Tuesday, December 28, 2010

Jom terbang

Jangan cuba terbang tinggi

Kelak jatuh akan parah

...

...

....

Tapi kalau tidak cuba terbang tinggi

Sampai bila pun kita takut untuk mencuba

Biar pun jatuh tapi akan tetap mendapat nikmat berusaha dan mencuba.

Ana ambil kata-kata di atas daripada novel 'Warkah Cinta Berbau Syurga' hasil penulisan A.Ubaidillah Alias. Novelnya menarik, ada banyak pengajaran yang boleh diambil. Kata-kata dalamnya agak puitis tapi mudah difahami. Suka.




Tak kisahlah kita mampu lakukannya atau tidak sesuatu perkara itu, cuba lakukan juga. Mulakan langkah pertama, baru wujud langkah kedua dan seterusnya.
Seperti mahu menjadi seorang naqib/naqibah. Pada mula-mula memang agak gentar, takut dan bercampur-campur perasaan. Tapi sampai bila mahu menjadi anak usrah? Pengikut?

Takkan mahu berada ditokok yang sama. Jadi jangan takut untuk terbang tinggi terutama dalam kerja Islam. Berusaha ke arah yang lebih baik, walaupun mungkin akan dikritik, dimarah dan sebagainya..namun itulah sebenarnya proses untuk mencapai lebih baik.

Begitu juga dalam permainan. Walaupun kita belum pernah bermain dengan sukan itu, kita belum tahu samada kita ini mampu bermain atau tidak. Selepas mencubanya, jika masih gagal untuk bermain, cuba berusaha, kiranya gagal juga...tidak mengapa, yang pasti pengalaman mencuba sudah ada.

Praktiklah ia dalam kehidupan kita untuk menuju keredhaan Allah ^_^
Jangan Takut Terbang Tinggi
Jangan Takut Mencuba
Tidak Rugi lah.....oke!






"Addin An-Nasihah ^___^

Sunday, December 12, 2010

Rancang

Assalamualaikum

"Kebenaran yang tidak dirancang akan dikalahkan dengan kebatilan yang terancang"

Tidak banyak mahu dikatakan, hanya pesanan kepada diri sendiri dan pembaca.

Rancang perjalanan hidupmu
Rancang kehidupan harianmu
Rancang masa belajarmu
Rancang pekerjaanmu
Rancang masa cutimu
Rancang untuk menghadapi PRU 13

Persiapkan dirimu untuk ikuti apa yang dirancang olehmu, ketuamu dan sesiapa sahaja.
Namun, sebaik2 perancang adalah Allah.

Sekian ^_^




"Addin An-Nasihah ^___^

Monday, November 29, 2010

Cintai ALLAH, tidak rugi.

Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..

Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,

tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai.



*** Sebelum mencintai manusia, kenali dahulu cinta Allah, kelak kamu akan tahu cinta manusia yang bagaimana yang kamu inginkan. Jangan persiakan saat-saatmu, minit-minitmu, berjam-jammu, hari-harianmu, minggu-mingguanmu, bulan-bulananmu, tahun-tahunanmu dan kehidupanmu dengan cinta yang tidak pasti! Dengan cinta yang tidak tahu penghujungnya! Dengan cinta yang mungkin bakal membazirkan waktu-waktu indah mu bersama keluargamu dan sahabat-sahabiahmu.

*** Bila tiba sudah masanya, Allah akan hantar seseorang seperti yang dijanjikan, cepat atau lambat, mudah atau sukar dan jika tidak didunia, akan di syurga. Jangan dikejar nikmat dunia, sehingga tercicir nikmat akhirat. Harus diingat, dunia hanya persinggahan, nikmat dan kebahagiaan yang diperolehi didunia adalah untuk bekalan menuju hari akhirat. Jangan sampai nikmat dan kebahagian yang dicari didunia ini menjadi penyumbang kengerian kehidupan diakhirat kelak.***



"Addin An-Nasihah ^___^

Tuesday, November 23, 2010

Rindu Semasa Berjuang

Assalamualaikum w.b.t

Tiada yang seharian yang berlalu...
Tanpa aku mengingatiMu...
Rindu, padaMu...sentiasa mendambakan
Kasih dan sayangMu...

Semalam aku bermimpi di dalam hujan ku berlari..
Berlari mencari memanggil-manggil namaMu
NamaMu yang sempurna..
Ku harap dan ku berdoa...semoga dapat bersua denganMu

Tiada kata yang dapatku dambarkan
Perasaan yang ku alami..
Cintaku ini tiada berbelah bagi
Cinta yang suci dan abadi

Apakah aku diterima
Atau Kau kan membiar saja
Kerana ku berdosa
Jangan biarkan ku terhina
Ku merayu padaMu......


*************************************************************************************

Alhamdulillah... Petang tadi baru sahaja selesai menjawab 1 paper final exam. Kini sudah selesai 2 paper dengan izin Allah. Paper Algebra Linear dan Finance Managemant 1. Mood untuk study paper seterusnya tak hadir lagi. Terasa ingin mencoret sesuatu disini.

Lagu 'Rindu padaMu' daripada yasin, menjadi pilihan ana kali ini, menemani ana sewaktu menconteng diblog ini ^_^

Entah mengapa diri ini terasa teramat rindu. Rindu pada keluarga tersayang. Rindu sahabat-sahabat seperjuangan. Rindu pada Rasulullah s.a.w yang sentiasa diingati dan rindu yang melebihi dari segala yang dirindu kala ini iaitu rindukan Allah, peneman dan pendamping walaupun dimana saja ku berada dan berkeadaan apa pun senang atau susah. Allah kekasih hati ini, tempat ku mengadu dan bergantung serta sentiasa bersamaku dan paling memahami akan hambaNya ini.

*************************************************************************************

Bukan mudah untuk berada jauh dengan keluarga, tetapi inilah sunnah berjuang. Berjuang mencari ilmu. Terasa lama sudah diri ini berjuang, berjauhan dari keluarga...sampai bila? Sampai bila-bila.....mesti berjuang ^_^

Sebelum bergerak untuk menduduki peperiksaan, ana telefon mak, untuk bagi tahu yang ana akan exam dan minta restu dan mendoakan semoga dipermudahkan. Sudah menjadi kebiasaan ana menelefon mak sebelum menjawab exam. Tapi tadi mak tiada di rumah. Keluar kata adik bongsu ana, keluar bersama along dan abah. Tak nak mengganggu mereka, ana just sms abah bagi tahu nak exam...minta halal makan minum.

Dan exam..................

Lepas exam, cuba lagi telefon mak. Rindu mendengar suaranya. Bagaikan tiada semangat menjawab exam tadi. Excited bercakap dengan mak, dan excited nak bagi tahu, soalan exam tadi susah.hehehe.

Tak dapat bercakap lama, mak nak keluar lagi. Sekarang persiapan kenduri along ana, majlis perkahwinanya. Terasa ingin sahaja terbang ke rumah dan menemani mereka membuat persiapan. Rasa kasihan menyelinap dihati, melihat keluarga yang letih, sibuk disana. Tapi diri dan jasad ana pula disini. Apa kan daya,ada amanah yang perlu dilaksanakn disini. Ada perjuangan yang belum selesai disini. Namun, tidak sekali ku lupakan untuk memohon pada Allah agar segalanya urusan keluargaku disana dipermudahkan Allah dan dilancarkan segalanya.

Dan ana yakin, ada Allah yang menjaga keluarga ana disana. Dulu, kini dan selamaya, kebergantungan ana hanya pada ALLAH S.W.T yang sentiasa memahami hambaNya disini dan Maha Mengetahui, so mananya tak semakin rindu padaMU ^_^.


"Addin An-Nasihah ^___^

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha


Assalammualaikum w.b.t

Marilah sahabat-sahabat sekalian kita panjatkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga. Kerana sehingga saat ini, Allah masih memberi nikmat kepada kita. Alhamdulillah dengan nikmat pernafasan, kesempurnaan dan kesihatan anggota badan serta yang paling penting nikmat iman.

Syukur juga, kala ini kita masih berpeluang menyambut Hari Raya Aidiladha di bumi Allah yang aman damai ini. Hari Raya Aidiladha merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail.

Jika Aidilfitri meraikan kemenangan setelah sebulan menjalani Ibadah puasa menahan lapar dan dahaga serta perkara-perkata yang membatalkan puasa, manakala keistimewaaan Aidiladha pula adalah menjalani ibadah korban.

Setiap orang pasti pernah melakukan pengorbanan dalam hidupnya. Pengorbanan untuk sebuah kehidupan,sebuah persahabatan, pengorbanan untuk sekeluarga, pengorbanan dalam menuntut ilmu dan yang paling indah pengorbanan untuk Islam.

Jadi untuk semua umat Islam, ana nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. Selamat menjalani ibadah korban. Sesungguhnya pengorbanan itu ibadah jika ia dilakukan kerana Allah s.w.t.






"Addin An-Nasihah ^___^

Thursday, November 11, 2010

Suka Kedah

Assalammualaikum

Apa beza perhentian bas pudu raya, medan gopeng dan shahab perdana? Sama sahaja, tetap perhentian bas utama Tapi ana yang membezakannya hehe sukahati je Tak tahu kenapa, kalau perhentian bas pudu raya, ana suka jalan laju-laju. Pernah suatu hari, ada seorang budak lelaki buat jualan sim card la kot... ana bukan boleh....entah macam mana bila budak tu cakap free je, ana berhenti jalan laju-laju dan ambillah apa yang budak tu hulur. Lepas ambil je, budak tu terus cakap "tapi kaka...." ish ada tapi2 tu la...! tak sempat budak tu habis cakap ana bagi balik benda yang ana pegang tu, ana pun cabut lari...hehe...kesian budak tu punya kuat die jerit 'akakkkkkkkk'...habis satu pudu tu dengar. Biarlah, pandai sangat tipu cakap free. Tak boleh la jalan slow2 kat puduraya, runsing rasanya.

Kat medan gopeng pula lain plak, kalo boleh nak dok diam je kat kerusi. Kalo dah duk kerusi tu, sampai akhirnya lah kerusi tu. Tak tahu kenapa.hehe. takut rasa nak pergi jalan-jalan walaupun kat situ banyak juga jualan buka.hehe. takut melihat orang-orang kat situ. Yep, takut melihat orang yang menjerit-jerit mempromosi basnya, takut melihat pemakaian dan rupa mereka juga.

Tetapi lain pula di shahab perdana,mungkin struktur bangunannya atau waktu itu sahaja ke, orang-orang kedahnya ke,entah ana pun tidak pasti. Tapi semalam di sana, ikut suka ana nak pergi mana-mana. Kalau boleh tinggal barang tak de orang curi, nak je pergi jalan-jalan keluar dari shahab perdana tu.

Semalam bas ana pukul 5, ana dah sampai pukul 12.30. Ini gara-gara first time la ni naik bas pergi shahab, takut sampai lambat, so pergi lah awal, memikirkan takut jem sebab banjir lagi. Sampai sana punyalah awal, kena lah cari idea isi masa lapang yang terlampau selama 4 jam 1/2 minit. Selepas sahaja buat solat jamak & qasar zohor & asar, ana pergi cari makan. Ana makan kat marry brown, makan sorang-sorang tak bestkan. Makan berjemaah lagi best....sejam jugak lah menghabiskkan makanan disitu. Kalau ada teman,temanlah yang akan tolong habiskan, tu best makan ramai-ramai. Kalau kat DPP, paling kurang makan berdua dengan roomate, roomate pernah tak nak makan sebab ana tak nak makan, katenya xbest makan sorang-sorang..betul-betul... itulah sunnah rasul,

’Berjamaahlah dalam menyantap hidanganmu dan sebut Nama Allah padanya, nescaya akan mengandungi berkat bagimu'

Perut kenyang, mata akan mengantuk. Begitulah keadaannya, bila perut kenyang, makanya anggota badan yang lain akan kelaparan, badan menjadi berat dan lemah, mata akan mengantuk. Tu sebab baby kalo nak bagi tidur, bagi je minum susu...cepat la die tido. Habis tu? takkan ana nak tidur, dimana? kan disurau tertampal "dilarang tidur disini"...haha...macam tahu-tahu je.

So, terpaksalah tahan mata, beli surat khabar kosmo. cari tempat baik punya nak duduk. Petua, jangan cari tempat yang berair cond, serius...baru baca muka depan surat khabar lagi dah tersengguk. Pengalaman ok. So, cari tempat yang tak de air cond dan kipas, biar hanya menggunakan angin luar yang semulajadi. Kemudian cari tempat yang ramai orang, nanti seandainya tersengguk, confirm malu....jadi berusahalah sikit tahan mengantuk.hehe.

Alhamdulillah, ana tak mengantuk pun..tapi sampai sahaja muka surat keberapa tah, mata ana dah layu..kuyu...dan sayu...hehe. Malunya la kat orang. So terpaksa bangun pergi beli kuaci. Wow, makan kuaci memang menghilangkan kebosanan dan tak akan mengantuk.hehe... Sape-sape nanti nak tunggu bas, boleh mencuba ok. seronok makan kuaci sambil melakukan aktiviti memerhati kehidupan manusia...

Sempat lah juga ana perhatikan kehidupan pemandu teksi. Tengah-tengah syok tengok2 orang, adalah seorang pakcik ini tegur tanya nak pergi mana...rupanya pak cik teksi, sembanglah pulak dengan pak cik ni.. dapatlah juga menghilangkan kebosanan ana. Walaupun waktu tu ana masih ingat kata-kata seorang adik di uum sebelum ana balik, die dah pesan "kak seha, kalo ada orang tegur, jangan jawab, jangan layan dan jangan ikut"lebih kurang la...haha.. Kena jawab & layan sebab dah bosan maaf yep..hehe....Ana tanya pak cik tu pasal banjir yang melanda hari itu dan pasal gunung merapi yang meletus.... sebab isteri pak cik ni dari indonesia, habis semua ana tanya, tinggal tak masuk bab politik je lagi...bab bantuan bencana alam yang dipolitikkan...huhu..

" Pak cik hari ini ok ke pendapatan?"

"Tak ok pun"

"setiap hari ke tak ok,ke hari ini je?"

"Hari-hari tak ok"

"Hari ini dapat berapa orang dah naik teksi?"

"baru 2 orang"

Kesiannya, dah petang tapi baru dapat dua orang. Sayu je muka pak cik yang dah beruban penuh tu. Tapi baguslah pak cik ini, cool steady dan smile (@_@)....hehe..

Pemandu teksi lain juga ada datang kat ana, macam takut-takut je nak tanya nak teksi ke tak. Hasil kajian dan pemerhatian ana, kebanyakkan orang kat sana bila di tanya nak teksi, banyak yang buat muka tak layan dan buat muka menyampah. Ish3...menginsafkan ana juga...tobat-tobat buat kat dorang macam tu. Sedangkan mereka berusaha cari duit, bagi mereka malu bertanya tak dapat pape lah, biarlah tahu yang kita ini tak nak teksi, tapi tanya juga, mana tahu ada rezeki kat. Kesian kat dorang, so....nanti kalo ada pemandu teksi ke, orang jual tiket ke, kalo tanya jawab lah sepatutnya dan sebaikknya.....paling kureng pun, mengeleng sambil tersenyum.....mereka hanya bertanya...dan jangan buat muka menyampah, mereka pun manusia... dah mata pencarian sara hidup mereka begitu. bersalah pulak ana kat adik kat pudu tu..hurm... Tapi.............kat kalo kat shahab perdana la ......kalo kat ipoh pun bleh juga, tapi kalo kat pudu raya....ana memang xboleh....mereka terlalu dasyat.ish3...

Tak lama selepas tu, ada rezeki dapat kat pak cik tu... ada pelanggan nak guna perkhidmatannya. Sebelum berpisah, pak cik sempat cakap,

"Tak lama dah pukul 5, bas arwana tu dah corner masuk simpang dah pun ni...lepas ni tak payah pikir apa dah...naik bas rilex, turun bas dan tunggu family datang amik, jumpa dan berseronok lah"..hehe, gelak je lah...

Sebelum pak cik tu pergi, ana sempat lah tunjuk "good" dari jauh, tanda bagus dapat cari pelanggan yang ke tiga..hehe..pak cik tu plak gelak mengekek...ish3... InsyaAllah, semoga Allah permurahkan rezeki semua pemandu teksi disitu yang berusaha mencari rezeki halal. Amin!

Fuyoo...kali ni bas arwana ana sampai tepat pada masanya..pukul 5 tepat...baguskan.. Bangun dengan senang hatinya, bersama kuaci yang tinggal kulit je...menuju ke destinasi....balik kampung! Sebelum tu nak cakap....ana suka kedah selain perak, walaupun kedah banjir dan tak membangun dengan bangunan yang tinggi-tinggi, tapi ana aman disini, orang negeri lain jangan marah ye...sebab ana tak pergi dan tinggal di negeri anda lagi..hehe. ^_^ Mungkin boleh nak sponsor ana pergi melancong ke negeri anda..hehe.... ^_*

Ok2...syukran2 mahu baca bebelan ana....buang yang keruh, ambil yang jernih yep. Yang baik jadikan pengajaran, yang buruk jadikan sempadan.









"Addin An-Nasihah ^___^

Sunday, October 17, 2010

Delegasi Keusahawanan Islam

Assalamualaikum

Delegasi Keusahawanan Islam ke HPA



Kembara mencari ilmu...
Dengan pengetahuan yang cetak...
Peluang yang diberi, jangan dilepaskan...
Sesungguhnya, Allah menyukai sesuatu yang bermanfaat...



Jalan-jalan cari Ilmu...
UUM - Kilang Jejawi Perlis - Kilang Kuala Perlis -
Sungai petani - Kilang Cola Radix & Kilang Botol - RFC-UUM





Kopi radix kini menjadi pilihan masyarakat..
Kalau tak percaya..
Pergilah mana-mana kedai makan, gerai-gerai tepi jalan...
Pasti dari jauh sudah nampak...
Kopi Radix papan tergantung kemas...bukan saja kemas...tapi tinggal sedikit
Kadang-kadang tinggal papannya je...
Cakap saja radix....sume orang tahu...
Sapa yang tak tahu dan tak pernah minum...
Akan menyesal disitu....^_^



Tengoklah gambar di atas..

sebelum masuk melawat dalam kilang..
kena pakai macam ni dulu...
hehe...
bagaikan seorang doktor yang akan menjalankan pembedahan...^_^
kasut pun kena pakai sarung plastik biru yang disediakan...



Yang ini pula di bahagian pembungkusan
Lajunye tangan kakak ini
pap..!pop..!pap...!
menampal sekampit demi kampit kopi radix
pada papan tu...


Habis melawat kilang HPA di Perlis
Kami disajikan dengan minuman radix...
Yeah..! Sukanyee.. ^_^
Yang cawan sebelah kiri tu Koko Radix,
Yang belah kanan ni pula Kopi Radix
Dua-dua sedap~~
Tambah-tambah ianya diberi dengan percuma....
Lagiii sedap...^_^




Lepas muslimin habis solat Jumaat...
bertolak ke Sungai Petani...
Melawat kilang Cola Radix dan Kilang Botol pulak..
Kilang Botol berada bersebelahan dengan Kilang Cola Radix
Pengurus Kilang ini menyatakan bahawa...
kualiti produk dijaga dengan sedaya upaya...

Contoh..
Botol merupakan suatu produk penting dalam menjaga kualiti produk..
Pembekal boleh menipu kerana botol adalah barangan yang boleh dikitar semula.
Oleh itu, untuk menjaga kualiti produk..
Kilang botol sendiri dibuka..
Apabila kilang botol sendiri dapat dijalankan
Maka bukan sahaja dapat menyelamatkan kualiti,
malah dapat menjimatkan kos barangan.




Dan begitu juga dengan herba-herba yang digunakan dalam produk
Untuk memastikan bekalannya..
HPA membuat penanaman sendiri herba-herba tersebut..
beginilah antara langkah-langkah HPA menjaga kualiti produknya..
Dan diberitahu lagi bahawa..
Tuan Haji lebih suka memperbanyakkan produk daripada membanyakkan keluaran sesuatu produk...
Kenapa ya???
Erm...fikir-fikirkanlah....^_^



Setelah habis berpecah peluh...
Kaki pun mula naik lenguh-lenguh...
Akhirnya...
Kami meneruskan agenda kami..
jalan-jalan cari makan di Radix Fried Chicken (RFC)


Hmm....tengok la...
oke la...
Tak leh tengok lama-lama...
Agak kelaparan disini....

Cukup untuk kali ini...
Kembara mencari Ilmu yang luas

Akhir kata

"Gunakanlah produk HPA tanpa was-was"
Herba Penawar Allah ^_^






"Addin An-Nasihah ^___^

Friday, October 8, 2010

Don't Disturb Me!

Esok ada KLK (kegiatan luar kuliah) untuk ko-k kepimpinan kumpulan B. KLK semester ini kami pergi Sungai Petani mendengar ceramah berkaitan kepimpinan. Semua wajib pergi, siapa yang tak pergi kena buat assignment. Tak naklah ana.....lebih baik pergi jalan-jalan,boleh hilangkan stress sambil-sambil cuci mata melihat keindahan alam daripada buat assignment yang menyakitkan mata ^_^. Tapi masalahnya kena pakai baju tshirt yang ditempah. Dan tshirt tu lengan pendek! Macamne ni....malasnya nak buat assignment.hehehe. So, fikir punya fikir, maka terfikirlah. Perlu ke kita melarikan diri dari realiti kehidupan. Hakikat kehidupan sekarang membuatkan kita rasa berbeza dengan yang lain. Pakaian, pergaulan, percakapan dan sebagainya. Nak tak nak kita kena hadapinya...

Yeah! Balik je bilik ana terus mencari pakaian yang sesuai untuk menutup lengan ana nanti. Hati ana tekad...Islam itu mudah. Jangan susahkannya sehingga tiada apa yang dapat kita lakukan. Selagi ianya tidak melanggar peraturan Allah teruskan....

Erm...samada hendak memakai inner berwarna hitam atau stongan? Belek punya belek...kedua2nya menutup bahagian lengan ana tetapi masih menampakkan bentuk lengan dan tangan. Ana agak tidak selesa begitu, pada ana sememangnya ia menutup lengan...tapi apa bezanya kerana ia bagaikan hanya menutup kulit dan kulit itu sekarang berwarna hitam.hehe.

And...yes! ana terpandang jaket kementerian pelajaran yang dihadiahkan oleh pengetua sewaktu di Kamsis PUO dahulu. Erm...rasa lebih selesa memakai jaket esok ^_^. Tapi syaitan tetap berbisik......huhu... jahat sokmo Syaitan ni...

Iblis : "Mesti panaskan esok nak pakai jaket je"

Diri : "Takpe panas didunia hanya sementara, daripada panas dek dibakar api neraka di akhirat nanti"

Iblis : "Nanti apa pula dorang kata asyik pakai jaket je..."

jahat-jahat iblis!

Diri : "Pandangan mereka tidak penting, pandangan Allah lebih utama, so peduli hape apa dorang nak kate!"^_^

Iblis : "Nanti mereka kate mu tak moden, tak nak kawan denganmu, tak sekepala"

Diri : "InsyaAllah, jika cuba untuk menjaga hablumminaAllah automatik habluminannas juga akan terjaga....Allah yang aturkan dan selebihnya usahaku agar tiada halangan yang menghalangnya.."

Walaupun bisikan syaitan semakin menyesak pemikiranku...kutepis-kutepis jua...dush3! Tak boleh tengok orang nak berbahagia...

Diri : "Misiku esok dakwah cara pemakaian"

Moga2 syaitan menangis sampai terkentut2 lah mendengarnya...haha..so, don't disturb me again k!

Semoga Allah memberi kekuatan kepada ku yang kian lemah ini untuk mengharungi jalan-jalan yang berduri ini~~

"Addin An-Nasihah ^___^

Thursday, September 23, 2010

Ketenangan Dengan Bertawakal

"Sesiapa yang bertawakal kepada Tuhan maka Tuhan mencukupkan keperluannya" (At-Talaq,3)

BAGI MENCAPAI KECEMERLANGAN, selepas setiap perancangan, usaha dan jihad dilakukan, kita perlu bertawakal kepada Allah. Kita bertawakal kerana secara dasarnya kita tidak memiliki apa-apa pun tanpa keizinanNya. Usaha yang kita lakukan pun berlaku dengan izinNya. Justera, dalam sebuah hadis oleh Imam Hakim, nabi menggalakkan umat Islam berkata, "Lahaula wala quwwatailla billah." Yang membawa maksud,"Tidak ada sebarang daya dan kekuatan melainkan disisi Allah".

Imam Termizi melaporkan kata-kata nabi yang bermaksud :

"Jika kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal kamu akan dikurniakan rezeki sebagaimana burung-burung dikurniakan rezeki, berpagi-pagi ia keluar dengan perut kosong dan berpetang-petang ia kembali kekenyangan"

Tawakal dan Usaha

Tawakal memerlukan usaha.

"Ketahuilah tempat bagi tawakal adalah dihati. Adapun pergerakan zahir (iaitu usaha), ia tidak membatalkan tawakal yang dihati kerana si hamba telah menyakini bahawa apa yang akan berlaku adalah mengikut ketetapan Tuhan.. Jika dipermudahkan usahanya maka ia berlaku dengan kehendak Tuhan sedemikianlah juga sebaliknya"

"Apabila manusia yakin dengan janji-janji Tuhan, tawakal memenuhi hati. Dengan itu datanglah ketenangan dan kecemerlangan"

Tawakal berkait rapat dengan pergantungan hati kepada Allah. Allah menjamin kecemerlangan dan kejayaan kepada mereka yang bertawakal.

"Sesungguhnya Allah mengasihi mereka yang bertawakal" (Ali Imran ayat 159)

Oleh itu, jika di bilik, rumah, kedai ataupun pejabat kita ada ayat-ayat pelaris, tangkal atau yang seumpamanya, buanglah semuanya dan gantikan dengan pergantungan kepada Allah.

Jom....kita pejamkan mata dan berzikirlah kepada Allah semasa dilanda keluh kesah kerana antara punca manusia gagal bertawakal adalah melayani perasaan keluh kesah yang ditiupkan oleh Syaitan.

"Syaitan menjanjikan kemiskinan (kepada manusia) dan menyuruh mereka mengerjakan perbuatan keji sedangkan Allah menjanjikan mereka keampunan dan kurniaan dari sisiNya"

Tawakal Agung di Gua Thur


Dalam perjalanan, nabi dan Abu Bakar bersembunyi di Gua Thur dan mengikut laporan Hafiz bin Asakir, Allah meredhai usaha nabi dengan memerintahkan labah-labah dan sepasang burung merpati liar membuat sarang di pintu gua sehingga tidak ada seorang pun yang menyakini di dalam Gua Thur pada masa itu terdapat manusia yang sedang bersembunyi.

Didalam gua, Abu Bakar berasa risau dengan keselamatan nabi. Beliau berkata, "Ya Rasulullah, jika salah seorang daripada mereka mengangkat kakinya, sudah pasti dia akan dapat melihat kita". Nabi berkata,"Wahai Abu Bakar, bagaimana keyakinanmu (jika kamu mengetahui) bahawa tidak berdua kita melainkan Allah (menjadi teman) yang ketiga?" Dengan perkataan Rasulullah s.a.w itu, tenanglah hati Abu Bakar.

Ketenangan Dan Kecemerlangan

Apabila manusia yakin dengan janji-janji Allah, tawakal akan memenuhi hati. Dengan itu, datanglah ketenangan dan kecemerlangan samada dalam kehidupan, kerjaya, pelajaran mahupun di jalan dakwah sekalipun.



"Addin An-Nasihah ^___^

Tuesday, September 14, 2010

Ayah Yang

Assalammualaikum

"Itulah die pandai tapi tak tahu"
"Biar tak pandai tapi tahu"

Inilah diantara dialog-dialog Ayah Yang ana. Ayah Yang Ana adalah abang mak ana, kiranya bapa saudara analah. Dia tinggal kat Klang, Selangor. Hari Pertama datang Perak, beraya dengan adik beradiknya. Ayah Yang ana datang sorang naik bas, isterinya dah lama meninggal. Hari Pertama Ayah Yang bermalam rumah Mak Cho, kakak mak. Masa kami pergi rumah Mak Cho, dan balik tu Ayah Yang ikut kami balik rumah. Raya kedua, Ayah Yang ikut kami beraya di rumah sedara mara kat kampung.

Aa....berbalik pada dialog tadi, banyak kali Ayah Yang ulang dan setiap kali beraya umah orang itulah bahan atau modal sembangnya pada tuan rumah. Sampai ana dan adik beradik ngan mak dapat hafal dah.hehe. Tapi, sebenarnya apa yang ayah yang sampaikan itu dalam maknanya. Maksudnya,walaupun kita ini ada ilmu tapi semestinya semua perkara kita tahu. Mungkin ilmu yang ada itu kursus kepada sesuatu sahaja. Tapi hal-hal lain mungkin tak tahu. Jadi yang pandai jangan ingat tahu semua. Kerana ada juga orang yang tak belajar tapi dia tahu. Erm...lebih kurang macam itulah.hehe.

"Hidup jangan sombong, tak ada gunanya jika pandai, kaya tapi sombong dengan orang"
"Kita hidup kat dunia ini sementara, nanti dah mati...boleh kita bawa ke duit, rumah, kereta dan segala harta benda dunia ini?"

Ayah Yang ana bagi tahu...apa yang kita ada kongsi dengan orang lain. Walaupun kita ada ilmu sedikit berkongsilah dengan orang lain. Jangan dok menyombongkan diri.

Kebetulanlah pula, masa beraya hari itu...abang ana pasang cd ceramah ustaz kazim dalam kereta berkenaan tajuk sombong. Ana tak berapa ingat sangat cerita yang ustaz Kazim sampaikan tapi lebih kurang macam ini lah.

Ada seorang suami ini, bagus orangnya. Pada hari Jumaat, kalau boleh semua perkara sunat dia akan buat. Mandi sunat hari Jumaat, siap jubah putih dan berserban,kemudian dia ni pun jalan kaki ke masjid lah...pahala jalan kaki lebih banyak, so sampai masjid pun lebih awal dari bilal. Pukul 11 pagi ada dah kat masjid. Sampai je masjid, solat tahyatul masjid dan kemudian berikhtikaf di sudut belakang. Zikir, berselawat ke atas nabi sampailah masuk waktu. Dia pun bergerak ke hadapan, masa kuthbah Jumaat dah ngantuk..ate lama sangat tunggunya.hehe.

Bila ada suami macam itu, orang pun dok muji lah..

"Beruntung akak ye dapat suami macam tu"
"Beruntung apanye....jiran sebelah pun dia tak pernah bertegur"

Jadi disini apalah gunanya kita banyak beramal jika hubungan dengan orang pun tak baik, tak bertegur sapa, sombong.

Maksudnya: “Dan siapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia mengeratkan kekeluargaan (silaturrahim).” (Hadits iwayat Bukhari)

Ayah Yang cakap lagi, jika perlu sekali sekala pergi duduk kedai kopi, sembang dengan sapa sahaja yang ada kat sana. Tak kisah la die tu sebaya anak kita pun. Tapi ada masa lah lepak kedai kopi, bukanlah 24 jam. Kalau tengok benda tak baik depan mata tegur...tak kira lah anak sapa pun...tapi ayah yang cakap, zaman sekarang dah lain. Ada yang ayah yang tegur tapi datang bapaknya,

"Kau belasah anak aku, aku belasah anak kau"
Tapi bukanlah semua orang macam itu...mana yang bagus itu, baguslah.

Kemudian, sebelum balik..Ayah Yang akan bagilah sedikit duit raya pada opah-opah sedara ana ini. Kebanyakan opah-opah ana ini menolak....

"Ini duit saya, saya bagi mak cik sebab ada lebih"
"Lainlah kalau saya balik pun tak da duit nak bayar tambang bas, haa...yang itu ye mak cik boleh tolak pemberian saya"
"Tapi sekarang ada lebih, aaa itu yang saya bagi"
"Saya tak pernah minta orang, tapi kalau orang bagi saya ambil, kalau saya ada lebih saya bagi"

Begitulah antara dialog-dialog dan beberapa cerita Ayah Yang ana yang sebenarnya mengandungi banyak pengajaran dan unsur-unsur nasihat. Disebabkan ayat-ayat ini berulang berkali-kali mengikut jumlah rumah sedara mara yang kami beraya, jadi lama kelamaan ia menjadi peringatan yang berulang-ulang kepada kami sekeluarga ^_^

Sebelum Ayah Yang balik, kami pun bersalaman...dan untuk terakhir kalinya, kepada kami Ayah Yang ulang balik dialog diatas dan beberapa lagi kata-kata mutiara yang saya dah tak ingat dah...untuk santapan kami pula..hehehe...

p/s : Semoga nanti boleh jumpa Ayah Yang lagi....InsyaAllah...














"Addin An-Nasihah ^___^

:::SAHABAT-SAHABATKU:::