Friday, April 5, 2013

Khas untuk kakitangan kerajaan

Assalamualaikum w.b.t

Banyak perkara yang orang tak tahu dan tak faham, even ana pernah dinasihati oleh mak untuk tidak terlibat dengan gerak kerja pilihanraya kerana takut tak dapat sambung belajar di Universiti, tak dapat kerja kerajaanlah. Biasalah..mak mana tak sayang anak, dan apabila orang sekeliling menyatakan itu tak boleh, ini tak boleh.. Mak jadi risau.. Sebab orang kata, jika dikesan terlibat dengan mana-mana parti yang bukan sokong kerajaan..bagaikan satu kesalahan besar. Lepas diterangkan pada mak dengan baik, alhamdulillah mak boleh terima.

Begitulah mentaliti kebanyakkan orang terutamanya mereka yang tidak didedahkan dengan hak mereka sendiri. Mereka tidak diberi peluang untuk difahamkan siapa mereka sebagai rakyat. Apa yang ana lihat, kebanyakkannya lebih kepada takut, walaupun sebenarnya ia bertentangan dengan kehendak mereka. kenapa mereka takut? Kerana..mereka tidak faham dan tidak tahu hak mereka yang sebenarnya. Jadi mereka perlu difahamkan dan selepas itu, up to u..nak pilih mana-mana parti atau calon pun tak apa. Peluang sudah diberi, kefahaman telah diserapkan..so undi lah sesiapa pun. Undi itu hak anda! Yang dah boleh mengundi, jangan tak mengundi lak..sekeh kang..!

..............................................

Anda kakitangan Kerajaan Pusat? Kakitangan Kerajaan Negeri?

Serba salah untuk memilih parti mana yang nak diundi? Takut? Ada unsur2 hasutan dan ugutan dari pihak2 tertentu? 

Jom kenal SIAPA KORANG dan APA HAK KORANG mengikut konteks Perlembagaan Malaysia..

APA ITU KERAJAAN

Kerajaan adalah badan yang berkuasa dilantik oleh rakyat untuk mengurus tadbir negara. Kerajaan dibentuk dari sistem Pilihanraya yang mewajibkan setiap rakyatnya mengundi dan memilih tampuk pemerintahan setiap maksimum 5 tahun.

SIAPAKAH KAKITANGAN KERAJAAN

Kakitangan Kerajaan terdiri dari Rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama serta menyokong pelbagai ideologi politik yang mewakili parti UMNO, MCA, MIC, PKR, PAS, DAP dan parti parti lain diMalaysia.

APAKAH KERAJAAN ITU BARISAN NASIONAL ATAU PAKATAN RAKYAT

Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat atau mana mana parti di Malaysia yang terlibat dalam pemerintahan BUKAN bermakna kerajaan tetapi hanya ENTITI POLITIK yang membentuk kerajaan.

UNDIAN DARI KAKITANGAN KERAJAAN PEMERINTAH

Sebagai rakyat malaysia, kakitangan kerajaan yg memerintah negara dan negeri negeri di Malaysia boleh mengundi mana mana parti pilihan mereka tanpa apa apa sekatan. Ini kerana gaji kakitangan kerajaan dibayar oleh kerajaan yang mendapat hasil cukai dari rakyat, bukan duit simpanan sesebuah parti.

Artikel 10 menjamin hak rakyat Malaysia bersuara memilih tampuk pemerintahan sebagai pengundi. Adalah satu kesalahan jenayah jika mana mana parti x kira mewakili kerajaan atau pembangkang menghalang kakitangan kerajaan mengundi parti yang mereka pilih. Termaktub didalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.



 p/s : Undi adalah rahsia..tapi kalau nak bagi tahu orang die ngundi apa, xdosa aihh, terpulang masing2x  :)

 WELCOME PRU 13

"Addin An-Nasihah ^___^

Wednesday, April 3, 2013

Muslimah & Karier


 Assalamualaikum w.b.t

Beberapa hari yang lalu, baru saja terima BB1M, alhamdulillah..rezeki itu datangnya daripada Allah s.w.t. Minta tolong adik Sabariah yang masih di UUM untuk ambilkan baucer tersebut, alhamdulillah sekali lagi, Allah permudahkan dan saba pos kan :)

Selesai saja dari menghantar mempelai Puan Raudhah di sebelah lelaki, tiba rumah pun dah petang, malam tu jugak adik lelaki ana ajak keluar ke pesta buku..jom jer & excited! *__*
Hasil menerjah pesta buku dengan adik syakir baru-baru ini, nah..! 

 

Salah satu bukunya adalah "Sukses dalam karier" untuk Muslimah. Wah..wah...skema tak?hehe. Skema pun skema la..but it's important for me oke *___*

Why important??

Sebab dalam buku ini sedikit sebanyak memberi motivasi pada diri...! Dan sebab ....jika boleh mahu do the best dalam setiap apa yang dilakukan. I want to be the best muslim! Mungkin buku ini menjadi salah satu usaha untuk menjadi the best muslim, tak dapat banyak, sedikit pun jadilah..kan..kan ...^^

Dalam buku ini lebih kepada memberi tip-tip. Sesuai untuk semua golongan samada yang baru memasuki alam pekerjaan atau sudah lama berkhidmat. Tak habis baca pun lagi, beli dah hampir 2 minggu dah tapi baca tak sampai separuh buku. Ada yang baca, masuk otak dan praktikkan, dan banyaknya baca tapi tak masuk otak...haha.. (Ini lah rupanya, kalo stdy dulu dapat subjek membaca kena tulis note baru rasa dah study..kikiki). Tapi payah lakan..baca buku gini nak buat note. So kebiasaanya akan baca banyak kali, habis baca..baca lagi, habis baca...baca lagi... Niatkan dalam hati dan sanubari, membaca untuk mentarbiah diri, insyaAllah takkan pernah rasa jemu. Setuju?

Sambil-sambil promote buku ini, ana nak terus berkongsi something yang ana dah baca.

TIP 2 : Wanita Amalkan Budaya Salam

Umar berkata, "Pokok tawaduk itu suka memberi salam kepada sesiapa sahaja yang kamu temukan daripada kaum Muslimin dan rela duduk di mana sahaja dalam majlis dan tidak suka disebut-sebut amal kebajikannya dan takwanya"

Lafazkan salam apabila bertemu. Amalkan budaya ini tidak kira sama ada semasa bertemu rakan setugas, pelanggan, bos, ibu bapa, anak-anak ataupun sesiapa sahaja dalam pergaulan kita. Assalamualaikum bermaksud sejahteralah keatas kamu, bila pihak yang satu lagi menjawab, beliau juga mendoakan kesejahteraan ke atas pihak yang memulakan salam.

Apabila bertemu rakan yang muhrim, hulurkan tangan kepadanya. Berjabat tangan sambil bertanya khabar & jangan lupa adab semasa berjabat tangan iaitu pandang mata & senyum :)

Budaya salam bukan hanya dipraktikkan semasa bersua muka sahaja. Meskipun berhubung melalui media komunikasi seperti telefon, khidmat ringkas, emel mahupun surat biasa, mulakan bicara dengan ungkapan salam yang indah ini. Pastikan ejaan salam yang dieja adalah betul jika berhubung dengan sms, surat atau e-mel.

................

Tip yang baikkan...^^ Kita tahu perkara ni namun kadang-kadang kita terlupa. Betul tak? Banyak lagi tip-tip yang bleh dijadikan panduan.. Try read first ...huhu.

Sekian sahaja, semoga beri manfaat ^^
"Umat Islam adalah umat yang bersungguh-sungguh dalam setiap pekerjaannya"

p/s : Ada juga buku yang bila dibaca memerlukan guru, so be careful ok :)

"Addin An-Nasihah ^___^

Sunday, March 17, 2013

Walimah F & R

Assalamualaikum w.b.t

Sedar tak sedar...masa terus berlalu, tiap hari perkara yang sama kan dilakukan, dan perkara yang dah dilalui akan berlalu pergi...akan datang perkara baru...dan ia akan berulang, datang perkara baru, hadapinya..berlalu dan datang lagi yang baru.....kita hadapi, lalui dan ia berlalu..... Itulah kehidupan di dunia persinggahan ini... Sesungguhnya di akhirat nanti yang kekal abadi. Muhasabah bersama...adalah setiap detik kehidupan kita di dunia ini ada kita laburkan untuk akhirat kelak yang kekal abadi tu? Atau mungkin saja kita sia-siakan ia..membiarkan ia berlalu tanpa dikutip bekalannya untuk hari kekal nanti. (Erm..faham x? hehe.. kesimpulannya, mulakan setiap pekerjaan kita dengan niat lillahitaala .)

Disember mula bekerja, Bulan Jan sibuk uruskan jemaah umrah di tempat kerja, Awal Feb dihantar bertugas membawa jemaah umrah. Balik2 saja dari umrah terus sibuk menyiapkan kerja-kerja yang dah di tinggalkan semasa ke tanah suci..seterusnya sibuk membuat persiapan perkahwinan Puan Raudhah kini Zaujah En Fadli...huhu. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar... Alhamdulillah Allah masih memberi ruang dan masa untuk merasai persiapan majlis perkahwinan adik sendiri...sebab masa along kahwin dulu pelbagai dugaan juga, kerana masih berlajar(exam..lau x exam dah lama cauuw..huu) dan tak dapat balik untuk membantu membuat persiapan. Sekarang ni...mesti Puan Raudhah kata "Nah itu ler rasanya orang sorang-sorang masa kenduri Along"..

Kalau benar dia kata camtu, ini jawapanku....!
"Along lelaki, kamu perempuan......waaaaa"

Bezanya........majlis perkahwinan anak perempuan lebih sibuk & mencabar...*___*

Tapi.....pengantin pun sibuk gak...sebab kakak die ni x bagi chance untuk berehat, wahahaha...

1/2/2013 (Hari akad nikah)

PAGI

Cik Raudhah : Nyah, sape nak basuh kolah...orang ke..
Cik Nasihah : Aha la...sape lagi, sume bz
Cik Raudhah : Xpe ke pengantin ....
Cik Nasihah : Esok yang kamu raja sehari, hari ini xraja lagi...

PETANG

Alhamdulillah selamat sudah Cik Raudhah bertukar status ke Puan Raudhah setelah angguk laju-laju (ahaksss) bila tok kadi tanya sudi tak bernikah dengan Fadli....


Setelah semuanya selesai....pasangan pun bangun untuk solat sunat syukur....tiba2x...... Puan Raudhah xbangun-bangun lagi sebab....(hihihi).....kaki kebas...(Adoii..mcm2 la Puan Raudhah ni...ish!)

Sejak petang sampai ke malam Puan Raudhah memang jadi pemaisuri raja sungguh die yeee...aiccehhh ~~ xpe2...hoho

2/3/2013

Makanya hari ini tibalah hari majlis meraikan pengantin. Fuhh~ ramai gak yang datang..tak ketinggalan jugak kawan-kawan kakak pengantin..uhukhuk~


Terima kasih ye Assiah, Nurul dan wana sekeluarga, Aton & suami, Nasyrah, staff-staff Darul Mubarak, Bosku Ust Ismi dan keluarga...Sedapkan masakan orang kg kiter ;)

Kini family saya sudah semakin besar, 8+1 = 9 orang dah...wahh makin meriah dan makanan pun makin banyak, sukenye kiterr ..huhiii

Semoga Raudhah & Suami berbahagia sampai ke Syurga. Selamat membina baitulmuslim yang warahmah, mawaddah & sakinah. Doakan iter lak ye... ehee :)


p/s : Kagum dengan pengantin sebab berjaya membasuh  & memutihkan bontut kuali yang hitam legam tu .ahaha.. Minggu depan 24/3 kenduri rumah lelaki pulak...jom2.. :)


"Addin An-Nasihah ^___^

Sunday, March 10, 2013

Alkisah 1

Alkisahnya di Hotel Karom Hijaz Madinah (15/2/2013)

Sedang semua para jemaah umrah enak menjamu selera...

"Assalamualaikum w.b.t.."
"Sedikit pengumuman...esok kita akan berangkat pulang ke Malaysia, sebelum itu kita ada transit di Pakistan. Jadinya esok pagi semua jemaah boleh lakukan ziarah wada' (Ziarah selamat tinggal) selepas subuh. Kemudian kita akan turunkan beg dalam jam 10 pagi esok. InsyaAllah jam 2 petang kita chek out hotel dan akan bertolak ke airport madinah selepas asar. Boleh solat asar di Masjid Nabawi. Kita akan check in di airport jam 6 petang dan berlepas jam 10 malam. Ada sebarang pertanyaan?"

.....
.....
.....

"Ok..kalau tak da pape..sekian, wallahua'lam"

Sambil meng'off'' mikrofon..dan duduk..

Tiba-tiba2x..seorang makcik semeja denganku bertanya.
"Kiranya esok bermalam di Pakistan tak?"
Aha la...lupe lak nak kabo jemaah ni..karang lupa plak dame bawa baju persalinan.
Dengan segeranya ku capai mikrofon dan meng 'on' kan dan berdiri kembali..

"Minta maaf ye, ada sedikit penambahan..esok di transit kita akan bermalam di Pakistan ye, jadi siap-siaplah untuk pakaian bersalin nanti..............eh...."

Sebelum sempat apa-apa kedengaran suara ramai orang ketawa.. kedengaran suara pak cik..
"Ate kita lelaki ni pun kena bawah jugak ke pakaian bersalin...hahaha...."

(Dalam hati..) Adoi..camne leh tersasul pakaian bersalin lak ni...

"Eh2..maaf, pakaian persalinan bermalam di Pakistan"huhu...ulangku semula sambil ketawa jugak...Sabo jer ler!

Ingatkan habis disitu saja...

16/2/2013 di perkarangan Hotel Airport Pakistan..

Semua jemaah bersiap untuk pulang, barang yang asalnya sedikit bertambah2x apabila mereka menyoping plak di Pakistan..

Dengan nada ingin bergurau...huhu..

"Aumakk pak cik mak cik..beranak pulak beg pak cik mak cik sehari duk Pakistan ni ye"hehe
Pak cik pun menjawab,
"Aa tu la...dah ustazah suruh bawa pakaian bersalin, bersalin le ni.."

Adoii...terkena balik... *___*

Sabor je ler..huhu

:)

Tetap dalam ingatan ^^




"Addin An-Nasihah ^___^

Thursday, March 7, 2013

Harap dapat kesana lagi

Assalamualaikum w.b.t

Ketika diri disibukkan dengan kerja,
Ketika diri telah dimaklumkan ketidak lepasan pergi kesana,
Ketika diri tidak beria-ria membuat persedian,
Ketika itu diri ini hanya mampu berdoa agar beri yang terbaik...
Ketika itu......1 hari lagi akan bertolak..
Ketika itu......waktu yang ku nantikan sejak 10 tahun yang lalu
Ketika itu......Detik itu......Impian ke-3 ku tercapai....
Tiada kata..tiada lafaz...hanya sujud syukur....
Kerana  aku hanya merancang dengan cita-citaku..
Tetapi Allah s.a.w pula merancang dengan CintaNya...

Dengan IzinNya...
Allah menjemput aku menjadi tetamuNya,
Alhamdulillah..SubhanaAllah...MasyaAllah...,!!!
Tiada lafaz yang mampu digambarkan,
Bertapa Allah benar-benar mendengar doa hambaNya,
Mak..Abah..Adik beradik...sahabat2x...ku yakin doa mereka!
Jika besar mana pun halanganya..
Jika sesukar mana pun jalannya..
Jika Allah izinkan..tiada apa yang boleh menghalang..
Bukan sebanyak mana wang yang dikumpulkan..
Bukan selama mana kita mencari masa...
Tetapi Sejauh mana kita berdoa....

Ya Allah..kini aku benar-benar merindui tanah haram itu,
Rindu ini melebihi rasa rinduku sebelum aku dijemput menjadi tetamuMu..
Rindu ini bagai tiada penghujung..
Rindunya aku pada Rasulullah..
Rindunya aku pada Tanah Suci Mekah
Rindunya aku pada Tanah Suci Madinah
Rindunya aku pada Kaabah..
Rindunya aku pada MasjidilHaram
Rindunya aku pada Raudhah
Rindunya aku pada Masjid Nabawi...
Rindunya aku hendak sujud dilantai bumi haram itu..
Masih terasa dekatnya diri ini padaMu..
Masih terasa sejuk hatiku..
Masih terasa tenangnya disana....

Dimana hendakku hilangkan rindu ini??
Mahu saja aku terbang pergi kesana...
Tapi apa dayaku...

Kini..ku ubat rasa rindu itu...
Dalam sujud menyembahMu..
Kini..ku ubat rasa rindu itu...
Dengan berdoa sepuasnya ku luahkan rindu itu..
Kini ku ubat rasa rindu itu..
Dengan memperbaiki perhubungan dengan manusia..
Ku ubat rasa rindu ini...
Dengan menggalakkan orang untuk ke sana..
Ku ubat sedikit rasa rindu ini..
Dengan berselawat kepada Rasullullah s.a.w
Ya Allah..semoga ada peluang ku kesana sekali lagi untuk ku lepaskan rasa rindu ini...








"Addin An-Nasihah ^___^

Friday, January 25, 2013

~~Fikiran melayang-layang~~

Dengan Nama Allah Yang Maha Mengetahui, Maha Pengasih, Maha Penyayang...

Alkisahnya hari ini, di opisss..

Berdebar punya pasal bila isu aku akan dihantar bertugas membawa group umrah ke Tanah Suci..aisehhh........

Bla...bla...seha jadi pergi tak...bla..
Bla...bla...tunggu jwapan minggu dpn...bla...
Bla..pak cik dah tanya seha pergi bila....
..Aisehhh...isu yang dibincangkan ini yang menyebabkan aku berdebar sekencang-kencangnya... Dup..dap...jantung bagai nak meletup..(Rase nak lari, malas bincang pasal isu tu). Menyebabkan aku duk termenung memikirkan.....lepas ke x lepas ke visa aku ni...aiiihhh... Kalau lepas..macam mana...boleh ke..xboleh ker....ishhh...layak ke xlayak ke...adehhhh...

Kring..kring...(tel berbunyiiii....semua haiwan bersenang lenang..)

Kak Ida : Ye..nak cakap dengan seha?...jap, seha!
Aku pun ambil phone..(hati masih tak keruan memikirkan isu pembimbing tadi...).. dengan confident dan semangatnya aku memberi salam.....

Me : Bismillahirahmanirrahim....! 

Ya Allah! apa aku ni...! Baca Bismillah pulak,...aiseh... *_*
Aku pun cepat-cepat pass phone kat Acik wani,.minta dia tlng cakapkan...otak blurrr..+ Maluuu !!

Acik Wani : Ye, nak cakap dengan seha ye...seha ada hal, ada nak tinggal pesan ke? Aa..nak cakap juga dengan seha.. Ok2... Along, nah....!

Dengan muka minta dibelas kasihan (xnak jawab...! ) dan dengan berat mulutnya...............
 
Me : Erkkk...Ye.............nasihah bercakap......

Bos : Hah..seha!

Alamakk..bos rupanya! Aish.... **__**  Buat maluuu jerrr
(Wahai malu..pergi la jauh2x....syoohhh...syohhh...lupakan la hal tadi...)


**The moral of story, jangan mikir sangat perkara yang kita tahu ianya akan terlerai atau terungkai sendiri akan datang, bila kita memikirkan sangat sesuatu perkara/masalah yang tiada penyelesaian...maka beri lah ruang dan masa untuk diri mempersiapkan diri untuk menunggu jawapan. Apa yang hanya perlu adalah kesabaran untuk menunggu. Hilangkan penyeksaan (penantian itu satu penyeksaan) itu dengan perbanyakkan berdoa dan istighfar agar hati kita sentiasa dibimbingNya...Focussss



"Addin An-Nasihah ^___^

Sunday, January 20, 2013

♥ Blogku = Penasihatku ♥


......ᗩᔕᔕᗩᒪᗩᗰᑌ'ᗩᒪᗩIKᑌᗰ...... 



Alhamdulillah, sehingga saat ini masih diberi pinjam Oksigen untuk terus bernafas, nadi untuk terus hidup, anggota yang sempurna dan sihat untuk terus bekerja dan akal fikiran dan seterusnya iman untuk terus menunaikan kewajipan sebagai seorang hambaNya di muka bumi ini.

Dengan publishnya post ini, maka serta merta ia menjadi post pertama untuk tahun 2013. Subhanallah.. Sudah 3 tahun rupanya umur teratak "Hati Sesejuk Salju" ini. Dua tiga hari sebelum ini, saja mengisi masa dengan membaca kembali post2x sepanjang tahun 2012. Bermuhasabah kembali setiap penulisan yang di postkan, dan mengingatkan diri semula setiap apa yang di sampaikan. Alhamdulillah...rasa tidak sia-sia meluangkan masa untuk menulis di blog kerana ada ketikanya ia kembali menjadi penasihat buat diri sendiri :) 

Walaupun tak dikurnia kemasyuran
Walaupun tak dilimpah kemewahan
Hati ku tetap akan memuji
Namamu selalu ya rabbi

Walaupun tak di beri kemakmuran
Akan ku memanjangkan kesabaran
Ku tetap syukur pada ilahi
Kerana mengurniakan nyawa ini



Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam, dan hari esok lebih baik dari hari ini.
Semoga hari di akhirat nanti lebih baik daripada hari-hari di dunia persinggahan ini.



"Addin An-Nasihah ^___^

Saturday, December 29, 2012

Tarikh Lahir Bulan Islam

♥......ᗩᔕᔕᗩᒪᗩᗩᗰᑌ'ᗩᒪᗩIKᑌᗰ......
Bismillahirahmanirrahim, selawat dan salam ke atas rasul junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
Firman Allah,“Tiadalah Kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi Rahmat bagi sekelian alam.” (al-Anbiya: 107)

Nabi bersabda, "Tidaklah dianggap beriman di kalangan kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada ibubapanya, anaknya dan manusia seluruhnya." (HR Bukhari)
Al-kisah....
Suatu malam yang hening..mak masuk ke bilik......
"Cer...cari tarikh lahir kita sekeluarga dalam bulan Islam.."
Kami pun mengoogle bersama-sama bertiga mak, si kakak yang tak mengada dan si adik yang mengada :p Satu demi satu tarikh lahir setiap ahli keluarga didapatkan dalam tarikh Islam (di sini). Mak kata, sebaiknya dan SEPATUTNYA kita kena ingat dan RAIKAN tarikh lahir kita dalam tarikh Islam. 
Habis semua tarikh kami cari, start dari abah hinggalah si tembam Humaira,,huhu
 "Aa lepas ni, print semua tarikh lahir ni dan tampal kat dinding" bagaikan arahan seorang komender kepada si kakak.
Si kakak, copy & paste kat microsoft word....tapi tak print lagi..huhi..
Kemudian...baru perasan..Lah! Patut nama si adik  "RAUDHAH!"
Tarikh lahir si adik adalah bulan orang baru balik haji, mak cerita... time tu arwah Mak Tok baru balik haji...di sana ada tempat nama RAUDHAH.. Ateeeeee.. balik-balik ada baby..uwekk..uwek..tanpa nama lagi, jadinya diberinya la nama RAUDHAH :p
Makanya, sebenarnya...kita boleh tahu sejarah hidup kita ini juga dengan bulan-bulan Islam. Jika dilahirkan pada bulan Ramadhan, rupanya mak kita lahirkan kita sewaktu umat Islam menunaikan ibadat puasa. Jika dilahirkan bulan Syawal, rupanya umat Islam seluruh dunia sedang meraikan atau baru sahaja meraikan hari kemenangan setelah sebulan puasa. Subhanallah.. 
Jika kita menyambut maulidur rasul, hari kelahiran Rasulullah SAW adalah pada hari Isnin, 12 rabiulawal/20April 571M dan hari kewafatan Rasulullah SAW juga pada hari Isnin, 12 rabiulawal/8 Jun 632M. Makanya, mengapa kita tidak mengingati juga bulan kelahiran kita mengikut bulan Islam dan mengingatkan kita..mungkinkah kematian kita juga di bulan kelahiran kita..sesungguhnya mati itu pasti, cuma kita tidak tahu bila dan dimana.
Wahua'lam.. :)


 
 

 
 

"Addin An-Nasihah ^___^

Friday, December 21, 2012

Melangkah ke Alam Pekerjaan :)

♥......ᗩᔕᔕᗩᒪᗩᗩᗰᑌ'ᗩᒪᗩIKᑌᗰ......
Ya Rahman..
Ya Rahim..
Ya Malik...
ya Quddus...
Sesungguhnya disebalik setiap nama dalam Asma Ul Husna terdapat keistemewaan yang sangat banyak.
Alhamdulillah, hari ini cukup seminggu bekerja di Darul Mubarak Travel & Tours. Kita merancang, tetapi perancangan Allah adalah lebih baik. Pada asalnya, Bos menawarkanku untuk bekerja di Darul Mubarak tetapi hatiku masih belum bersedia untuk terus bekerja setelah habis praktikal disitu. Tambahan pula hati meronta-ronta nak pergi UUM selepas habis praktikal. Perancangan untuk ke UUM bukan seminggu dua tetapi sebelum start praktikal lagi..makanya duit elaun yang diterima bulan-bulan ku simpan buat belanja di UUM. Alhamdulillah, puas hati dapat jumpe lecture, keluarga angkat dan kawan-kawan. Balik dari UUM terus mengikuti Kem Saintis Mukmin. Program Darul Mubarak yang diadakan 19-20 dan 26-27. Beberapa hari selepas program, mendapat temuduga di Yayasan Sofa Negeri Sembilan. Allah atur dengan cantik. Along tak dapat hantar tetapi sahabat baikku Nurul boleh menemaniku kerana secara kebetulannya die pun mendapat temuduga kontrak di tempat dia praktikal di Putrajaya. Cik Raudhah menemaniku ke Putrajaya kerana kami memang sudah lama merancang untuk ke sana berjumpa kawan-kawan disana dan dah alang-alang.huhu. Pergi ke opis tempat lama cik Raudhah bekerja, sambil itu menghantar resume untuk permohonan kontrak di kementerian-kementerian. Perancangannya, selepas habis kerja kontrak ke kerja jauh-jauh ke, dah puas merantau dan mengambil pengalaman kerja.. baru ingin apply kerja di Darul Mubarak dan terus menetap di Perak...huhii. Sahabatku safwa berkali-kali 'gertak' bila nak hantar resume ke Darul Mubarak..bertangguh-tangguh sampai hari ini tak hantar...huhu..Busy..hee. Pulang dari Putrajaya, terus bertugas menjaga anak saudara, sape lagi Humaira tembam la..wahh, memang mencabar...huhi. Dapat rehat beberapa hari, dapat panggilan temuduga Guru Tadika Islam perak. 12/12/12 hari bersejarah dimana permulaanku di alam pekerjaan. Tengah dup..dap...dup...dap...nak masuk bilik temuduga Guru Tadika, dapat pula msg dari kawan yang menyatakan ada terima panggilan temuduga di Jakim untuk kontrak 3 bulan. Dan kami berjanji untuk pergi bersama. Beberapa minit kemudian pula, tiba-tiba mendapat panggilan daripada Bos Darul Mubarak untuk bekerja dengan Darul Mubarak..Allahu Allah.. Dengan penuh rasa hormat kepada bos atas tawarannya, hatiku bermonolog, "mungkin rezekiku disini" Makanya, tarikh 13/12/2012 adalah permulaan kerjaya pertamaku setelah tamat belajar. Diletakkan dibawah unit Umrah. Itulah perancangan Allah, kita merancang A dan Allah bagi B sebab dia tahu B adalah yang terbaik buat kita. Alhamdulillah... Manakala keputusan Yayasan Sofa yang sepatutnya dapat pada 12/12/12 ditangguhkan dan dapat tahu pada 18/12/12. Keputusannya DUKACITA! Jika sukacita rasa happy lah sikit sbb temuduga yang mencabar (suka cabaran!) namun bila dapat dukacita ini pun sebenarnya mengajarku erti menghargai apa yang kita sedang miliki. Bukan senang hendak mendapat pekerjaan masa kini, selalu dengar orang cakap susah dapat kerja... rupanya memang susah sebab jika dapat temuduga pun tak semestinya dapat. Banyak juga permohonan kerja yang dihantar, setakat ini hanya 2 sahaja yang dipanggil. tapi, ia bergantung pada rezeki masing-masing... :) Dannnnnn.......Memang teringin hendak berkongsi pengalaman temuduga yang pernah dihadiri..insyaAllah, post akan datang :)



"Addin An-Nasihah ^___^

Tuesday, December 11, 2012

˚•♥Menatap Masa Depan Dengan Indah♥•˚

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Sahabat saudaraku fillah..sesungguhnya hidup kita ada dalam tiga masa yakni masa lalu, masa kini dan masa depan..
Masa lalu adalah pengalaman perlu dijadikan pelajaran..

Masa kini adalah kenyataan perlu kita perjuangkan..

Sedangkan masa depan adalah harapan perlu kita rencanakan..

Masa depan adalah cita-cita dan harapan, maka perlu persiapan nyata untuk mewujudkan bukan sekedar dalam angan..

Saudaraku..sesungguhnya apa yang kita tanam di hari ini akan kita tuai di masa depan..

Siapapun yang ingin masa depannya baik hendaklah saat ini berbuat banyak kebajikan..

Mengingat keberhasilan masa lalu dapat menumbuhkan semangat menuju keberhasilan...

Namun jika hanya mengingat keburukan dapat membunuh semangat , mematikan tekad dan mengubur masa depan yang belum kita jalankan..

Saudaraku.. Jangan merasa sedih dengan masa lalu yang menyakitkan, namun segeralah bangkit meraih kebahagiaan..

Seburuk apapun masa lalu jika hari ini kita bertaubat dan bertekad untuk memperbaiki diri Insya Allah semua keburukan akan terhapuskan..

Maka jangan merasa suram menatap masa depan karena selama kita dalam kebaikan Insya Allah Dia akan memberi jaminan..

Agar masa depan kita lebih baik hendaklah keyakinan kepada Allah selalu kita tanamkan,lakukan berbagai aktifitas yang terbaik sesuai kemampuan, meneguhkan tujuan dan memantapkan kesabaran..

Sedangkan pupuk semua itu adalah iman, ilmu dan akhaq terpuji yang selalu kita amalkan..

Saudaraku.. yakinlan selama masih ada kehidupan tentu masih ada harapan..

Maka pandanglah masa depan dengan harapan yang indah dan gantungkan segala pengharapan kepada Allah Yang Maha Menentukan..

Sekian...copy & paste : p
˚•♥Menatap Masa Depan ♥•˚




p/s : pssssttttt esok 12/12/12 kan.....

  • Firstly, esok besday my abah tersyggggg!! Nak surprise per ek...mlm ni kena pk la ngan cik taman dan puan Mak..heee
  • Esok dapat result temuduga Yayasan Sofa..pe cite gamaknya..first temuduga after praktikal..dah la menguji mental nguh. pape pun, Allah dah aturkan................. tungguu je ler..atee  :)
  • Dan esok gak, pagi-pagi kena ikut cik taman keluar (awalnyaaa), ada temuduga kat ipoh sebagai guru tadika islam perak (haiii...duk mikir, betul ke nak jadi cikgu tadika..takut lak mikir kena buli dgn budk2...alahai) tapiii mak semangat! siap nak teman! Ikut je la...demi mak tercinta.. huhuuu..
  • Esok gak! Nak pi hanya barang 'Serbuk Penawar Blue Clay' untuk jual..semangat2x...tah dari manalah datang semangat berniaga sejak akhir2x ni...mungkinkah penangan ambil kos Buss Math?? Waallahua'alam...Harap2x istiqomah ler semangat ni...takut hangat-hangat ehemm jer.. Selagi ada penasihat cik taman & pengeluar modal My mak...insyaAllah...perlu sabo je ler.... baru je melangkah seibu jari kaki..dah rasa mcm2 dugaan~~ Allahumma Yassir Walatuassir Ya Karim.... 
"Kita rancang dengan cita-cita, Allah rancangan dengan CintaNya"

Luv Allah, Luv Rasulullah, Luv My Family, Luv Frend, Luv U all ... :)



"Addin An-Nasihah ^___^

:::SAHABAT-SAHABATKU:::