Friday, January 2, 2015

Moga diri ini menjadi hambaNya yang Bersyukur

Bismilillahirahmanirahim..

Selamat tinggal 2014, welcome 2015. 

Allah masih berikan waktu untuk beribadat kepadanya, berikan masa untuk bertaubat dan berikanpeluang untuk berbakti kepada keluarga, agama, masyarakat dan negara.

Alhamdulillah, baru sahaja selesai cuti seminggu di Perak, cuti yang penuh makna terisi dengan pelbagai aktiviti bersama suami dan keluarga di kampung. Semua atas izinNya juga.

Syukur Allah mudahkan. Cuti seminggu sebab ikut suami nak habiskan cuti. Aa...baru kerja tak sampai setahun cuti dah nak dekat 10 hari dah, ngeee. Alhamdulillah...semua atas izin Allah. Itu juga rezeki. :)

Bulan Disember ini juga rezeki dapat komisyen umrah dan bonus tahun baru. Allahurabbi. Allah juga masih kurniakan nikmat sihat. Alhamdulillah. Dapat juga bertemu dengan sahabat-sahabat dan keluarga tersayang sepanjang seminggu. Nikmat kebahagiaan yang tak terhingga. 

Bahagia itu Allah yang beri. Setiap orang mempunyai tafsiran kebahagiaan yang berbeza. Bagiku apa yang ku milikiitulah kebahagiaan yang patut disyukuri.

Moga Allah sentiasa letakkan diri ini dikalangan orang yang bersyukur. Moga ujian kesenangan ini dapat dilalui dengan hati yang bersyukur dan semakin mendekati Allah iaitu dikala senang, bukan dikala susah sahaja seperti sakit, hati tidak tenang, gelisah, risau dan sebagainya.

Di kala aku disini, di luar sana banyak lagi orang yang susah. Tambahan baru-baru ini berlaku bencana alam iaitu banjir di bumi Kelantan, Perak, Pahang, terengganu. Jauh disudut disana..walaupun tidak mengenali tetapi memikirkan bertapa payahnya mereka menghadapi hidup, dengan kehilangan itu dan ini.

Aku bertanya kembali pada diri, jika aku di tempat mereka, mampu kah aku???? 

Allah...... Aku takkan mampu menghadapinya melainkan dengan izin Allah :'(

Aku dapat bercuti bersama keluarga dengan gembira, pergi kerja dengan selamat, punyai suami disisi, diberi komisyen bonus, mempunyai tempat tidur yang selesa, tempat tinggal yang sempurna... tetapi ada saudara seIslam ku yang hampir... bukan di luar negara tetapi satu negara, hanya jarak beberapa kilometer sahaja... merekalah yang dalam kesusahan..kini hidup dalam kerisauan, kesedihan dengan apa yang terjadi. 

mereka tidak mempunyai apa-apa... banyak harta benda musnah. Aku cuba bayangkan jika rumahku duduki kini tiada, barang-barang dalam rumah semua musnah. Allahurabbi...sukarnya. 

Oleh itu, sebenarnya apa yang ku miliki ini...sebenarnya hak mereka. Sebab apa yang ku miliki ini semua hak Allah. Apa yang dimiliki ini maka bersyukurlah dan apa yang mampu diberi bantuan berilah. 

Kulihat kembali... moga rezeki bulan disember ini dapat dikongsi bersama mereka, dan mana-mana keperluan yang boleh diberi sumbangkan. Moga usaha sedikit sebanyak ini dapat membantu mereka selain daripada doa. Maaf saudaraku... kerana aku tidak mampu menyumbang tenaga.

Ya Allah! Moga diri ini menjadi diantara hambaNya yang bersyukur.

Aminnnn 




"Addin An-Nasihah ^___^

Thursday, December 11, 2014

Jaga makan ye!

Fasa baru in coming....!

Sekarang alhamdulillah dah mula berselera mkan, tersenyum cik abe tengoknya. hehe. Sekarang bila nak makan sesuatu tu asyik duk teringat je selagi xdapat. Aa...! Malam tadi pun, gara-gara tengok along post gambar kak long mera punya roti canai ni la duk terbayang-bayang roti canai sampai ke malam..huuuuu....


Balik saja my love dari tempat kerja, solat maghrib.

"Malam ni syg nak makan apa"
"Makan buah je la" (Dimata terbayang-bayang roti canai kak long mera tadi)
"Eh ibu mengandung tak boleh diet2, kena makan, nanti lapar, buah je tak cukup"
"Erm....tak pe, boleh makan oat jugak (Sedap juga Radix oat HPA pagi tadi)"
"Betul ke ni... kalau sayang nak masak pape masak la, tak pe..(kes malas nak masak sebab cik abe malam-malam nak makan buah je...huhu)"
"Ke nak makan luar"
"Erkkk....sebenarnya teringin roti canai"
Fuhhh...terkeluar jugak.hehe. Asalnya xnak bg tahu sebab kesian tgk suami baru balik keje....huhu.


Last-last siap laju-laju zoom.... pergi solat isyak dulu kat surau taman melewar then... pe lagi, pekena la roti canai mamak satu!!

Dapat juga semalam roti canai semalam. Bahaya betul tengok orang-orang pos gambar makanan ni.hahaha. Sian kat ibu-ibu mengandung ni..kot teringin tak de kat Malaysia guane.haha

Pape pun.... pemakanan mesti terjaga.. U see... Inilah jadual pemakanan berkhasiat yang harus di ikuti olehku. Arahan cik abe.Tapi si isteri................ main acah2. Disiplin sehaaaa.... plzzz!!



Makan cukup2 dan berkhasiat ye puan sehaaa...supaya boleh tembam dan sihat macam anak buah bertiga tu..hahahaha....



Sekian !! :)


"Addin An-Nasihah ^___^

Tuesday, November 11, 2014

Kehidupanku ...


Bismillahirahmanirahim...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Perlindung.
Selawat & salam buat junjungan agung Rasulullah saw.
Salam sayang penuh kasih buat suami tercinta,
Salam penuh rindu buat mak abah mak ayah..doaku agar kalian dikurniakan kesihatan yang baik selalu.

Yeahhh! ada pun masa menulis di teratak istimewa ini. Masa amat mencemburuiku, bukan sahaja masa tetapi kesihatan yang kurang baik juga membuatkan diri ini terasa nak berehat sahaja, sedangkan banyak benda ingin dibuat,

Ok! hari ni masuk kari ke-4 berehat di rumah. Bukan suke-suke tapi atas nasihat doktor supaya merehatkan diri. Walaupun kerja umrah banyak di Pasti Travel...harus dilupakn sejenak. Mujur punyai kawan-kawan ofis yang suka membantu, mengambil berat dan sudah seperti kakak sendiri. Alhamdulillah. Juga punyai ketua staff dan bos yang memahami. Banyak hikmahnya Allah takdirkan aku bekerja di Pasti. Hikmah seperti yang sesuai untuk keadaanku. Tempat kerja yang dekat, kerja 5 hari sahaja, punyai kawan-kawan yang boleh dirujuk dalam hal keluarga. Cume aku dah tak boleh ligat bekerja seperti masa bujang dulu kerana harus jaga badan.ahaks..hehe..



Moga Allah beri yang terbaik buat kami berdua. Bukan sahaja rehat dari bekerja di office tapi big bos di rumah juga suruhku berehat. Terima kasih abang.... jaga sayang. Meredakan kegelisahan dihati. Erm...hati siapa tak risau, memikirkan anak dikandungan. Alhamdulillah semua dalam keadaan baik. Moga Allah lindung.
 

" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir."

Allah mencurahkan mawaddah wa rahmah ke atas hambaNya, yakni perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Pada permulaan perkahwinan, kita dicurahkan dengan perasaan cinta. Sesudah agak lama berkahwin, perasaan cinta itu bertukar menjadi belas kasihan. Apabila pasangan kita sudah mula berkedut, apabila pasangan kita sudah mula bongkok, apabila pasangan kita sudah mula terlantar sakit, maka perasaan belas kasihan itulah yang mengukuhkan perkahwinan itu, yang membuat perkahwinan itu bertahan sehingga ke akhir hayat.

Petikan daripada buku novel yang baru habis dibaca "Kuseru Namamu Kekasih" Penulisan Maya Iris. Salah satu aktiviti sepanjang mengandung adalah hendak mengasah diri banyakkan membaca. Membaca AlQuran of coz ... kerana itu muzik terbaik buat anakku. Aku dan suami dah memborong buku.....wahhh.. novel je laju habis.hehe.

Cayok2 seha....!Target sampai bulan 5 nanti...

1) Khatam baca Alquran beserta terjemahan.
2) Habiskan sekurang-kurangnya 5 buah buku.

Insyaallah...

Yang tiada tetapkan lagi tapi nak usaha buat.

3) Makan kurma - setiap hari ehh 2 hari sekali (tapi kurma macam nak habis je..hikhik)
4) Minum air delima + madu -  setiap hari atau 3 hari sekali
5) Minum Air Kelapa - bulan feb start minum hari-hari

Ada lagi ni....insyallah... yang lain akan menyusul............ :)

Sekian, wasalamuuu...
"Addin An-Nasihah ^___^

Monday, September 22, 2014

Allah akan beri mengikut apa yang kita sangka.

Bismillahirahmanirrahim.

Sungguh pemurah Allah SWT, sungguh Pengasih ALLAH SWT & sungguh Maha Besar ALLAH SWT.

Suatu hari, cintaku selepas Allah & Rasul berkata... jika hendakkan sesuatu, doa betul-betul & sangkakan baik-baik kerana Allah akan beri mengikut sangkaan hambaNya.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W.  bersabda yang bermaksud : “Allah S.W.T. berfirman, ‘Aku sesuai dengan prasangka hamba-Ku kepada diri-Ku’.” (Hadis RiwayatAl-Bukhari)

Allah swt akan memberi dengan mengikut sangkaan hambaNya. Jika hambanya yakin akan doanya akan dimakbul Allah, maka Allah akan menurutnya. Tetapi jika hambanya berdoa tetapi masih ragu-ragu akan janji Allah.. maka ia berbeza kerana sejak awal lagi sudah berputus asa dan bersangka buruk terhadap Allah swt.

Begitu juga perihal kita apabila kita memohon ampun kepada Allah SWT, jika hambanya bertaubat dengan taubat Nasuha , maka Allah akan menerima taubatnya. Banyak sirah-sirah rasul dan cerita yang kita dengari berkenaan taubat. Contohnya cerita pembunuh yang membunuh 99 orang dan akhirnya membunuh cukup 100 orang apabila orang yang ke-100 itu menyatakan tiada harapan untuk dia diampunkan Allah. Tetapi si pembunuh yakin dan bersangka baik bahawa Allah itu Maha Pengasih. Akhirnya die bertemu dengan orang yang benar... maka taubatnya diterima Allah swt.

Allahurabbi...!

Mengalir air mata menangis hati ini, apabila mengenangkan bertapa baiknya ALLAH swt pada hambanya. Sedangkan hambanya ini penuh noda dan dosa. Diri ini tidak malu berkongsi apa sahaja kebaikan yang Allah berikan pada hambaNya yang hina dina ini. Bukan untuk menunjuk tetapi hendak orang tahu bertapa Allah itu Maha Mendengar, Maha Besar, maka jangan putus asa.

Astagfirullahhalazim..!
Allahuakbar..!

Diizin Allah untuk kami suami isteri memikul amanah dan anugerah yang paling berharga. Tiada lain melain sentiasa berdoa agar Allah jagainya lindunginya, kerana Allah adalah sebaik-baik perlindungan.

Terima kasih Allah.. cinta padaMu takkan pernah putus, takkan pernah jauh, takkan pernah hilang.
Moga Allah redhai kami selalu. Aminn

Selamat membesar dan berkembang dengan selamat wahai cinta hati kami. Kehadiranmu dinanti dengan penuh sabar. Kerana engkau bakal menyerikan lagi hidup kami.

Alhamdulillah :)

"Addin An-Nasihah ^___^

Friday, August 22, 2014

Resepi Raya 2014

Bismillahirahmanirahim.

Sejak kahwin ini, suka mengoogle resepi-resepi masakan. Wah..rupenya penting juga, banyak juga blog-blog yang membantu. So, selagi ia bermanfaat...kita kongsi, mungkin bawa kebaikan pada orang lain yang memerlukan..ye tak. 

Zaasss

Roti Jala

Bahan-bahan

1) 1 cawan tepung gandum
2) 1 biji telur
3) 1/2 cawan susu cair
4) 1/2 cawan air
5) 1/2 sudu kecil garam
6) pewarna hijau/kuning

Cara-caranya

1) Campurkan kesemua bahan-bahan tadi, kemudian di gaulkan.
2) Kemudian, blander semua bahan-bahan yang telah digaul tadi sehingga lembut.
3) Masukkan ke dalam bekas yang berlubang.
4) Masak.


Nasi lemak

Bahan-bahan

1) 5 cawan Beras
2) 6 1/2 cawan air
2) Santan
3) Pandan
4) Garam
5) Halia 1 inci

Cara-cara

1) Masukkan kesemua bahan-bahan di atas dalam periuk nasi, kemudian rendam selama 20 minit dan masak.


Sambal Nasi Lemak

1) Segengam ikan bilis
2) 18 biji bawang merah
3) 2 biji bawang besar
4) 5 biji bawang putih
5) 7 sudu cabai blander
6) Sedikit air asam jawa
7) 2 cawan air
8) 2 gulung Gula Merah
9) 2 gengam ikan bilis

Cara-cara

1) Goreng ikan bilis sehingga rangup. Kemudian ketepikan.
2) Tumis bahan yang dikisar (bawang merah. bawang besar, bawang putih, ikan bilis) sehingga naik bau
3) Masukkan cabai blander, goreng sehingga naik minyak
4) Masukkan air asam jawa, air masak dan gula melaka.
5) Masak sehingga airnya kering 
6) Masukkan gula dan ikan bilis yang telah di goreng tadi.

Siaapp!!

Huhu. Alhamdulillah..inilah resepi pertama untuk kawan-kawan suami datang beraya. Resepi daripada en abee juga, mr chef in the house....ngee

Sekian TQ! :)

p/s : tak de gambar sebab tak sempat snap. Menaip sekadar untuk tak nak lupa.hihi

"Addin An-Nasihah ^___^

Friday, August 8, 2014

Terus istiqomah

Bismillahirahmanirahim...

Alhamdulillah, akhirnya datang juga familyku ke teratak kami. Erm, berbuka puasa bersama. Riuh rendah jadinya..hehe. Bila semua balik, sunyi balik rumah... mana taknye tinggal kami berdua saje.






Anyway, sebulan dah hampir berlalu... Dalam sebulan ni, penuh dengan pelbagai cerita.. pelbagai kisah.
Apa yang istimewanya, terlalu banyak ibrah dan kebaikan di bulan Ramadhan boleh di gapai sang isteri-isteri dalam menjalani rumah tangga.

Seorang anak perempuan yang dah biasa tinggal sendirian dan bersama keluarga. Dulu balik keje je, mak dah siap masak untuk berbuka. Kalau sendirian, asal malas masak... boleh la makan apa yang ada je. Dulu lain sekarang lain. Allahurabbi, besar sungguh tarbiah buat semua isteri ... Bayangkan bangun awal pagi, siap makanan bersahur, bersiap ke masjid solat subuh, balik basuh kain, sidai kain. Selesai terus pergi kerja. Balik kerja cepat-cepat ready masuk untuk berbuka, erm..kadang-kadang tak sempat nak berhias sambut cinta hati balik..huhu. Sambung balik, lepas berbuka solat dan bersiap ke masjid. Malam pula lipat baju & iron baju. Kemudian baru tido.krooh...

Fuh.. pengalaman pertama di bulan sebagai seorang isteri. Namun bertapa tarbiahnya Bulan Ramadhan ini pada hambanya, masa ini lah latihan buat isteri dan suami. Banyak kesan dan terkesannya. Alhamdulillah... tarbiah di Bulan penuh berkah ini akan membawa kita ke arah yang lebih baik. Bulan puasa ini latihan untuk suami dan isteri. Berlatih untuk manage masa, bantu membantu tolong menolong dalam waktu yang padat dan singkat, bersama-sama menjalani ibadah, di tarbiah sama-sama susah dan senang, belajar merancang hidup dan berbincang dalam apa juga perkara kecik mahupun besar. Huhu..inilah di namakan tarbiah ramadhan di madrasah baitmuslim. :)

Pernah tanya suami, tahu tak bagaimana kita nak tahu ramadhan itu telah memberi kesan pada diri kita. Suami tanya macam mana? Tapi time tu lupa plak nak jawab...hehehe

Jawapannya... apabila kita masih terus beristiqamah dengan amalan kita sepanjang bulan Ramadhan. Masih terus rajin bersedekah, bangun malam, membaca Alquran, memasak... erk.. hehe.. dan sebagainya. 

Moga kita semua istiqomah dalam merebut  perhatian Cinta Agung :)



"Addin An-Nasihah ^___^

Friday, June 27, 2014

DM dalam ingatan

Bismillahirahmanirrahim...

Allahumma Sollia'ala Muhammad... 

Hari ini hari terakhir bekerja di Darul Mubarak Travel & Tours. Sebulan bergerak kerja sebagai staff HQ di Gombak. Ini bermakna sudah 1 bulan 2 minggu aku berada di Gombak di sisi suami solehku. Percaturan Allah... Cikgu Hassan iaitu pengarah Pasti membuat panggilan untuk aku bekerja di Pasti Travel.

Aku akhirnya bersetuju, dan 1 Julai adalah hari pertama aku bekerja disana. Moga Allah permudahkan urusan hambaNya ini... yang sentiasa mengharapkan rahmat dan kasih sayangnya. Bersyukur pernah menjadi staff Darul Mubarak. Terlalu banyak kenangan sepanjang menjadi wargakerjanya. Disana aku bekerja berdekatan dengan mak dan abah selama hampir 1 tahun lebih. Di sana juga aku diizinkan Allah menjadi tetamunya walaupun sebagai pembimbing group umrah... Allahurabbi :') 

Disana juga aku mengutip pengalaman bekerja, berorganisasi, bersahabat, bekerjasama... rindu pasti rindu. Seronok punyai bos-bos yang baik dan rakan-rakan sekerja yang sudah seperti adik beradik. Namun, sebulan disini juga... terasa seperti menjadi adik kepada akak ina.huhuhu. Berkongsi cerita berdua. Alhamdulillah... merasai kasih sayang makhluk didunia, namun mendalam lagi kasih sayang Allah sesama hambanya.

Esok beraktiviti bersama suami solehku. Maklumlah bercuti... dalam perancangannya... pergi joging, sarapan kedai..hoho.. pergi pasar, balik masak tengahari sama-sama. Waahh.. Excited! Sebab lusa nak bertemu Ramadhan Kareem..

Menyambut Ramadhan sebagai seorang isteri. Subhanallah... :')

Yang pastiiii....!!! Rindu mak abah.. adik beradik. Moga ketemu minggu depan nak balik kampung. Buka & sahur sama2... Mak ayah. Uhuhu.. first time juga nak berpuasa bersama family suami.. Berdebar dan excited! hehehe 

Salam Ramadhan Kareem :)




"Addin An-Nasihah ^___^

Tuesday, June 24, 2014

Kebaikan dalam perkahwinan

Kisah 1

Suatu hari di rumah..

Zauj : Nak join solat Dhuha?
Zaujah : Emm... sekejaplah sebab rasa nak rehat sekejap & bersihkan diri dulu, tak apa...nanti dah bersiap sayang teruslah solat. Abang solatlah dulu.
Zauj : Ok... (Nada berat)

...........
..........

Dalam kereta...

Zaujah : Ya Allah! Lupa lah nak solat Dhuha tadi...alahai..jelesnya syg... abang dapat solat Dhuha.. : (
Zauj : Itulah..benda baik jangan tangguh. Terus buat. Contohnya macam solat masbuk juga, orang selalu sahaja tunggu sampai imam berdirilah baru nak masuk. Tak perlu tangguh..terus buat sebab kita tak tahu masa tengah tunggu tu gempa bumi ke, apa-apa berlaku ke..
Zaujah : Astagfirullah.. betul.

Kisah 2

Di rumah Mak Cho..

Tengah-tengah tengok Facebook, ternampaklah post berkenaan dengan kisah Bomoh yang dikatakan syirik.

Zaujah : Abang tengok tak post bomoh yang ustaz azhar kata  bukan syirik. Apa pendapat abang?
Zauj : Apa pendapat syg pula?
Zaujah : Hmmmm...syirik itu bermaksud menyekutukan Allah, yakni menyamakan Allah dengan sesuatu yang lain. Kalau tengok bomoh ni bukan menyamakan Allah pun dengan benda tu..cuma itu usaha dia untuk mencari..tapi dengan kaedah itu. Betul tak?
Zauj : Hmm.. tapi dia buat macam silap mata juga la, magic.. boleh ke?
Zaujah : Oh....

Sambungan nya di dalam kereta nak balik...

Zauj : Ok.. macamana pula macam ini, kita tengok TV.. Tengok cerita "aku meminangmu dengan bismillah" he he...
Zaujah : He he.. ok..pastu.
Zauj : lepas tu azan pun berkumandang...kita pun masih duduk di depan TV sebab cerita tu sikit lagi je  nak habis... kita tunggu sampai cerita tu habis. Aa kalau macam ini camne?
Zaujah : Aa..itu syirik kecil la sebab kita utamakan TV daripada menyahut panggilan Allah untuk solat.
Zauj : Senyum.....lama jap..
Zaujah : Maksudnya.....(Sebab nampak mcm ada benda nak disampaikan)
Zauj : Maksudnya..kita sibuk memikirkan orang lain dalam bab-bab seperti itu..sedangkan kita tak sedar bahawa kita sendiri melakukan perbuatan syirik...
Zaujah : Hah! Allah......betul la ..

Kisah 3

Suatu hari...tek..tek.. wassup masuk

Zauj : Syg dah solat isyak?
Zaujah : Dah.. tadi tunggu isyak ...azan terus solat.
Zauj ; Bagusnya isteri abang.. untunglah sape yang dapat...kan?
Zaujah : Yeke ni..hehe
Zauj : Yela..kalau orang tu boleh jaga solat.. insyaAllah dia boleh jaga pasangan dia kan..betul tak? Kalau hak Allah pun dia tak dapat jaga..hak manusia lagi le...jauh.
Zaujah : Betul2...hehe


Kisah 4

Suatu hari si zauj terperasan yang isterinya meringan-ringankan solat yang perlu di qadarkan apabila sesudah suci 'datang bulan'.

Zauj pun memberi peringatan dan berkongsi ceramah daripada ustaz kegemarannya. Subhanaallah. Dalam Ceramah itu... ustaz bagi tahu orang perempuan akan mudah masuk Islam dengan syarat taat pada suami selagi tidak melanggar syarak. Namun kenapa masih ramai yang masuk neraka, hal ini kerana salah satunya orang perempuan meremeh-remehkan bab ganti solat ketika sebelum datangnya uzur dan sesudah bersuci.

Suatu hari...

Menerima wassup dari cinta hati..

Zauj : Jom solat
Zaujah : Nak rehat jap...nak tido dulu (kononya qolilahlah..uhu)
Zauj: Ok..slmt tido ye..
Zaujah : Abg tido jgk ke..
Zauj : Tak tido..sebab tido time perut penuh macaam tak selesa
Zaujah : zzzz

....Beberapa minit kemudian...

Zauj : Dah solat?

Zaujah : Solat dah.. :)
Zauj : Isteriku.... Ingat tak ceramah ust Samsuri yang abg kongsi tu?
Zaujah : oh... aha..solat awal waktu..takut uzur
Zauj : Nak dekat-dekat uzur ni lagi la kena on time solat
Zaujah : erm..hehe..ok..tq ingatkan, terlupa la abg.
Zauj : hehe...takut luput pastu uzur...dah tertinggal satu solat..rugi-rugi ..ye tak?
Zaujah :  :)

Solatlah diawal waktu terutamnya ketika waktu keluarnya akan datagnye 'bulan mengambang',


Kisah 5

Sejak tingal bersama, sebelum tidur akan memohon maaf

Suatu malam...

Zaujah : Maaf ye abang untuk hari ini kalau ada salah & silap ek..
Zauj : Abg pun sama.
Zaujah : Hmm saje nak tanya.. abang pernah tak terasa hati dengan syg.
Zauj : Erm.. pernah.
Zaujah : Apa die ek?? (Terkejut sambil otak ligat mengingatkan yang mana...yang ni ke tu ke?
Zauj : Tapi mcm biasa.. abg takkan cerita.
Zaujah : Ala cakap la ( Dengan azam nak perbaiki)
Zauj : Seorang suami kepada isterinya seperti ibu dengan anaknya. Akan cuba untuk melupakan dan memaafkan apa sahaja kesalahan atau silap anaknya. Takkan mudah ambil hati kerana tak nak anaknya dalam keaadaan berdosa apabila seorang ibu terasa hati. Begitu juga dengan suami kepada isteri. Abang akan cuba tak ambil hati, sebab tak nak isteri dalam keadaan berdosa.
Zaujah : (Dalam hati) Allah...luhurnya kasihmu wahai suamiku. Moga diri ini juga begitu. Al maklumlah... wanita ada sahaja emosinya.

Setiap kali emosi kewanitaan datang, ingatAllah... ingat kata-kata suami. Syaitan pun lari, hati pun tenang.

:)


P/s : Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke 3 bulan. Moga Allah bantu insan yang lemah ini menjadi hambaNya yang taat, Ummat Nabi Muhammad yang mendapat syafaatnya. menjadi Isteri solehah & anak yang solehah pada mak-mak abah ayah. Amin.



"Addin An-Nasihah ^___^

Wednesday, June 18, 2014

Za'faran atau Saffron

Assalamualaikum everybody in the home .... !

Ahaaa... kali ini nak berkongsi satu benda yang best, terbaik dan deboom ... oraite! :)

 Taraaa!! inilah die helaian-helaian za'faran/saffron

Za'faran adalah herba yang digunakan semenjak zaman Rasulullah (saw) lagi serta para-para sahabat dengan pelbagai tujuan terutamanya untuk mencerdaskan akal. Terdapat pelbagai kaedah penggunaannya seperti mana disebutkan dalam kitab-kitab tua serta kitab perubatan Islam mengenai khasiatnya. Ia juga dianggap sebagai herba ajaib bagi sesetengah pengamal perubatan Islam kerana kelebihan dan keistimewaannya yang tinggi dan tersendiri.

Ia merupakan herba yang sangat terkenal dan termahal, dikenali sebagai " King Of Spices ". Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa Za'faran sangat baik untuk kecerdasan minda. Dalam kitab Tibbul Imama A'li , muka surat 381, Saiyidina Ali (k.w) menyatakan: Maksudnya:

"Sesiapa yang mengambil sebahagian Za'faran tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan 'asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir."


 Set za'faran yang bakal di jual..ngee

KHASIAT ZA'FARAN

-Mencerdaskan minda-
Penyakit radang paru-paru-
-Sakit tekak dan tonsil-
-Sebarang masalah kulit-
-Menghindarkan batuk dan selsema-
-Sakit kepala atau migrane dan asma-
-Muntah-muntah, penyakit buah pinggang-
-Gila babi atau sawan-
-sukar tidur malam (insomnia)-
-Demam-
-Masalah limpa-
-Pembuka selera makan-
-Penyakit kanser-
-Lumpuh-
-Bengkak hati atau hipatitis A dan B-
-Memudahkan penghadaman-
-Menghilangkan bau mulut-
-Membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut-
-Menambahkan tenaga zahir dan batin-
-Masalah mati pucuk-
-Sembelit-
-Pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak-
-Awet muda dengan kulit cerah dan bersih-
-Bahan penenang bagi masalah kemurungan & runsing-
-Mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak ketika tumbuh gigi-
-Melancarkan perjalanan haid yang tidak menentu-
-Menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan-
-Menyembuhkan sakit perut, pening, sakit gigi, sakit mata dan pelbagai penyakit lain-

 Ini le rupenya... ni pun ambil masa 2 bulan baru boleh habis..huhu

Cara Penggunaan
Herba Zafaran dalam bentuk helaian diguna dengan mencampurkan dengan air suam. Letaklah dalam 4 helai za'faran dalam air suam dan kemudian rendam selama beberapa minit sehingga air betukar warna kekuningan baru minum.



Oke... you see, original saffron oke. Then first gred.

So!

Kepada yang berhajat nak mendapatkan produk za'faran first class ini boleh lah wasup/sms atau hubungi saya Nasihah 013403471- Gombak/Bota Perak.

PENGEDAR DIALU-ALUKAN

Sekian, wassalam.



"Addin An-Nasihah ^___^

Thursday, June 12, 2014

'Family Days' sebelah suami

Assalamualaiku wbt.

Pengalaman yang ingin dikongsi. Berfamily days bersama keluarga besar sebelah suami pada 31/5 - 2/6/2014 di Kuala Jeram Selangor,

Mengenali salasilah keluarga sebelah suami yang besar. Banyak aktiviti, yang aku join full nya hanyalah aktiviti makan.hehe. Ada pertukaran hadiah, ada senamanaerobik, solat berjemaah dan yang paling syokkkk.... dapat mandi kolam renang.

Best nak cerita pengalaman mandi kolam renang. Aku ni malu ala-ala kucing. first suami ajak terjun xnak sebab segan. Then ramai orang pulak tu. Walaupun akhirnya aku turun juga, tapi duk tepi kolam je tengok suami berenang-renang ikan.hehe.

Tapi kali kedua, esoknnya suami ajak lagi. Alhamdulillah kali ini aku round satu kolam renang. Bermain dengan anak-anak saudara kami. Seronok. Mereka sangat-sangat comey bergelak ketawa.

Sebelah suami, semua adik beradik ada kecuali family nyah. Yong pun tak ada tapi 3 orang anak yong ada. mewakili... Ramai juga sepupu suami. Besar. Aku temani suami jadi camerawomen ..ehemm.. so far so good...daripada bosan-bosan, bantulah suami.hihihi.

Tapi kami tak tunggu sampai 2hb sebab suami tak dapat cuti esoknya. So malam tu vrooommm2 balik ke gombak pun dah tengah malam. Tunggu suami siapkan video aktiviti untuk tayangan esok majlis penutup.

Walaupun tak ingat semua 150 lebih orang ini, tapi ada improvement untuk mengerat dan lebih mengenali family keluargaku. Moga ukhwah persaudaraan berpanjangan. Insyaallah tunggu 2 years again for the next family day. 

Thanks every thing to my husband.

Sekian, my moment in the news life  :)


"Addin An-Nasihah ^___^

:::SAHABAT-SAHABATKU:::