Sunday, June 27, 2010

Puzzle





Assalamualaikum kawan-kawan, rakan-rakan dan taulan serta sahabat-sahabatku. Semoga sentiasa berada di bawah payungan Rahmat dan Kasih Sayang Allah s.w.t (^_^).

Sepanjang cuti semester ni, kehidupan ana di rumah agak tidak selesa. Bukan tak aman ok...tp pergerakan yang agak terbatas. Tak boleh berlari ke sana sini sesukati. Ke depan dan ke belakang, ke kanan dan ke kiri. Bagaikan dipenjara di rumah sendiri.huh. Tempat-tempat yang boleh berlari-lari adalah dapur, bilik air dan bilik tidur.... Tidak banyak yang dapat dilakukan, hanya dapur la tempat kunjungan setiaku....sebab di situ ada makanan.hehe.


Rumahku rumah kampung...Gambar hiasan (^_^)

Ok la...sebenarnya rumah kami sekarang tengah di ubah suai, di baik pulih dan diperluaskan. Sebab hujung tahun ini, InsyaAllah...akan terciptanya sejarah pertama keluarga kami iaitu... akan melangsungkan kenduri perkahwinan di rumah ini.hehe. Tak sabarnya nak merasai kemeriahan kenduri itu nanti. Doa-doakan ye...

Tapi bukan pasal majlis tu yang nak dicerita. Ana nak cakap tentang proses menyiapan rumah ana ini. Apa yang di perhatikan...

Matlamat....

Nak siapkan ubahsuai rumah.

Nak tambah satu lagi bilik, besarkan tempat letak kenderaan dan besarkan pintu.

Mak abah upah orang untuk buat kerja-kerja ini, sebab abah dah tak larat nak buat semua tu..ana pun... tapi bukan tak larat tapi tak tahu,hehe.


Dan hari ini, ada seorang pak cik datang rumah, rupanya abah minta along pergi cari orang TNB untuk ubah kedudukan elektrik rumah dan memasang elektrik di bilik baru siap tu...(Bilik pengantin~) Pak cik tu ayah kepada kawan along, so die ambil upah murah je (^_~) Alhamdulillah Ya Allah.


Tanpa bantuan kalian dan dengan keizinan Allah... sukar untuk menyempurnakan proses ini.
Sama jugak tauke yang jual barang-barang seperti simen, zink, pasir, bata, cat, kayu, ...bla..bla.. Jika tiada mereka, mogok tak nak buka kedai...nanye la kami...nak beli barang kat mana? Dan rumah kami dapat ke disiapkan? Tidakkan... so terima kasih kepada tauke sebab tak mogok (^_^).




Walaubagaimanapun... ia menjadi lebih sempurna, lengkap dan lancar dengan ada nya puzzle-puzzle dari abah, emak dan adik beradik. Mana ruang yang lopong, puzzle-puzzle daripada setiap orang ini boleh la di tampal-tampalkan, yang terlebih boleh la di keluarkan dan disusun semula...hehe. Supaya nanti rumah kami bukan sahaja sedap badan berteduh malah sedap mata memandang (^_^)



Biasanya abah akan memberi pandangan dan melihat dari semua sudut. Dari sudut harga barang, upah pekerja, hasil kerja mereka, kauntiti dan kualiti barang, makan minum, rehat...bla bla bla...uhu, abah memang seorang yang berpengalaman, so tiada siapa yang akan berani mengambil kesempatan dan menipu kami..haha.. Terima kasih abah atas puzzlemu yang begitu berharga(^-^).
Mak pula adalah designer rumah ini.hehe. Nak atap jenis apa, nak lantai camne, nak pintu bentuk apa, cat warna apa, marmal corak apa...semuanya la, kalo tak de mak saya yang beridea kreatif ini adakah rumah saya akan cantik dan sedap mata memandang?? Tidakkan...terima kasih ye mak atas puzzle designermu.hehe.
Manakala along pula, pengganti abah waktu abah pergi kerja. Alhamdulillah, along tengah cuti nak tunggu posting kerja kat mana. Jadinya, along la pengganti abah sebagai pemerhati dan berurusan dengan pekerja, pergi beli barang, angkat turun barang, urus itu urus ini (^_~)...so thank you, tak pe belajar dari sekarang ye camne nak jadi ketua keluarga.haha.



Dan kepada 2 lagi adik ana itu...kat Putrajaya dan Ipoh. Mereka tak tinggal kat rumah. tapi, masa dorang balik bercuti...puzzle mereka amat lah berharga sebab mereka telah mempercepatkan proses pengecatan bilik, pemecahan tangga batu dan termasuk la memecah ketenangan dan kesunyian rumah..haha. So, terima kasih ye...( ^_~). Hope sepanjang cuti hari puas la berehat~~~hahaha.
Dan puzzle dariku, selain daripada makan..makan..dan makan...ana bertanggungjawab atas makan minum pekerja-pekerja... Ada 3 kali arahan dari big bos (emak la) untuk sediakan makanan. Pukul 10.30, makan pagi. Pukul 12, bagi minum air ais. Makan tengahari, dape balik rumah masing-masing.huhu. Dan satu lagi pukul 5, minum petang. So, sila bekerja dengan rajin ye...huhu.



Apa yang ana hendak kongsikan, seronokkan hidup saling lengkap melengkapi dan saling bergantungan untuk menyempurnakan sesuatu...ana rasa, antum pun merasainya sebab setiap manusia mengalaminya...cuba lihat disekeliling antum dan apa yang antum lakukan... kemudian renung-renungkan (^_^).



Bila bekerja, kita memerlukan orang bawahan untuk menyempurnakan tugas, memerlukan rakan sekerja untuk memberi pendapat, pandangan dan bantuan dan memerlukan orang atasan untuk memimpin kita.


Bila belajar, kita memerlukan guru untuk mendalami ilmu dan memahaminya, memerlukan sahabat untuk belajar. Ini kerana belajar berkumpulan lebih berkesan daripada berlajar bersendirian.



Bila berorganisasi, kita memerlukan barisan kepimpinan yang mahu memberi dan menerima, memberi arahan dan menerima arahan, memberi teguran dan menerima teguran, saling hormat menghormati, ada pemikir, perancang dan perlaksana.



Setiap orang Allah kurniakan kemahiran dan kelebihan yang berbeza2. Begitu juga sebalikknya
Cuba bayangkan...jikalau dunia ini semua orang sama dan tiada beza,tak pedulikan orang lain, buat hal sendiri-sendiri, akan berwarna warnikah kehidupan kita??




Malah setiap yang diciptakan Allah adalah saling melangkapi untuk menjadi sebuah sistem yang lengkap.



Mungkin boleh kita hidup sendirian, lakukan kerja sendirian tanpa memerlukan bantuan orang lain. Tapi bagaimana pula tahap kesempurnaan yang diperolehi.



Dalam pembesaran kita juga kita telah memerlukan orang lain untuk menyempurnakan kehidupan kita.

Masa kita kecil, kita memerlukan jagaan orang.

Bila kita sakit kita memerlukan doktor merawat, dengan izin Allah.

Kita memerlukan imam dan juga makmum untuk solat berjemaah.

Pemimpin memerlukan pengikut, pengikut juga memerlukan pemimpin.

Yang muda memerlukan yang tua, yang tua juga memerlukan yang muda.

Wanita memerlukan lelaki dan lelaki memerlukan wanita.



Malahan bila kita mati pun kita masih memerlukan antara satu sama lain. Yang mati menginsafkan yang hidup, yang masih hidup pula mendoakan yang sudah mati.

Sejak lahir sehingga mati, manusia "seolah2" tidak dibenarkan hidup sendirian di alam semesta ini.

Kenapa?? Sebab manusia mempunyai amanah dan salah satunya adalah amanah terhadap masyarakat dan perkhidmatan. Amanah bermaksud aman, tenteram dan harmoni. Bila kita melaksanakannya, maka yang memberi akan rasa aman, tenang dan gembira. Yang menerima juga akan rasa dihargai, selamat dan harmoni.

Alhamdulillah, indahnya Allah mengatur sistem manusia. Saling memerlukan, kerana DIA lebih mengenali makhluk ciptaaNya. Kita hanya makhlukNya yang tidak sempurna, kerdil, dan lemah. Hanya Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Besar. AllahuAkhbar!!





P/S

InsyaAllah mungkin dalam 2,3 hari ini, proses ubahsuai ini akan selesai. Tapi, ana dah nak balik kampus dah~~. Tak kisah la, yang penting semuanya selamat. Semoga Allah menerima, redha dan berkati apa yang telah, sedang dan ingin kami lakukan ini. Doakan ye...puzzle hampir sempurna (^_^).


"Addin An-Nasihah ^___^

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. puzzle hampir siap... durian dah luruh??nnt ade org kempunan sampai merajuk2...hahaha

    ReplyDelete
  3. Tunggu esok, tembang pokok terus... lps ni xde sape leh mkn dah doyan tu..haha

    ReplyDelete
  4. ganazzzz....huhu pokok sejarah warisan tu..jgn nk mandai2 tebang..haha

    ReplyDelete

:::SAHABAT-SAHABATKU:::