Tuesday, August 21, 2018

MADU BATU dan Jiranku

Kisah suatu pagi 🌷😘
.
Sembang-sembang dengan jiran sebelah time sidai kain. Bukan membawang ye. 😝

Tiba2, jiran masuk topik MADU BATU.

"Eh bagus la MADU BATU"

Sudah.. Apa lagi yang best MADU BATU pada nya, sebelum ni dia asyik kata dia dan suaminy nya suka MADU BATU, suaminya pagi-pagi subuh minum MADU BATU, elok rasa berpeluh badan, buat kerja pun cergas (Suaminya basuh kain guna tangan dan kemas rumah setiap pagi sebelum pergi kerja. Dia juga kalau lesu atau penat (Suri rumah sepenuh masa) cepat2 diminumnya air MADU BATU.

"Ye kak.. apa yang bagusnya" teruja nak tahu 😁

"Ini.. saya bagi pada sepupu saya, anaknya 3 orang semua sembelit, lepas minum MADU BATU sudah tiada sembelitnya, senang dah membuangnya, lega betul dia"

Jiran saya ni orang sabah. 😊. Bila dapat tahu anaknya selalu batuk-batuk dan mudah  lelah, suami suruh bagi sebungkus MADU BATU untuk amalkan.

Eh berbalik sembang2 tadi... Seha tanya lagi.
.
"Alhamdulillah, berapa umur anaknya tu kak"

"Berapa ka umurnya, darjah 3, 6 tahun.. "

" Oh dah besar, lama la kena sembelit nya? "

" Iya.. Memang lama, itu katanya bagus dapat jumpa MADU BATU ni" 

"Alhamdulillah la ye"

"Iya.. Alhamdulillah, itu saya kata bagus MADU BATU ni"

Alhamdulillah, ikhtiar MADU BATU menjadi dan membawa manfaat pada yang meminumnya.

MADU BATU tidak ada campuran apa2, ia totally madu cuma bentuknya je macam batu dek kerana cuaca sejuk di negara/kawasan tersebut.

Semua atas izinNya, Allah Maha Tahu 💓💓
Yang berminat nak dapatkan MADU BATU boleh klik direct no ni ya http://www.wasap.my/+60196858487/

#saudagarmadubatu
#sayaamalkansayashare
#madubatu
"Addin An-Nasihah ^___^

Thursday, August 16, 2018

Hamzah Vs Nusaibah Bila Berposing.. Alahaii



Dua beradik yang kadang buat umi ayah ketawa, kadang buat ummi ayah menyinga hehe.

Alhamdulillah Abang Hamzah dah 3 tahun. Kakak Nusaibah dah 2 tahun. Adik Abu Ubaidah baru 5 bulan.

Keluar dari rahim ummi yang sama tapi watak berbeza. Insyallah moga setiap perwatakan dan kelebihan masing2 di gunakan dan memberi manfaat buat ummah.

-Love Ummi -
"Addin An-Nasihah ^___^

Sunday, August 12, 2018

Sosial seorang suri rumah

Pernah je abang hensem kita bagi tahu kalau nak jumpa kawan2 dia tiada halangan. Alhamdulillah best dengar. Hehe. 

Tapi... Bukan tak nak jumpa kawan2, cuma penat juga nak bawa 3 orang yang masih kecil keluar takut tak mampu nak handle. So lebih baik duduk rumah. Lagi pun kalau weekday macam kelam kabut je nak keluar then balik rumah nak siap rumah, siap anak2, siap makan suami nak balik. So better duduk rumah diam2, then kita pun tak stress. Lagi pun Jumpa kawan time weekday siapa je yang ada.. Kawan2 pun kerja, yang tak kerja pula mesti busy macam kita 😂

So ini beberapa kaedah mudah untuk bantu isteri bersosial expcially suri rumah sepenuh masa 

1) Izinkan isteri keluar berjumpa kawan tapi weekend la dan suami jaga anak. Ya.. Suami kena belaja urus anak2 sendiri ketika ummi nak bersosial sekejap. Suami sanggup ke mudah ke tak mudah nak handle anak tu seperti mana isteri nak bawa anak pergi keluar bawa anak2 sendirian. Mudah ke tak mudah. Begitulah keadaannya. 

2) Ini bersosial sama2, suami rajin bertanya ada nak jumpa kawan siapa2 ke, jom kita ziarah. So ini lagi baik kita 'sama-sama' bersosial dan ia lebih disukai. Tak kira kawan suami atau kawan isteri. Ia banyak manfaat, selain mengenali kawan2 masing2, anak2 juga ada mengenali rakan2 ibu ayahnya. Dan mula belajar bersosial dengan anak2 kawan ibu ayahnya. Itu lebih baik dari bawa anak jalan2 ke tempat yang kita2 je. Ia boleh dipraktikkan dengan ziarah rumah saudara mara. Masyallah kesannya inshallah pasti terbaik untuk emosi isteri dan anak2. 

3) Selain itu juga, cara nak bagi isteri bersosial dan berkawan adalah menjemput kawan2 suami atau isteri datang menjamu selera. Insyallah sama2 siapkan makanan, buat persiapaan. Selain eratkan hubungan sesama rakan ia juga mengeratkan hubungan suami isteri. Insyallah. 😬

4) Jauh disudut hati seorang suri rumah, bukanlah nak keluar berkawan sampai tinggal anak, tu lagi buat dia nak balik cepat. Hee. Tapi sosial yang paling diinginkannya adalah dapat hadir ke majlis2 ilmu dan mendapat pengisian rohani. Mengcas semula akal dan emosi serta menghidupkan roh agar fikiran dan diri lebih bahagia dan dapat membahagiakan suami dan anak2nya. Wahualam. 

Sekian dahulu pendapat peribadi dan pemikiran seorang penulisan blog cikai2 hehe. Wahualam. 

"Addin An-Nasihah ^___^

Sunday, July 15, 2018

Bila Tiba Hari Minggu 2

Assalamualaikum

Hari ini 15hb Julai 2018 hari Ahad. Awal2 pagi kitorang dah bersiap nak ke Taman. 😃

Hamzah bangun awal kot. Dia yang kejutkan Nusaibah. Ok la tu. Huuhu. Kali ni kitorang pergi Taman Titiwangsa. Best sebab cantik dan meriah. Tadi pun parking full, jenuh juga. Ummi minta Nusaibah dan Hamzah doa moga cept dapat parking.. Tak lama kemudian alhamdulillah ada rezeki parking.

Kat Taman Titiwangsa ada playground yang banyak dan laluan joging yang best. Ummi dan ayah gilir2 jaga anak bilamana nak joging.  Nak Fight to slim hahaha.





Dalam jam 10 lebih kitorang gerak balik. Sebelum balik rumah, kami singgah UIA makan sarapan + tengahari terus. Yeay.. 2 hari ummi gantung kuali 😛

Petang kami tak kemana, just menghabiskan masa bersama dirumah. Its time terbaik sebenarnya untuk luangkan masa bersama keluarga 😘

Alhamdulillah, hari ni anak2 happy. Malam dah penat. Jam 9 dah tidur. Sekian kisah apa bila tiba hujung minggu 😍😍

-Catatan seorang ummi-
"Addin An-Nasihah ^___^

Bila tiba hari minggu

Assalamualaikum.

Hari ni punya cerita, dari pagi non stop berjalan. Duk rumah sat ja untuk restkan badan hehe.

Pagi-pagi lagi kami 5 beranak dah bersiap untuk projek 'badan sihat' haha. Means pergi taman dan keluarkan peluh. Kami pergi taman Titiwangsa je. Tapi bila sampai sana, alahai.. Taman tengah renovate.. So tak banyak kawasan la boleh jalan. Huhu. Playground pun tak dapat main. Its ok.. Yang penting aktiviti outdoor stay ada.

Bawa stroller satu untuk letak Abu Ubaidah. Tapi kadang Nusaibah duduk dalam Stoller sebab dia lambat jalan 😂. So dia yang dah tembam makin tembam la 🤣. Masuk kereta dia tido dulu plak tu. Alahai Nusaibah manje ummi tu 😁. Hamzah ok behave je.. Lari2. Tapi gemar beno tengok orang sampai tak sedar ummi ayah dah jauh.. Bila jadi camtu dia gelabah, hat tu ummi paling risau sebab bila gelabah dia akan nagis dan pakai lari mana2 je ikut suka.. Kang jenuh nak kejo plak.. Mau pusing balik 1 taman lagi sekali kejor dia Hahaha.

Balik dari taman, kitorang singgah sarapan kedai mamak gombak. Ayah order roti canai, ummi Nasi lemak sebungkus je.. HaHa. Hamzah dan Nusaibah pula Nasi lemak kosong telur mata. Abu Ubaidah..hisap tangan 😁

Then lepas tu kami pi cari kasut Nusaibah, dengan harapan lepas nak laju sikit langkahnya 🤣. Dan selesai beli kasut, settlekan pengeposan dan COD MADU BATU. Dan dalam jam 12 sampai rumah terus lebuh semua 😴😴😴😴

Bangun azan Zohor siap2 rumah makan semua,lepas asar, kami penuhi jemputan raya jiran dan kenduri kawin anak kawan opis ayah. Ayah baca doa so kena la tunggu sampai pengantin sampi. Dalam jam 8 lebih baru settle semua dan sebelum balik rumah ayah ajak jalan KL malam2. Wah ok jee hee.

Pusing naik kereta je, jalan Kl pun alahai banyak tutup la, sebab nak bina itu ini. Huu. Tapi sebelum balik kitaorang singgah River Of Live. Wow.. Menarik tapi tak lama sebab hamzah ajak balik. Dah penat dan ngantuk kot. Hari ni satu harikan jalan penat.




Ya benar.. Anak2 ummi dah kepenatan.  Senang je tido malam ni. Huhu. Ini lah dia bilamana weekday tak keluar sekali tiba weekend pulun jalan dan beraktiviti outdoor betul2 😂. Esok Ahad.. So apa jadi pula esok. Inshallah rajin ummi update ya.

-Catatan Ummi-


"Addin An-Nasihah ^___^

Thursday, August 17, 2017

Kembali ke dunia penulisan 😄

Bismillahirahmanirahim.
.
Setiap perjalanan kita, pasti ada hikmah dan asbab. Alhamdulillah. Bersyukur dengan apa sahaja limpahan nikmat yang Allah beri.
.
Insyallah akan mengaktifkan semula blog ini. Mendapat semangat untuk sebarkan kebaikan berkaitan kesihatan hidup. Sebelum ni duk fikir, blog adalah satu warisan untuk dibaca anal cucu akan datang dan medan dakwah menyampaikan kebaikan.
.
Lately, atas sokongan suami untuk hidupkan semula blog. Selain tujuan yang sebelum ni.. insyallah.. saya akan cuba menulis semula untuk berkongsi pengalaman dan tip2 kesihatan , kecantikan dan keselamatan diri dan keluarga.
.
Semua bermula.. bila kami menghadapi sedikit masalah kesihatan.. antara yang bantu membantu selain nasihat doktor adalah maklumat2 digoogle. Masyallah...
.
Pernah terfikir, jika tiada mereka yang sudi kongsi dan menulis pengalaman hidup kesihatan keselamatan dan tip2 mereka. Dimana kami nak tahu pengalaman orang lain yang menghadapi masalah yang sama.
.
Banyak peluang pahala jila kebaikan dan maklumat dikongsi dan jika ia di amalkan maka berpanjangan lah pahala. Moga ada sahamnya untuk dibawa ke sana nanti . Insyallah.
.
Now saya merupakan pengedar sah shaklee. Insyallah. Siapa yang perlukan bantuan . Boleh cari saya hamya klik disini ya http://www.wasap.my/+60196858487/shaklee .


"Addin An-Nasihah ^___^

Thursday, July 21, 2016

Jiwa yang tenang

Bismilahirahmanirahim,

Alhamdulillah, syukur..bagai melepaskan rindu setelah sekian lamaaaaanya... Tenang setenangnya rasa apabila dapat menunaikan kewajipan sebagai HambaNya solat menyembahnya setelah diberi cuti hampir 40 hari. Allah sahaja yang tahu, rasa terubat rindu, rasa lepas solat nak zikir panjang-panjang, nak angkat tangan berdoa dan seterusnya membaca Kalam SuciNya iaitu Al-Quran. Allah rindu sangat. 

Rasa bahagia betul bila membentang sejadah dan memakai telekung. haii sukar nak digambarkan. hehe. Syukur alhamdulillah atas nikmat Iman dan Islam ini ya Allah.



Paling best, semalam dapat dodoikan anak dengan membaca ayat alquran mana yang hafal je la.hehe. Sebab dua-dua jaga, nak tidurkan sekali.. so ummi pegang Nusaibah, dodoikan sambil membaca surah-surah dalam Mathurat dan Hamzah pun ambil botol susu guling sorang2...seolah-olah didodoikan.hehe. Dulu ummi selalu tidurkan Hamzah dengan bacaan Mathuratkan.. kan..huhu.

Namun, cabaran tetap ada. Bila anak dah bertambah, nak berlama-lama atas sejadah pun kena tengok keadaan..huhu. Anak menangis la, nampak si abang duk nak kacau si adik la, dan macam-macam la lagi.hehe Apa-apa pun.. ummi rasa bersyukur, ada anak-anak disisi dan insyallah ummi berusaha untuk beri didikan agama yang terbaik serta contoh tauladan terbaik buat kesayangan-kesayangan ummi. Moga Allah redha. 

Nak bahagia, kena membahagiakan orang lain. Nak bahagia, hati kena tenang. Nak tenang? Dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang. Orang jiwa tenang, insyallah dia menang. 


Image result for jiwa tenang

"Addin An-Nasihah ^___^

Wednesday, July 20, 2016

Kelahiran Puteri Kami

Peristiwa yang tak dapat dilupakan pada Ramadhan ke 6 bersamaan 11 Jun 2016, puteri yang ummi kandung selama 37 minggu akhirnya lahir menerjah dunia persinggahan. Takkan ummi lupa saat-saat kelahiranmu sayang seperti mana kelahiran anakda Hamzah.

Sudah lama blog ini bersarang tak dibersih. Namun, ummi mencuri masa juga untuk menitipkan kisah kelahiran anak-anak ummi di Teratak Hati Sesejuk Salju ini agar ia kenangan yang tertulis. Seandainya suatu hari ummi ayah pergi awal, tak sempat bercerita atau sudah tua dan semakin lupa, coretan ringkas di blog ini menjadi bacaan anak-anak ummi.

Anakanda diberi nama Nusaibah oleh ayah ummi, sempena kagumnya ayah dengan sirah Nusaibah binti Kaab atau dikenali sebagai Ummu Umara. Sedikit sejarah ringkas Nusaibah, beliau merupakan salah seorang daripada serikandi Islam dan merupakan pejuang Muslimah Islam yang pertama. Dia turut serta dalam beberapa perang di zaman rasulullah saw. Nusaibah terkenal dengan kisahnya yang merawat orang luka, menjaga logistik ketika perang.

Ok, berbalik pada cerita saat-saat melahirkan anak ummi Nusaibah. Ketika itu, ayah ummi dan abangmu Hamzah pulang ke kampung dengan niat untuk berbuka puasa bersama tok, opah mak tok. Hari Sabtu balik ke Kampung ayah dahulu, petang tu balik ke kampung ummi. Sempat la pergi cari baju raya Hamzah. Pergi Bazar ramadhan. Kemudian balik rumah. Sampai je rumah mak tok. Ummi ayah sembang-sembang.

Tak lama kemudian, mak yang balik.. tapi lepas tu keluar pergi memancing dengan Pak Yang. Masa itu ummi dah rasa nak terberak tapi malas pergi toilet sebab nak sembang.hehe. Tak lama makin lama, makin sakit nak jalan pun tak boleh. Terus ummi pergi toilet, gagahkan juga. Rasa lain beno. Berpeluh-peluh. Selepas membuang hajat..huhu. Sakit makin menjadi-jadi..sampai jalan pun kena pimpin. Kebetulan Pak Long pun baru sampai. masa tu lagi 30 minit nak berbuka. Ummi buat keputusan buka puasa sebab risaukan kandungan.

Macam cerita drama pula ye..haha. Sebab tiba-tiba sakit.hihi. tu la selalu kutuk cerita drama sakit beranak tiba2.huuhu, Rupanya tak semua sama, rupanya nusaibah tak ada tanda apa-apa samda pecah air ketumban atau pun darah. Tandanya rasa nak emmbuang air besar jer,,huhu,

Berbalik pada cerita tadi, kemudian confius ini sakit nak beranak ke atau sakit perut cirit birit. Samada nak pergi Hospital Changkat melintang ke atau Pusat Rawatan Raofah. Dalam sakit-sakit itu ummi putuskan nak pergi Raofah sebab risau kalau bukan nak bersalin pergi hospital mesti kena tahan pulak, baik terus pergi ke tempat yang memang asalnay nak bersalin disitu. 

Mujur Pak Long ada bersama, time tu ayah mesti dah tak tentu arah.. dengan kereta kena blok dengan kereta mak Yang, kereta saga plak Pak Su bawa kunci kereta pergi kerja, Kereta Mak Yang pulak, Mak yang pergi mancing..last-last daripada Pak Long tak nak bawa viva Mak Long sebab risau kecil sempit, akhirnya Viva juga penyelamat zoooomm terus memecut ke Ipoh..hehe. ummi duk sabar menahan kesakitan yang berpanjangan.. sehingga berpeluh. Alhamdulillah, mak Tok ada bersama, mengelap peluh yang memecit-mecit, Mak Tok lap muka ummi dengan air..sambil beristigfar. Allah. Time tu rasa bertapa besarnya pengorbanan Mak Tok dahulu melahirkan Ummi.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam. Bila sampai di Raofah, Ummi terus dibawa naik kerusi roda sebab memang tak boleh nak melangkah. Staff disana bawa ummi naik terus ke Laboor Room. Sampai di Laboor Room dah bukaan 5cm. Nurse masukkan ubat berak. Ummi Membuang. Alhamdulillah lega.

ummi tanya betul ke doktor dah ada bukaan sebab ummi tak rasa sakit seperti kontraksion sama seperti hamzah dulu. Alhamdulillah. Ummi terus cakap nak solat maghrib. Tapi telekung tak ada dalam laboor room. Mak Tok pun bagi pinjam tudungnya yang berdagu. Ummi solat pakai pakaian hospital, ummi sedaya uapaya tutupkan aurat untuk solat. Alhamdulillah..selesai solat maghrib jamak isyak. masa itu, ummi fikir, jika ummi meninggal, sekurangnya ummi dah selesaikan kewajipan sebagai hambaNya.

Di laboor room, setelah bukaan 7 cm, mereka pecahkan air ketumban. Sakit mula hadir sedikit demi sedikit..Staff minta suami sahaja di Laboor Room. Mak Tok kena keluar..Allah, rasa separuh kekuatan dibawa pergi bila Mak Tok nak keluar. Ummi panggil Mak Tok. Sebak. 

"Mak, terima kasih melahirkan orang dan maaf kan semua salah silap"

Besarnya pengorbanan mak melahirkan ummi dahulu, tetapi ummi rasa diri penuh dosa selalu sakitkan hati Mak Tok dan menyusahkan Mak Tok, tenggoklah sehingga saat dah nak anak dua pun ummi masih perlukan Mak Tok disisi. Sedangkan Mak Tok ready nak berbuka bersama, dah masak sedap2 dirumah. Tapi kita merancang, Allah juga merancang. Akhirnya berbuka dihospital secara tiba-tiba.

Nurse lihat rekod mengandungkan ummi, sejarah semasa kandungan 4 bulan baby pernah sonsang kepala ke atas, jadi risau2 saat2 akhir nak bersalin, baby berpusing jadi sonsang. Maka Nurse membantu untuk engagekan kepala baby. Alhamdulillah, nurse kata, insyallah..boleh bersalin normal. Cukup syukur. Kemudian nurse bagi minum air susu sahaja untuk tenaga, tambahan ummi tak makan apa-apa. Nurse tak bolehberi makan lagi sebab risau nanti muntah semasa proses meneran. Hanya susu sahaja dan diberi cucuk untuk mengelakkan muntah.

Ayah sentiasa disisi, Umi tahu ayah mesti penat, tapi ayah tenang disisi ummi. Memberi air zam-zam. Menyuruh ummi berselawat dan niat semoga dipermudahkan kelahiran. Syukur, betulkah Allah hadirkan rasa sakit dan rasa ingin meneran sebagai proses kelahiran. Jika tidak sakit dan tidak rasa nak meneran, bagaimanalah rasanyakan. Alhamdulillah, Doktor raofah menyambut kelahiran anakda. Lahir pada 10.41 malam. Putih jernih anak ummi. 

Alhamdulillah. Atas rezeki ini. Moga Allah beri kekuatan pada ummi dan ayah untuk menjaga amanah ini sebaiknya. Opss lupa pasal Hamzah, time ni Hamzah dijaga oleh mak2 saudara. bersama sepupu2. 

Makanya, raya tahun ini, kami bertambah mejadi 4 orang. Syukur atas nikmat Allah. Makin meriah dan makin besar cabaran.hehehe.






"Addin An-Nasihah ^___^

Tuesday, May 24, 2016

IstikharahMu bantu kami jalan ke syurgaMu

Assalamualaikum w.b.t

Subhanallah, sudah lama jari jemari ini tidak mencoret apa-apa nukilan disini. Rindu? Pasti rindu dengan zaman berblogger seperti dahulu. Zaman menyampaikan sesuatu dari hati. Dan moa ia manfaat buatku, anak2 dan sesiapa sahaja.

Masa berlalu begitu pantas, laju..berdesup meninggalkan masa lepas. Kini, anak ku Hamzah sudah genap setahun. Pandai menirap ketika umur 4 bulan, menyusur ketika umur 6 bulan, memanjat ketika umur 8 bulan, merangkak ketika umur 9 bulan dan bertatih ketika umur 11 bulan dan kini setahun sudah boleh berjalan.


Sambutan Besday Mak Tok dan cucu Hamzah di Teluk Batik


Dalam tempoh setahun , ummi menjadi seorang ibu yang bekerja. Semasa hamzah yang soleh  ummi cukup genap 6 bulan, ummi disahkan mengandung sekali lagi. Alhamdulillah, rezeki Allah nak beri. Ummi ambil cuti nak genapkan penyusuan full bf pada anak ummi sehingga 6 bulan. Alhamdulillah.

Benar, Benar, Benar, rezeki itu Allah nak beri dan Dia juga akan memberi jalan ruang dan pertolongan pada hambaNya. Mengandung kali kedua ini, ummi alhamdulillah sihat walafiat. Tidak demam, tidak selsema, tidak bleeading. Allah kurniakan kesihatan yang baik setakat ini. Namun, tanda Allah sayangkan ummi..Die uji orang-orang disekeliling ummi yang kurang sihat. 

Anak ummi demam hampir setiap bulan, dah kena demam campak ketika umur 8 bulan dan kena demam HFMD ketika umur 11 bulan. AllahuAllah. Allah kuatkan ummi untuk sabar dan kuat dengan kandungan yang semakin membesar. Allah uji juga dengan kesihatan ayah yang kurang baik. Ayah itulah kekuatan ummi, bila ayah kurang sihat, ibarat lumpuhlah sebelah kaki ummi. Apabila hamzah semakin besar, semakin lasak, ummi kadang tak terdaya nak uruskan semua perkara. Ayahlah tempat ummi harapkan.

Namun Allah Maha adil, tidak pernah lagi anak ummi tak sihat serentak dengan ayah. Bila ayah tak sihat, hamzahlah kekuatan umi, bila hamzah tak sihat, ayahlah mendorong ummi. Adik dalam kandungan selalu behave..kuat! Ummi akan tersenyum apabila ayah sihat, hamzah sihat dan adik juga membesar dengan baik dalam kandungan. Alhamdulillah anugerah Allah yang tak terhingga. 

Moga masa hadapan ada sesuatu yang Allah rancang terbaik buat kami. IstikharahMu bantu kami jalan ke syurgaMu. Amin.





"Addin An-Nasihah ^___^

Monday, March 7, 2016

Jalan KL, Abang Kursus

Assalamualaikum,

Pada Jumaat hingga Ahad baru ini abang pergi Kursus Pyed, 3 hari 2 malam. So tinggal la kami berdua dirumah. First time malam-malam tanpa suami tercinta masa di rumah KL la. Tapi insyallah, Allah ada, dan tambahan pula rumah kami dalam persekitaran yang terkawal dan selamat. Sedih juga tak ada abang disisi,duk ternampak bayangnye je.hikhik. Hamzah pun duk tunggu je ayahnya balik. Tapi alhamdulillah Hamzah soleh. Budak baik. Tak buat hal, tak meragam ketika ayah tak de. Soleh macam ayahnye. huhu

Tapi lebih menggembirakan pula, kesunyian itu digantikan dengan Family Felcra yang datang dari kampung! Yeayy! Ummi suke, Hamzah Hepi. hehe. Say Alhamdulillah Hamzah.huhu

Mak Tok dan Tok datang KL, dengan Family Pak Long dan Mak Yang. Mak tok macam biasa excited bawa pokok2 bunge, Tok pula tak sabar nak mengopi di kedai makan kat area rumah kami ni. Diorang sampai tangari Sabtu then lepas makan tengahari kami pun berjalan sampai malam.

Nasib Mak Tok ada boleh tolong gilir-gilir dukung Hamzah yang makin debo. hehe. Alhamdulillah juga yang lain pun tolong jaga anak antara satu sama lain. Kami pergi BlueCoral Aquarium & I-City. 

Penat berjalan tapi sangat seronok. Seronok dapat meluangkan masa bersama keluarga tersayang yang jauh dan jarang jumpe. Seronok tengok Mak Abah masih sihat dan boleh join berjalan bersama. Seronok tengok Hamzah bermain dengan sepupunya. 

Hari Ahad kami plan nak pergi taman, tapi biasa la... last-last kami pergi shopping ke Giant je. Nampak macam biasa je kan? Giant mana-mana pun ada.hehe. Tapi the momentnya, seronoknya shopping bersama mak abah famly, walaupun tak beli barang pun. Tapi pergi ginat tempat kegemaran umi ayah dan hamzah shopping..so kadang-kadang terbayang ada ayah hamzah situ.,hikhik.

Sedih rasa bila dah petang semua dah nak balik Perak dah, ayah pun dah sampai Rumah, Pak Long dan Ayah Yang pergi ambil di LRT. Tepat-tepat je. 

Terima Kasih ya Allah atas anugerah terindah ini. Rindu rasa kat keluarga tersayang. lain kali kita jenjalan lagi. Rasa sekejap je dapat bersama. 

Moga Mak Abah sentiasa sihat dan dipanjangkan umur dalam ibadat padaNya. Adik beradik semua sentiasa bahagia daa sihat juga. Moga Abang dan Hamzah sentiasa tersayang sentiasa disisiku dalam keadaan susah senang dan bahagia.

Ameeennn...


"Addin An-Nasihah ^___^

:::SAHABAT-SAHABATKU:::