Allah. begitu juga sebaliknya. kerana kematian itu juga seperti jodoh. ia datang tidak lewat dan tidak awal tetapi tepat.

Akhir kalam, doaku agar kami terpilih menjadi sepasang suami isteri yang disebut-sebut oleh rakyat di langit.









"Addin An-Nasihah ^___^

Friday, April 4, 2014

Cinta Selepas Allah & Rasul




  Alhamdulillah kini telah menjadi isteri kepada seorang lelaki bernama azman... dia adalah nikmat terindah yang dikurniakan Allah untuk ditaati sebagai suami, insan yang patut di cintai dan dirindui setelah Allah SWT dan Rasul SAW. 

Allah yang Maha baik, merancang sebaik-sebaik aturan. Kini tercapailah impianku keempatku yang hendak dicapai sebelum umur 30. Allah suka pada umatnya yang merancang, mempunyai matlamat, mempunyai visi serta target. Namun kita merancang dengan cita-cita tapi Allah merancang dengan cintaNya. Tak semua yang kita mahu, Allah akan beri.. tapi Allah akan beri apa yang kita perlu.


 Allahummasolilalla Muhammad. Memenuhi sunnah Rasulullah yang besar pengertian dan pegajarannya.

"Dan aku ini bernikah, maka siapa yang membenci sunah aku, maka dia bukanlah daripada golongan aku" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sebagai seorang yang berusaha mendapat perhatian Allah, apa lagi yang hendak dicapai selain berusaha melakukan semua yang Allah suka semua yang Allah 'offer' buat hambanya.

"Apabila berkahwin seseorang hamba, maka telah sempurnalah sebahagian daripada agamanya. Maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah dalam sebahgian yang lain" (Riwayatal-Hakim)

Selalu mendengar ayat di atas tapi tak tahulah maksudnya secara mendalam. Namun tahu pasti ia sesuatu yang istimewa dan beruntung bagi sesiapa yang mendapatkannya... "Sempurnalah sebahagian daripada agamanya" ayat yang terasa sejuk dan tenang. "Maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah dalam sebahagian yang lain" ... hmm.... setelah berkahwin, banyak peluang yang boleh dilakukan untuk gapai redha Ilahi. Yang pasti, berganding bahu bersama suami untuk menuju Ilahi.

Allahumma...sedang berusaha untuk melakukan semua sunnah-sunnah Rasulullah dalam perkahwinan. Semoga dengan mengamalkan sunnah-sunnahnya dapat mengubati rindu pada rasul yang tidak pernah dilihat wajahnya namun mendalam cinta buatnya.

 Insyaallah, maka dah boleh fikirkan pula impian untuk seterusnya! selagi Allah masih pinjam nyawa :)  
Bukankah impian itu satu doa.

:)


"Addin An-Nasihah ^___^

Saturday, March 8, 2014

9 Adab Majlis Walimah

Bismillahirahmanirrahim. Selawat & salam buat Rasul junjungan SAW..


Alhamdulillah, walaupun masa amat mencemburuiku akhir-akhir ini.. tapi sempat juga membuka blog Hati Sesejuk Salju yang hampir-hampir nak bersawang ni.. Sempat tak sempat, sambil-sambil tunggu print penanda buku ni.. boleh la curi-curi masuk disini.

Nak update apa? Sendiri pun tak tahu... ini kes pakai taip saje apa yang difikirkan dalam fikiran kala ini.

Dan sebenarnya nak share satu benda penting untuk tatapan dan peringatan bersama termasuk diri ini juga.

9 Adab Majlis Walimah

Antaranya ialah : 

1) Bertujuan untuk melaksanakan ibadat kepada Allah dan bukan utk berbangga-bangga atau menunjuk.

2) Menghindari perbuatan syirik dan khurafat. Di dalam masyarakat kita terdapat beberapa adat yang melibatkan penyekutuan terhadap Allah.

3) Mengelak daripada melakukan maksiat. Mewujudkan suasana yang yang boleh membawa kemurkaan Allah.

4) Mengundang golongan yang kurang berada. Bukanlah satu sikap yang mulia apabila tetamu yang bakal hadir dipilih dari kalangan yang kaya dan ternama sahaja. Rasulullah saw pernah bersabda: 
"Seburuk-buruk makanan adalah makanan di satu walimah, (yang) diundang kepadanya orang-orang kaya dan terhalang darinya orang-orang miskin." 
(HR : Muslim dan Baihaqi)

5) Mengelakkan ikhtilat (percampuran di antara lelaki dan perempuan). Asingkan tempat untuk tetamu lelaki dan wanita semampu mungkin.

6) Menghindarkan hiburan yang boleh merosakkan nilai ibadat. Sakinah mawaddah warahmah bukan hadir daripada alunan muzik dan lagu-lagu perkahwinan. 

7) Menghindarkan pembaziran, iaitu dengan mengadakan majlis yang melampaui kemampuan sehingga sanggup berhutang-piutang.

8) Mengelakkan perhiasan yang melampau. Sebahagian masyarakat amat gemar mengandam pengantin dan menghias rumah sehingga berlebih-lebihan. Seringkali pengantin perempuan dijadikan barang tontonan dan dipamerkan di khalayak umum. Apatah lagi jika 'Pak Andam' dan jurugambar yang digunakan adalah kaum lelaki.

9) Memberikan ucapan selamat serta mendoakan kedua mempelai serta keluarga mereka. Para hadirin jarang sekali mendoakan keberkatan apabila melihat pengantin, bahkan tidak mengetahui pun doa tersebut. 

PENCERAHAN :
Cuba bayangkan seandainya semua hadirin mendoakan pengantin sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah saw alangkah indah dan bahagianya. Antara doa yang sering diucapkan baginda kepada para pengantin: 

بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ
"Se moga Allah memberkatimu dan mencurahkan barakah ke atasmu dan mengumpulkan kedua-dua kamu dalam kebaikan." (HR : Ahmad & Ashabus Sunan)

Tidak lupa juga doa kepada keluarga pengantin seperti ucapan Rasulullah saw :
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَهُمْ فِيمَا رَزَقْتَهُمْ وَاغْفِرْ لَهُمْ وَارْحَمْهُم
"Ya Allah, ampunilah mereka, dan rahmatilah mereka dan berkatilah mereka pada apa yang telah Engkau kurniakan kepada mereka (anak menantu)." (HR : Muslim)

Dari al-Hasan : Bahawasanya Aqil bin Abi Thalib menikah dengan seorang wanita dari kabilah Juisyam. Kemudian datanglah para tamu. Mereka mengucapkan, “BIRRAFA’ WAL BANIN (semoga bahagia dan ramai anak !).” Dia menjawab: “Janganlah kalian melakukannya, sebab Rasullullah saw melarangnya." Mereka bertanya : ”Lalu apa yang harus kami ucapkan wahai Abu Zaid ?”

Dia menjawab: “Ucapkanlah “BARAKALLAHU LAKUM WA BARAKA ‘ALAIKUM (SEMOGA ALLAH MELIMPAHKAN KEBERKAHAN PADA KALIAN DAN SEMOGA ALLAH MELIMPAHKAN KEBERKAHAN ATAS KALIAN).” Begitulah kami diperintahkan”

Bukan kata-kata lain yang biasa kita ucap dan dengarkan seperti : “Semoga berbahagia di kehidupan baru." Mungkin saja akan ada suatu masa yang mereka tidak bahagia. Mana ada orang yang berbahagia sepanjang masa di kehidupan baru. Melainkan kehidupan barunya itu dalam syurga! “Semoga kekal ke anak cucu.” Sampai anak cucu je ? lepas tu bercerai-berai ? Mungkin anak cucu saja ramai tak terkira tapi hati mereka tak bahagia...

KESIMPULAN :
“Semoga barakah KEPADA kamu”, adalah doa buat kebahagiaan yang bakal mereka terima buat perkara-perkara yang mereka sukai dari perkahwinan itu, dan “Semoga barakah KEATAS kamu” pula adalah doa kecekalan bila menghadapi kesusahan, kesedihan dan apa jua cabaran yang bakal mereka hadapi. Akhir sekali adalah doa semoga mereka dikumpulkan dalam KEBAIKAN selamanya...

Wallahu a'lam

* Bagi diri ini, adanya keberkatan sebuah walimah adalah apabila dapat bermasyarkat, mengembirakan orang lain dan tiada unsur-unsur maksiat & pembaziran.. Semoga Allah mudahkan. Amin.


"Addin An-Nasihah ^___^

Thursday, February 6, 2014

Baitul Muslim Idamanku


Cahaya nur Ilahi,
Menjadikan terang seluruh dunia,
Tanpa-Nya tiadalah kita,
Tiada-Nya tiadalah cinta,
Tanpa cinta tiadalah manusia.

Namun,
Cinta seharusnya dilahirkan dengan dasar cinta kepada Tuhan,
Di atas jalan lurus,
Di atas nama perjuangan,
Bukan namanya cinta barakah,
Tanpa didasari iman.
Kupohon dalam setiap rintihan doa,
Kumohon dalam sujudku,
Moga Baitul Muslim ini menjadi mahar syurga,
Anggotanya menjadi ahli-ahli syurga,
Hati-hati mereka dekat dengan Allah yang Esa.
Atas nama perjuangan, 
Biar Baitul Dakwah ini hasilnya pejuang Islam,
Biar ikatan ini hasilnya hati-hati yang hampir dengan al-Quran,
Meng-islah seluruhnya menjadi perindu syurga ar-Rahman.

Baitul Muslimku,
Bukti kasihku pada as-Siratul Mustaqim,
Islahkan saudara,
Biar menjadi bukti wujudnya cinta kita,

Bahagia hingga syurga. 

Insyaallah 

"Addin An-Nasihah ^___^

Sunday, October 27, 2013

Home Tuisyen

Bismillahirahmanirrahim...

Moga masa yang diluang untuk menulis di blog ini, mendapat redha Allah.

Lama sudah rasanya tidak berceloteh disini. Ini dah nak penghujung bulan 10 dah. Allah... lepas ini bulan Nov, kemudian Dis. Dan masuk tahun baru 2014. 

Allahhu Allah...

Perjalanan hidup yang semakin mencabar! Sebulan dua yang sibuk, membuat part time di rumah dengan membuka kelas tuisyen yang diberi nama "Home Tuisyen-Pecut SPM".

Alkisahnya...

Aku : "Acik, kita kena cari back up duit tambahan ini, melihat kepada kos sara hidup yang makin tinggi ini.."
Acik : " betul..betul..betul..memang kena pun"
Aku : "Yela,mana nak penyimpan lagi... nak berbelanja lagi... bayar PTPTN lagi, tapi tu la... tak tahu nak camne"
Acik : "Macam ini, along rasa apa yang along boleh atau minat nak buat?"
Aku : "Entah.. minat mengajar math je la..hehe" (Cita-cita nak jadi cikgu math tak kesampaian..huhi)
Acik : "Aa... itu le dia nya, along buat la tuisyen kat Felcra"

Gitu la ceritanya, sahabatku Acik Wani ni la mencetus idea dan semangatku. Thanks a lot my dear :)

Balik je rumah, penuh semangat berkobar-kobar...tak tunggu malam, petang tu jugak ku bawa laptop ke ruang tamu... jari jemari laju menaik "Kertas Kerja Home Tuisyen". Fuh~~ lain benar semangat kali ini, biasa buat je tuisyen kat rumah ini time cuti-cuti sem... tapi kali ini tekad nak buat dengan sistematik! Berjadual, beryuran dan mempunyai objektif!

Simple punya kertas kerja, tak ada nak submit kat siapa-siapa pun... just guide line untuk diri sendiri agar pengurusan lebih terurus dan tak lari dari objektif. 

Objektif : menyediakan kemudahan kelas tambahan buat anak-anak felcra sebagai persediaan SPM. (Dalam kg ku ini tiada kemudahan tuisyen, kalau nak kena keluar ke Seri Iskandar)

Yuran : Aa yuran tak ambil tinggi pun, adik-adik ini pun kata murahnya. yeker murah. Okeee.... first dah search internet dan survey pusat tusyen yang ada di Seri Iskandar. So, disebabkan buat tusyen di rumah, no sewa, just perlukan kos bil elektrik sahaja. Then, menurut tunjuk ajar di google, yuran dikenakan mestilah setaraf pengalaman terutamanya.

Oke! disebabkan kurang pengalaman, bukan tak ada langsung ada... cuma sebelum ini mengajar kelas tuisyen Sekolah rendah lepas SPM dolu-dolu... then bila cuti sem mak suruh ajar budak-budak sekolah rendah matematik, atas permintaan mak ayah dorang sebab cuti jangan banyak main! Dan pernah la ajar 2 orang adik lelaki ini tuisyen Add Math. Itu je...huu.. so pengalaman sangat-sangat sedikit ...kasihan! 

Then try juga menyamar tanya pusat tuisyen diluar, berapa yuran..heehe... 1 subjek mereka letak RM 30. Erm..so, kena la letak kurang dari situ sebab ini bukan pusat tuisyen ini home tuisyen! wee....

Subjek : Okee...cakap pasal subjek plak, ku tanyakan dua sahabat baikku.. Maryam & Acik Wani. At least sedikit sebanyak, boleh la bantu anak-anak felcra ini untuk subjek lain juga.

Aku pun sms mereka "Boleh mengajar subjek apa?"

Maryam : "Prinsip Akaun"
Acik Wani : "Biologi"

Okee... sebenarnya kami bertiga memang pernah berbincang untuk mengajar, agar ilmu yang dimiliki tidak dilupakan. Kisahnya, Maryam insyaallah nak sambung degree bulan 12 ini, ambil PJJ, so dia nak refresh subjek Akaun sebelum sambung degree. Dan aku?? Aa bukan nak sambung master ye... tapi sebab masalah! Masalah apabila aku kena hafal semula sifir untuk menjawab soalan SPA baru-baru  ini...Allah..seha..seha....! Tu laa....kat office tahu pakai kalkulator je.. dan soalan simple SPA pun tak reti jawab..adoi, padan muka mu seha! 

Promosi : Diantara cara-cara aku nak menyakinkan ibu bapa menghantar anaknya belajar dengan kami adalah dengan menyenaraikan latar belakang pengajian kami. Bermula dari sekolah menengah sehingga ke pusat pengajian tinggi. Ini bukan promote diri! Tapi... strategi, namun tidak dimentionkan nama mentor-mentornya, just maklumkan subjek dan latar belakang mentor. Gelaran kami adalah mentor, lebih sesuai..iaitu pemudah cara :)

Jadual : Jadual aku susun mengikut subjek, dari jam 8 malam - 10 malam setiap hari Isnin - Jumaat ada kelas. Hujung minggu?? No...Weekend just for my family and program :) So, time bila nak study atau dalam erti kata lain nak prepare mengajar? ..... No time just dont waste time, ni dah macam orang nak ambil exam SPM dah ni... Tido lambat & bangun awal! Aa ..macam tak berbaloi tapi... Moga ada sahamnya disisi Allah.. Ya Alllahhh....datangkan lah ikhlas dalam hati ku. Aa. yang penting mak abah redha dan merestui .. mak abah kan nak orang jadi cikgu kan... jadi le...hehe  :)

Okees... setakat itu la kisah ku membuat kertas kerjanya. Then setelah selesai, ku bentangkan pada mak.. kebetulan mak datang ke ruang tamu. So mak kata ok! Cakap kat mak, "Ok, nanti orang buat promosi, tampal sapa nak tuisyen kat masjid atau kedai-kedai". Mak suka. kertas kerja pun dah siap.

Seminggu..dua minggu... tiga minggu...senyap..... no promosi.. no action...

Suatu hari sembang petang dengan sahabatku acik. 

"Along, camne tuisyen along tu, acik dah cari buku Bio dah kemas-kemas hari tu..hehe"
"Entah la acik...semangat ada dah tapi, ni la sekejap je...tak tahu nak mulakan"

...itu le kisah si Seha yang beria neh  ... ayak! =___=

Tiba-tiba, suatu malam....kedengaran bunyi motor-motor di depan rumah. Mak yang pergi tengok siapa kah gerangannya.....jeng..jeng.. tiba-tiba..

"Nasihah..! nasihah..!" mak panggil. 
'Aii..sape plak datang ini, rasanya takde pun buat promosi tuisyen lagi kalau orang nak daftar pun' 
'Takkan orang datang merisik...malam-malam kan' kehkeh...

Tengok mak datang, mungkin lambat sangat aku pergi ke mak, nak cari tudung...tiba-tiba tak jumpe! haha

Tanya mak "Kenapa? Sapa? Ada pe? Takkan budak nak tuisyen..orang mana bagi tahu sape2 lagi mak"
Mak kata : "Pergi je la tengok... "

Keluar je pintu, nampak 3 orang budak perempuan. Aku buat muka blur...dame tengokku, aku pun tengok dame 'ish sapa dame ni, kenal ke...'
Lepas bersalaman..senyum..dapa pun senyum...

"Erk..kita kenal ke?" Tak tahu nak tanya pe!
"Tak kenal..." 
'Aikk.....'
"Erm...kenapa datang?" Ish..bleh plak terpancul soalan tu..huhu
"Tak mak saya kata akak nak buat tuisyen"
Ohhh..sembang-sembang baru tahu, sorang tu anak mak cik siti, mak cik siti memang rajin tanya samada boleh tolong mengajar anaknya tak, sejak zaman cuti sem dulu-dulu lagi.

Walaupun agak pelik, mana dame tahu aku nak buat tusyen, tak pernah bagi tahu mak cik siti... yang tahu hanya mak..erm...tapi tengok mak tadi macam tak nak ngaku.hahaha.. Walaupun hati masih tertanya-tanya, tapi perbincangan tetap diteruskan, berkenaan subjek dan borang pendaftaran. Mereka nak kumpul kawan-kawan yang nak join sekali tapi aku terhadkan 10 orang untuk satu subjek.

Habis je berbincang...mereka balik. Pergi la jumpa mak,

" Mak eh bagi tahu mak cik Siti yang orang ada plan nak buat tuisyen" gelak..gelak..haha
" Mana da.."
" Pelik..mana dame tahu, orang tak kabo sape-sape pun lagi, tak buat promosi pun lagi"
" Tapi hari tu ada la sembang sikit dengan mak cik siti'
" Ohhh...ada lah..orang agak dah...hahah"
 
Itulah mak kesayanganku, yang sentiasa lebih bersemangat apabila melihatnya anaknya bersemangat, dan selalu menyokong dan memudahkan anaknya asalkan cita-cita, perancangan dan impian anaknya tercapai.
Apa kurangnya abah, lepas mak bagi tahu aku nak buat tuisyen untuk budak SPM... abah pun pasangkan lampu di tempat pembelajaran itu berlangsung...di bawah papan putih (asset pertama home tuisyen ku ini ..hhuhu)

Thanks mak abah! Love U Forever! Puan Raudah pun sama...selalu bagi idea-idea ..hoho.. Dah nak bersalin dah tu bulan 12, weweee...mak ngah dapat anak sedara lagi! :)

Alhamdulillah, minggu ini minggu terakhir mengajar adik-adik ini...pasti merindui mereka! Tapi..insyaallah  banyak kekurangan namun moga ilmu yang dikongsi dapat membantu mereka. Kenangan dan pengalaman yang pasti tak dapat dilupakan ... :)

Semoga kejayaan milik adik-adik ku ini... Moga dipermudahkanNya. Amin.

Thanks Allah untuk kehidupan yang mencabar ini!  :)






"Addin An-Nasihah ^___^

Friday, September 13, 2013

Melodi Bersama

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dengan menyebut nama Allah, hatikan menjadi tenang... setenang mengalirnya air yang mengalir di anggota wuduk orang yang berwuduk untuk mengerjakan qiamulail di sepertiga malam. Allahurabbi.

Salam kerinduan buat Nabi Muhammad SAW, walaupun tidak pernah bersua namun jauh disudut hati.. ada kerinduan yang tidak pernah surut dan hanya akan terubat sehingga hari akhirat..bertemu denganmu ya Rasullullah..dalam keadaan mengharapkan syafaatmu. Allahumasollialamuhammad.....

Ya Allah!
Masa berlalu..tanpa berhenti walaupun sesaat.
Rindunya daku pada masa lalu kadangkala bertamu..
Rindu akan naqibah-naqibah, kakak-kakak, adik-adik dan sahabat-sahabat,
Walaupun jauh..tapi ingati tidak pernah putus merindu..

Benarkan..bertemu tak jemu..
Berpisah .. tak gelisah..
Jika kita bersahabat kerana Allah..

Jauh mana pun jarak, 
Lama mana pun masa,
Itu bukan penghalangnya.. untuk terus berhubung,
Untuk terus saling memberi peringatan,
Nasihat menasihat..bertukar pandangan,

Jarak, masa.. itu satu ujian sebuah perhubungan,
Ujian untuk lebih menghargai,
Ujian untuk lebih menyayangi,
Adakah persahabatan yang terbina ..
Sekadar di depan mata, jasad disamping..
Atau ia terbina dari lubuk hati yang ikhlas..

Ya Allah!
Kekalkan hubunganku dengan semua orang-orang yang ku pernah jalinkan persahabatan..
Manusia tiada daya..melainkan dengan izinNya, 
Bersyukur bertemu dengan adik-adik yang menghiburkan hati, 
Bersyukur ditemukan dengan sahabat-sahabat yang menyenangkan,
Bersyukur kerana dipertemukan dengan mereka yang baik-baik..

Ya Allah! Moga diriku mampu memberi manfaat pada orang yang ku pernah kenal. Amin.

p/s : Menulis sambil mendengar lagu yang pernah dikongsi oleh teman-teman yang pernah akrab suatu masa dulu. 


Melodi bersama ~ ~  

:)


"Addin An-Nasihah ^___^

Friday, September 6, 2013

Hidup jangan fikir diri sendiri je

Kadang kita ni,
bila hidup kita senang,
mungkin kerana keluarga,
atau mungkin kerana Allah berikan kita rezeki dari kerjaya kita,
kita mudah lupa orang yang lebih miskin, yang mungkin Allah uji dengan kesempitan hidup dan pelbagai kekurangan yang lain.

Lantas bila minyak naik xx sen,
kita memang tak terasa.
Kita jelek dengan orang yang bising dengan naiknya xx sen seliter,
kita rasa meluat.
Sebab kita kaya.
Atau mungkin sebab keluarga kita kaya.

Oleh kerana kita kaya, dan kenal juga orang-orang kaya yang lain, kita bengang bila ada orang kaya, yang hidup mewah, yang bising juga dengan kenaikan harga petrol. Kita pun marah:

"Kau pehal ha? Selama ni aku tengok kau hidup mewah, beli kereta mahal, pakai baju mahal, pergi melancong sana-sini, makan mahal-mahal, lepas tu minyak naik xx sen pun kau bising? Kecoh la."

Tapi kita tak tahu, yang kawan-kawan kita yang kaya tu sebenarnya pun tak terjejas dengan kenaikan harga minyak. Cuma, kawan-kawan kita yang lain tu berbeza dengan kita. Dia tak tengok dirinya yang kaya, dan tak terjejas.

Dia hidup dengan fikir keadaan orang lain, yang Allah uji dengan kekurangan wang, kesempitan hidup, yang selama ini sudah sedia terbeban dengan kehidupan, kini bila minyak naik, pasti mereka akan tambah terbeban lagi. Sebab itu dia bersuara. Walau selama ini hidup mewah. Sekurang-kurangnya itu usaha dia untuk saudara dia yang lain, yang kekurangan.

Kadang kita kena beringat.
Rezeki kita bukan kita yang punya. Allah yang punya.
Kita ada kelebihan, tak bermakna kita kena lupakan orang lain yang kekurangan.

Kita tak terjejas,
tak bermakna orang lain tidak terjejas.
Hidup jangan fikir diri sendiri aja.
Sekian.. copy & paste tapi cukup untuk manyampaikan sesuatu perkara tentang 'hidup jangan fikir diri sendiri aja' ..

"Addin An-Nasihah ^___^

:::SAHABAT-SAHABATKU:::