Friday, July 30, 2010

COUNTDOWN!!! MArhaban Ya Ramadhan..

Bismillahirahmanirrohim

Assalamualaikum

Lama ana tinggalkan blog. Hari-hari menunggu dan masa berlalu begitu sahaja, membawa harapan agar dapat menconteng sesuatu yang bermanfaat untuk dikongsikan bersama.



Alhamdulillah!



Allah masih memberi peluang untuk terus hidup meneruskan perjuangan sebagai khalifah Allah.

Mengumpul seberapa banyak bekalan untuk dibawa diakhirat sana.




"Ya Allah, sesungguhnya aku tidak layak memasuki syurgaMu tetapi aku takut masuk nerakaMu...oleh itu bantulah daku Ya Allah......dan ampunkan aku"

Ya Allah!

Terasa tenangnya dihati, gembiranya, timbul bermacam-macam harapan dihati apabila memikirkan Bulan Ramadhan bulan yang berkat, bulan rahmat dan bulan utama yang akan tiba tak lama lagi.

Marhaban Ya Ramadhan!!

Marhaban Ya Ramadhan (selamat datang Ramadhan) mengandungi erti bahawa kita menyambut Ramadhan dengan lapang dada, penuh kegembiraan, tidak dengan keluhan.




Ya Allah!

Semoga Allah sampaikan kita semua pada bulan Ramadhan.

Bulan yang permulaannya RAHMAT

Pertengahannya MAGRIFAT

Penghujungnya PEMBEBASAN API NERAKA

Akan sampaikah kita pada bulan berkat ini..??? Mohon Ya Allah....
...

Selamat Datang Ramadhan...

Ana mengajak diri sendiri juga sahabat-sahabat untuk sama-sama meraikan kedatangan Bulan ini seperti mana kita beria-ria menanti kedatangan satu Syawal.

Countdown kedatangan Bulan Ramadhan!!
...
....
......
.....



Rasulullah sendiri sentiasa menyambut dengan gembira setiap datangnya Ramadhan. Dan berita gembira itu disampaikan pula kepada para sahabatnya.

Marilah kita menanti dan menyambut kedatangan 1 Ramadhan seperti mana kita menanti 1 Syawal.

Seperti....

Bersihkan dan hiasi kediaman sepertimana yang kita lakukan sebelum 1 syawal

Keluarkan pinggan mangkuk yang sudah lama berada di dalam almari untuk dipakai sewaktu bersahur dan berbuka

Tukar siap-siap cadar, langsir, dan lain-lain yang sewaktu dengannya agar nanti di akhir ramadhan tak sibuk-sibuk

Perhebatkan, pertingkatkan dan perkasakan amalan kita agar dapat melatih kita terus istiqomah sebelum semasa dan selepas ramadhan sehingga ditemukan Allah dengan Ramadhan akan datang.

Persiapkan dan hiasi diri baik dalaman mahupun luaran.

Pasang lagu bulan ramadhan di bilik, di rumah kita, tempat kerja, ringtone hp dan lain-lain yang sewaktu dengannya daripada sekarang sepertimana awalnya kita memasang lagu raya.

Banyakkan topik perbincangan tentang kedatangan dan apa persediaan yang kita lakukan untuk menyambut bulan ini dengan rakan sebilik, rakan sekelas, rakan serumah, rakan sekerja...sesiapa sahaja disekeliling kita sepertimana topik perbincangan kita menyambut 1 syawal...dah siap baju raya? raya kat mana? Buat kueh apa? buat lemang tak? bla bla bla...Namun...soalan yang biasa ditanya sebelum Ramadhan...

Dah habis ganti puasa?
Macammana nak niat puasa ganti?

Sepertimana kita hebat mengucapkan "selamat menyambut hari raya aldilfitri" kepada rakan-rakan seperti itulah kita mengucapkan "selamat menyambut Ramadhan lagi sebulan...atau lagi seminggu..." menunjukkan betapa gembiranya kita dengan kedatangan ramadhan. Mungkin ada diantara kita...bila ucap selamat berpuasa esok..."la...esok ramadhan?" cepatnya ramadhan...macam tak percaya. Jadi bila begitu, bagaikan kedatangan ramadhan itu tidak bermakna padanya. Jadi baik kita ucap awal-awal...takut-takut la sahabat kita ini lupa dah nak Ramadhan dah..kesian jugak kat die kan..

Jadi....

Marilah kita membuatkan diri kita dan orang sekeliling kita agar tak sabar-sabar menunggu 1 ramadhan dan merasakan kehidupan sebulan Ramadhan itu sesuatu yang amat bermakna untuk dijalani..!




Ya Allah...!

Permudahkanlah urusan kami.

InsyaAllah.....^_^

Ahlan Wahsahlan Ya Ramadhan

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada antum sekalian....hehehe



P/s Salah satu topik perbincangan.... Dah ada team tadarus? ^_^




"Addin An-Nasihah ^___^

Tuesday, July 13, 2010

Semangat baru, semester baru.

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum

Alhamdulillah kerana Allah masih memberi peluang untuk kita terus bernafas dan meneruskan hidup.

Marilah kira berselawat kepada Nabi junjungan Nabi Muhamad s.a.w.

Syukur ke hadrat Ilahi, kerana limpahan rahmat dan kurniaan rezekinya, memberi kesihatan yang baik sepanjang minggu orientasi meraikan pelajar baru Universiti Utara Malaysia Semester I Sesi 2010/2011.

Inilah firts time ana jadi fesi di UUM. Ingatan ana pada sahabat-sahabat PUO dulu berganda-ganda, mengingati kembali saat-saat kami menyambut pelajar baru di Kamsis PUO. Indahnya kenangan dan pengalaman itu ^_^

Pusat Islam

Alhamdulillah, pengalaman disana banyak membantu ana untuk membantu dan menyumbang sedikit tenaga dalam program minggu suai kenal Pusat Islam di sini pula.

Al kisahnya, pada mulanya, hampir-hampir ana nak tarik diri untuk kursus fesilitator rakan masjid ini. sebabnya, sahabat-sahabat ana yang ingin datang bersama tak dapat menghadirkan diri . Semua ada hal yang lebih mustahak. Jadi ana terfikir, jika dalam medan peperangan, sekiranya sahabat-sahabat kita syahid, perlukah kita berundur?? Berpatah balik? Atau terus mara kehadapan?

&^%##!#&^&^**^#@!???

Alhamdulillah, sesungguhnya Allah sentiasa bersama hamba-hambanya. Mempermudahkan urusan hambaNya terutamanya dalam membantu agamaNya. Sebaik-baik perancangan kita, perancangan Allah berganda-ganda lebih baik.

Dua hari kami berkampung di DPP Bukit Kachi iaitu Jumaat dan Sabtu. Dua hari ini adalah kursus fesilitator Pusat Islam.

Bukit Kachi~~ nun jauh tu DPP SME Bank ^_^

Dalam kursus ini menerangkan semua perjalanan program dan tugas-tugas yang perlu kami lakukan. Kami juga membuat beberapa praktikal. Yang paling bestnya...kami kena berlatih senaman ruhiyah untuk diajar pada adik-adik nanti. Pengalaman baru ana ^_^

Pada hari Ahad adik-adik baru berdaftar.

Fesi Pusat Islam tidak lah sesibuk JPM (Jawatankuasa Pembangunan Mahasiswa) dan AJKS (Ahli Jawatankuasa Suaikenal ) yang terlibat secara terus dengan atur cara orientasi. Kami hanya mengambil alih adik-adik pada waktu solat. Memastikan mereka solat dan solat jemaah di surau blok. Pada waktu subuh adik2 akan di bawa ke Masjid Sultan Badlishah. Selepas subuh kami akan bersama-sama melagukan Asmaulhusna dan zikir munajad. Semoga ia dapat melembutkan hati-hati ini.


Selepas itu, rakan masjid akan mengadakan beberapa aktiviti mengikut jadual sehingga jam 7 pagi.


Perkarangan Masjid awal pagi...SubhanaAllah.


*********
Isnin : Ceramah Daripada Ustaz Mohamad Usamah.

Mengucapkan selamat datang kepada pelajar baru dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan di kampus baru.

**********
Selasa : Ujian kefahaman dan kemantapan fardu ain secara BERTULIS

Adik-adik di beri soalan untuk dijawab. Soalan-soalan yang berkaitan dengan Ibadah, feqah dan sebagainya. Markah akan diambil dan kami akan semak kemudian dapatkan tahap adik-adik tersebut samada lemah/sederhana/baik.

***********
Rabu : Sama seperti hari selasa tetapi secara LISAN

Kami akan mendengar bacaan Al Fatihah dan Al-Quran/ Hadis adik-adik. Hasil ujian ini penting untuk membantu adik-adik yang mempunyai masalah dari segi bacaan Al-Quran. Ujian seperti ini bukan hendak memalukan sesiapa tetapi lebih untuk membantu. 'Folow up' akan dilakukan samada akan mengadakan kelas,kursus dan sebagainya.


Khamis : Senaman Ruhiyah.


Alhamdulillah, untuk hari terakhir ini, adik-adik di bawa ke perkarangan masjid untuk bersenam ^_^. Senaman Ruhiyah ini boleh la kita gantikan dengan tarian poco-poco atau chicken dance serta senaman aerobik yang memutarkan lagu yang semacam.

Seronok senaman ini, sahabat-sahabiah boleh la mencubanya... Lagu yang di gunakan adalah ar ruhul jadid yakni 'semangat baru'. Sekurang-kurangnya lagu ini lebih berfaedah, sambil bersenam boleh menyanyi dan dapat membangkitkan semangat baru kita sebagai umat Islam. Ayuh bersenam sama2...best!! ^_^

Ruhul Jadid!!

Semangat Baru~~!!


"Addin An-Nasihah ^___^

Sunday, June 27, 2010

Puzzle





Assalamualaikum kawan-kawan, rakan-rakan dan taulan serta sahabat-sahabatku. Semoga sentiasa berada di bawah payungan Rahmat dan Kasih Sayang Allah s.w.t (^_^).

Sepanjang cuti semester ni, kehidupan ana di rumah agak tidak selesa. Bukan tak aman ok...tp pergerakan yang agak terbatas. Tak boleh berlari ke sana sini sesukati. Ke depan dan ke belakang, ke kanan dan ke kiri. Bagaikan dipenjara di rumah sendiri.huh. Tempat-tempat yang boleh berlari-lari adalah dapur, bilik air dan bilik tidur.... Tidak banyak yang dapat dilakukan, hanya dapur la tempat kunjungan setiaku....sebab di situ ada makanan.hehe.


Rumahku rumah kampung...Gambar hiasan (^_^)

Ok la...sebenarnya rumah kami sekarang tengah di ubah suai, di baik pulih dan diperluaskan. Sebab hujung tahun ini, InsyaAllah...akan terciptanya sejarah pertama keluarga kami iaitu... akan melangsungkan kenduri perkahwinan di rumah ini.hehe. Tak sabarnya nak merasai kemeriahan kenduri itu nanti. Doa-doakan ye...

Tapi bukan pasal majlis tu yang nak dicerita. Ana nak cakap tentang proses menyiapan rumah ana ini. Apa yang di perhatikan...

Matlamat....

Nak siapkan ubahsuai rumah.

Nak tambah satu lagi bilik, besarkan tempat letak kenderaan dan besarkan pintu.

Mak abah upah orang untuk buat kerja-kerja ini, sebab abah dah tak larat nak buat semua tu..ana pun... tapi bukan tak larat tapi tak tahu,hehe.


Dan hari ini, ada seorang pak cik datang rumah, rupanya abah minta along pergi cari orang TNB untuk ubah kedudukan elektrik rumah dan memasang elektrik di bilik baru siap tu...(Bilik pengantin~) Pak cik tu ayah kepada kawan along, so die ambil upah murah je (^_~) Alhamdulillah Ya Allah.


Tanpa bantuan kalian dan dengan keizinan Allah... sukar untuk menyempurnakan proses ini.
Sama jugak tauke yang jual barang-barang seperti simen, zink, pasir, bata, cat, kayu, ...bla..bla.. Jika tiada mereka, mogok tak nak buka kedai...nanye la kami...nak beli barang kat mana? Dan rumah kami dapat ke disiapkan? Tidakkan... so terima kasih kepada tauke sebab tak mogok (^_^).




Walaubagaimanapun... ia menjadi lebih sempurna, lengkap dan lancar dengan ada nya puzzle-puzzle dari abah, emak dan adik beradik. Mana ruang yang lopong, puzzle-puzzle daripada setiap orang ini boleh la di tampal-tampalkan, yang terlebih boleh la di keluarkan dan disusun semula...hehe. Supaya nanti rumah kami bukan sahaja sedap badan berteduh malah sedap mata memandang (^_^)



Biasanya abah akan memberi pandangan dan melihat dari semua sudut. Dari sudut harga barang, upah pekerja, hasil kerja mereka, kauntiti dan kualiti barang, makan minum, rehat...bla bla bla...uhu, abah memang seorang yang berpengalaman, so tiada siapa yang akan berani mengambil kesempatan dan menipu kami..haha.. Terima kasih abah atas puzzlemu yang begitu berharga(^-^).
Mak pula adalah designer rumah ini.hehe. Nak atap jenis apa, nak lantai camne, nak pintu bentuk apa, cat warna apa, marmal corak apa...semuanya la, kalo tak de mak saya yang beridea kreatif ini adakah rumah saya akan cantik dan sedap mata memandang?? Tidakkan...terima kasih ye mak atas puzzle designermu.hehe.
Manakala along pula, pengganti abah waktu abah pergi kerja. Alhamdulillah, along tengah cuti nak tunggu posting kerja kat mana. Jadinya, along la pengganti abah sebagai pemerhati dan berurusan dengan pekerja, pergi beli barang, angkat turun barang, urus itu urus ini (^_~)...so thank you, tak pe belajar dari sekarang ye camne nak jadi ketua keluarga.haha.



Dan kepada 2 lagi adik ana itu...kat Putrajaya dan Ipoh. Mereka tak tinggal kat rumah. tapi, masa dorang balik bercuti...puzzle mereka amat lah berharga sebab mereka telah mempercepatkan proses pengecatan bilik, pemecahan tangga batu dan termasuk la memecah ketenangan dan kesunyian rumah..haha. So, terima kasih ye...( ^_~). Hope sepanjang cuti hari puas la berehat~~~hahaha.
Dan puzzle dariku, selain daripada makan..makan..dan makan...ana bertanggungjawab atas makan minum pekerja-pekerja... Ada 3 kali arahan dari big bos (emak la) untuk sediakan makanan. Pukul 10.30, makan pagi. Pukul 12, bagi minum air ais. Makan tengahari, dape balik rumah masing-masing.huhu. Dan satu lagi pukul 5, minum petang. So, sila bekerja dengan rajin ye...huhu.



Apa yang ana hendak kongsikan, seronokkan hidup saling lengkap melengkapi dan saling bergantungan untuk menyempurnakan sesuatu...ana rasa, antum pun merasainya sebab setiap manusia mengalaminya...cuba lihat disekeliling antum dan apa yang antum lakukan... kemudian renung-renungkan (^_^).



Bila bekerja, kita memerlukan orang bawahan untuk menyempurnakan tugas, memerlukan rakan sekerja untuk memberi pendapat, pandangan dan bantuan dan memerlukan orang atasan untuk memimpin kita.


Bila belajar, kita memerlukan guru untuk mendalami ilmu dan memahaminya, memerlukan sahabat untuk belajar. Ini kerana belajar berkumpulan lebih berkesan daripada berlajar bersendirian.



Bila berorganisasi, kita memerlukan barisan kepimpinan yang mahu memberi dan menerima, memberi arahan dan menerima arahan, memberi teguran dan menerima teguran, saling hormat menghormati, ada pemikir, perancang dan perlaksana.



Setiap orang Allah kurniakan kemahiran dan kelebihan yang berbeza2. Begitu juga sebalikknya
Cuba bayangkan...jikalau dunia ini semua orang sama dan tiada beza,tak pedulikan orang lain, buat hal sendiri-sendiri, akan berwarna warnikah kehidupan kita??




Malah setiap yang diciptakan Allah adalah saling melangkapi untuk menjadi sebuah sistem yang lengkap.



Mungkin boleh kita hidup sendirian, lakukan kerja sendirian tanpa memerlukan bantuan orang lain. Tapi bagaimana pula tahap kesempurnaan yang diperolehi.



Dalam pembesaran kita juga kita telah memerlukan orang lain untuk menyempurnakan kehidupan kita.

Masa kita kecil, kita memerlukan jagaan orang.

Bila kita sakit kita memerlukan doktor merawat, dengan izin Allah.

Kita memerlukan imam dan juga makmum untuk solat berjemaah.

Pemimpin memerlukan pengikut, pengikut juga memerlukan pemimpin.

Yang muda memerlukan yang tua, yang tua juga memerlukan yang muda.

Wanita memerlukan lelaki dan lelaki memerlukan wanita.



Malahan bila kita mati pun kita masih memerlukan antara satu sama lain. Yang mati menginsafkan yang hidup, yang masih hidup pula mendoakan yang sudah mati.

Sejak lahir sehingga mati, manusia "seolah2" tidak dibenarkan hidup sendirian di alam semesta ini.

Kenapa?? Sebab manusia mempunyai amanah dan salah satunya adalah amanah terhadap masyarakat dan perkhidmatan. Amanah bermaksud aman, tenteram dan harmoni. Bila kita melaksanakannya, maka yang memberi akan rasa aman, tenang dan gembira. Yang menerima juga akan rasa dihargai, selamat dan harmoni.

Alhamdulillah, indahnya Allah mengatur sistem manusia. Saling memerlukan, kerana DIA lebih mengenali makhluk ciptaaNya. Kita hanya makhlukNya yang tidak sempurna, kerdil, dan lemah. Hanya Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Besar. AllahuAkhbar!!





P/S

InsyaAllah mungkin dalam 2,3 hari ini, proses ubahsuai ini akan selesai. Tapi, ana dah nak balik kampus dah~~. Tak kisah la, yang penting semuanya selamat. Semoga Allah menerima, redha dan berkati apa yang telah, sedang dan ingin kami lakukan ini. Doakan ye...puzzle hampir sempurna (^_^).


"Addin An-Nasihah ^___^

Saturday, June 19, 2010

Bola oh Bola




Haha.. memang pedas. Dasyat sungguh penagan bola ini. Hebat, sebiji bola di campakkan dalam padang, berjuta-juta orang dapat bangun malam. Yang selama ni tak pernah bangun pun bleh jadi TERbangun. Hebat-hebat. Nanti, bila demam bola dah habis, tak de dah yang nak TERbangun malam. Semua akan menjadi seperti sedia kala. Malunya kita pada Allah. Inilah kesan 3S daripada barat untuk hancurkan umat Islam. Sing, seks dan SPORT.


Tidak salah nak mensyaksikan apa sahaja jenis 'SPORT'.
Islam tidak melarangnya, tetapi biarlah Allah itu tetap "number one"dalam hati kita. Terutamanya dalam bab solat. Minta dilindungi daripada melewatkan atau meninggalkan solat gara-gara asyiknya menyaksikan sesuatu perlawanan. Tidak kiralah apa sahaja jenis piala, Piala Dunia ke, Piala Thomas ke...tengoklah tetapi jangan sampai Piala Hari Akhirat kita terabai dan terbabas...Allahhuakbar..

"Addin An-Nasihah ^___^

Tuesday, June 15, 2010

Hati-hati Menjaga Hati

Result exam baru je keluar, walaupun agak kecewa sebab tak capai target..tapi alhamdulillah... walau apa hasilnya kena redha pada ketentuanNya. Hati..hati...hati.... hati manusia, selalu rasa tak cukup dengan apa yang diperolehinya. Wahai hati, berhati-hati lah... sebenarnya, apa yang kita perolehi itu adalah yang terbaik untuk kita.

Allah Maha Mengetahui, jika diberinya kita di tempat yang tinggi..mungkin hati kita akan kotor dengan sifat-sifat mazmumah seperti sifat riak, sombong dan ujub. Ingat lagi sabda Rasullullah SAW, "Siapa dalam hatinya ada kesombongan sebesar biji sawi, Allah akan membanting mukanya ke Neraka". Na'udhbillaahi min dhalik... Jika dikira dalam hari-hari yang kita lalui, jangan kata sombong sebesar biji sawi, sebesar biji durian pun ada dalam hati kita. Ini lah manusia, lemah dan hinanya kita disisi Allah.. namun Allah itu Maha Pemaaf, Pengampun dan Penerima Taubat. Ya Allah Ya Affuww, Ya Ghafur, Ya Tauwab.

Dan jika diberinya kita di tempat yang terlalu rendah mungkin kita tidak mampu menghadapinya. Jadi apa yang Allah kurniakan untuk kita itu adalah yang terbaik supaya kita akan lebih berusaha dan yang paling penting lebih mendekatiNya. Dan sekiranya apa yang kita perolehi itu terlalu sukar untuk diterima...jangan kecewa dan bersedih. Sesungguhnya Allah akan menguji seseorang itu mengikut kemampuannya. Beruntunglah mereka yang diuji dengan kesusahan dan kepayahan, kerana ujian itu tanda sayang dan kasih Allah pada hambaNya. Siapa kita ini untuk mengaturkan sesuatu, kita hambanya yang kerdil. Namun, yang penting mesti usaha, doa dan tawakal.


".....Ya Allah Ya Bari', sesungguhnya Engkau yang Maha Mengatur Urusan manusia dan mengatur agenda makhlukMu. Aturan dan agendaMu Maha Hebat dan tiada tolok bandingnya. Kami sedar bahawa kami hanya hambaMu yang tidak mampu mengatur urusan dan agenda. Agenda kami sering silap dan mempunyai pelbagai kelemahan. oleh itu Ya Allah Ya Bari', hambaMu ini menyerah seluruh jiwa dan raga kepadaMu untuk Engkau aturkan dan kami rela mengikut agendaMu Ya Bari'...."

Namun sebagai manusia, kekadang kita tidak pernah rasa cukup dengan apa yang kita perolehi. Sering mengeluh, suka memikirkan kalau la begini, kalau la begitu.. saya pun tidak tahu hati saya sekarang ni macam mana. Tapi saya akui saya selalu macam tu.(alahai..) Tak pernahnya nak bersyukur...! Wahai hati.... hati-hati... jangan sampai hatimu mati...

Allah berjanji hendak menambah kenikmatan orang yang mahu mensyukurinya.

"Demi, jika kamu berterima kasih, nescaya Ku-tambah nikmat yang ada padamu, tetapi jika kamu kufur (tiada berterima kasih) sesungguhnya seksaan-Ku amat keras" (Surah Ibrahim : Ayat 7)

Na'udhbillaahi min dhalik!

Semalam juga ana (bahasakan diri ana plak ye..lbh sng nak cite) bersembang dengan seorang adik ana dari PUO, masih ingat lagi kata-katanya. "Akak, belaja ini suatu jihad, jadi buat la apa pun yang akak nak untuk mencapai impian dan cita-cita akak...yang penting sabar dan redha". Alahai...terkesan juga dihati dengan kata-kata begini waktu hati tengah tak berhati-hati ini.hehe.
Oleh itu, walau apa sahaja hasil daripada usaha dan pengorbanan yang dilakukan terimalah dengan hati yang masih terpelihara. Tidak kiralah hasilnya baik atau sebaliknya. Jika hasilnya baik tapi mendatangkan kemungkaran Allah..apa gunanya? Ujian Allah itu diberi kepada hambaNya dalam dua bentuk iaitu dalam bentuk kesenangan dan kesusahan. Maka berhati-hati lah duhai hati..

p/s Memandangkan pelbagai jenis result keluar, ada result exam,kemasukan IPT, interview biasiswa, pekerjaan dan sebagainya..maka post kali ini sebenarnya untuk peringatan kita bersama tidak kiralah apa jenis result pun ok....hik3



"Addin An-Nasihah ^___^

Tuesday, June 8, 2010

Pahlawan Islam


Suka saya nak berkongsi cerita tentang salah seorang pahlawan terbilang Islam iaitu Salahuddin al-Ayyubi. Petang tadi, sedang saya membaca perkembangan terkini tentang bumi palestin, fikiran saya melayang-layang teringatkan kisah Salahuddin al-Ayyubi ini. Dimana suatu masa dahulu, Salahuddin al-Ayyubi pernah mengetuai ketenteraan untuk merampas kembali Masjid Al-Aqsa. Maka saya berfikir, Islam itu agama yang diturunkan oleh Allah untuk semua umat manusia. Islam agama yang sempurna dan sesuai sepanjang zaman. Jadi, jika dahulu umat Islam mampu berjaya, begitu juga sekarang. Yang penting, kita mengikut landasan yang digariskan oleh Allah s.w.t. Sejarah juga banyak telah membuktikan iaitu pimpinan yang berjaya, dan mampu menghalang kemaraan musuh-musuh Islam adalah mereka yang berpegang teguh pada agama Allah s.w.t dan beramal dengan amalan yang soleh.

Salahuddin al-Ayyubi merupakan salah seorang pahlawan Islam yang patut dikagumi kerana keperibadiannya yang mulia dan berpegang teguh dengan ajaran Allah s.w.t. Kota Suci Baitulmaqdis pernah jatuh ke tangan kaum Salib setelah dikuasai selama lebih 500 tahun oleh Islam. Salahuddin al-Ayyubi lahir ke dunia setelah hampir 40 tahun kaum Salib menduduki baitulmaqdis. Beliau berasal daripada keluarga yang taat pada agama dan berjiwa pahlawan. Ayahnya adalah seorang gabenor yang bernama Najmuddin Ayub Bin Shadhi yang juga merupakan anak saudara Sultan Nuruddin Zenggi. Walaubagaimanapun, Salahuddin al-Ayyubi lebih banyak berada di khemah peperangan berbanding tinggal bersama keluarga di istana.

Ketika umurnya 17 tahun, Salahuddin al-Ayyubi mula berkhidmat dengan Nur Al-Din di Damsyik. Beliau adalah panglima tentera, pemimpin dan pentadbir negara yang sangat berbakat dan sangat popular ketika Perang Salib. Beliau melibatkan diri dalam peperangan Salib di kawasan Mesir, Palestin dan Syria.

Apabila hendak memulakan jihad, beliau akan menumpukan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tenteranya. Salahuddin al-Ayyubi hebat di medan perang, beliau bagaikan seorang ibu garang yang kehilangan anak tunggal. Beliau bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah. ( SubhanaAllah...)





Selain itu, beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan air mata berlinangan untuk mengajak manusia supaya bangkit membela Islam ( erm...ikhlas hatinya,bagaimana pula kita? air mata atau mata merah menyala, astagfirullah...)

Dalam bulan Zulkaedah 570 Hijrah (Mei 1175 Masihi), khalifah Abbasiyyah mengisytiharkan Salahuddin al-Ayyubi sebagai Sultan Mesir dan menggelarkan dirinya sebagai Sultan al-Islam wa al-Muslimin. Pada tahun itu juga beliau membina kota pertahanan di Kaherah.


Erm seterusnya...pada tahun 583 Hijrah ( 1187 masihi ) berlaku Perang Salib kedua, yang juga dikenali sebagai Perang Hittin. Untuk pengetahuan sahabat, Sultan Salahuddin al-Ayyubi lah yang memimpin peperangan ini. Dan akhir....alhamdulillah, Baitulmaqdis kembali ditawan oleh orang Islam semula!!!

Maka, pada hari Jumaat 27 Rejab 583 Hijrah. Sultan Salahuddin al-Ayyubi bersama kaum muslimin memasuki Baitulmaqdis. Mereka melaungkan "Allahu Akbar!!!" dengan air mata kegembiraan. Para ulama dan solehin datang mengucapkan tahniah kepada Sultan Salahuddin al-Ayyubi di atas perjuangannya yang telah berhasil. Apalagi tarikh tersebut bersamaan dengan tarikh Isra' Nabi S.A.W dari Masjidil Aqsa. Kamu muslimin tidak sempat melaksanakan solat Jumaat kerana terpaksa membersihkan Masjid Suci itu dari babi, kayu-kayu salib, gambar-gambar rahib dan patung-patung yang dipertuhankan oleh orang Kristian.

Namun, Perang Salib berlaku lagi buat kali ketiga pada tahun 588 (1192). Ia berlaku kerana dendam dan kekecewaan golongan pembesar Kristian, maka mereka berusaha hendak merampas semula Baitulmaqdis daripada orang Islam. Amat dasyat...kerana mereka menggabungkan seluruh kekuatan negara Kristian. Tetapi!! (hehe), mereka kalah juga dan ramai tentera mereka terbunuh dan tertawan. Orang Kristian telah menguasai Baltulmaqdis selama 88 tahun, namun kali ini mereka tidak mampu mengalahkan tentera Sultan Salahuddin al-Ayyubi.


Apa yang dikagumi adalah kepimpinannya ketika berperang. Sifat penyayang dan belas kasihan Sultan Salahuddin al-Ayyubi jauh berbeza daripada kekejaman tentera Kristian ( ahli sejarah pun mengakuinya ooo...)


Lane-Poole ( die ni penulis barat ) mengesahkan, kebaikan hati Salahuddin al-Ayyubi mencegahnya daripada membalas dendam. Katanya lagi, Salahuddin al-Ayyubi menunjukkan ketinggian akhlaknya ketika orang Kristian menyerah kalah. Tenteranya sangat bertanggjungjawab menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah bentuk kekerasan sehingga tidak ada kedengaran orang Kristian yang dianiaya. Terlalu berbeza dengan tindak tanduk tentera Kristian ketika menawan Baitulmaqdis kali pertama pada 1099. Dijalanan dipenuhi mayat orang Islam yang tidak bersenjata diseksa, dibakar dan dipanahkan dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah ibadat. Orang Kristian sangat bertuah apabila mereka dilayan dengan baik oleh Salahuddin al-Ayyubi.


Inilah Salahuddin al-Ayyubi yang terbilang sebagai salah seorang pahlawan dan panglima Islam yang besar. Pada beliau terkumpul sifat-sifat berani, wara', zuhud, khusyu', pemurah, pemaaf, tegas dan lain-lain sifat terpuji. Sifat pemurah dan pemaafnya diakui oleh lawan mahupun kawan.

Beliau meninggal dunia pada 27 Safar 589 Hijrah (1193 masihi) pada usia 55 tahun di Damsyik, Syria selepas memerintah selama 25 tahun. Beliau sakit selama 14 hari sebelum menghembus nafas terakhir.....

Al-Fatihah...

Makan Salahuddin al-Ayyubi berdekatan dengan Masjid Ummaiyyah, Damsyik, Syria


P/S Semoga akan lahir lebih ramai lagi pahlawan-pahlawan Islam yang hebat-hebat seperti Sultan Salahuddin al-Ayyubi ini. Kita perlu ingat bahawa kita adalah penyambung perjuangan Rasulullah s.a.w. Jangan kita Lupa...kita pernah Berjaya! Kembalikan Kegemilangan itu!! Jom...!!!



"Addin An-Nasihah ^___^

Saturday, June 5, 2010

Sebagai Renungan =)


"Addin An-Nasihah ^___^

Sesuka hati je!

Kita dikejutkan lagi dengan satu peristiwa besar umat Islam. Serangan tentera Israel laknatullah terdapat konvoi bantuan ke Palestin disempadan Gaza. Masihkah kita hendak mendiamkan diri...? Kekejaman demi kekejaman yang Israel laknatullah ini telah lakukan. Dan semakin lama semakin berani...apakah kerana melihat umat Islam kini yang semakin tidak peduli sesama sendiri? Tentera Israel semakin melampau apabila 'ikut dan...' diorang je nak serang, dah la di perairan antarabangsa (65 kilometer daripada persisiran Gaza). Kalau ikutkan mereka tiada hak langsung nak buat macam tu!..sesukasukasuka hatiii je Israel laknatullah ni!! Ee..buat orang panas je...Ya Allah..Sejukkanlah Hatiku ini, agar akalku kekal waras untuk berfikir lagi.



Allah telah melaknat golongan Yahudi yang menolak Quran, seperti yang diterangkan oleh Quran sendiri:

Dan ketika datang kepada mereka sebuah Kitab dari Allah (Al Quran), yang mengesahkan apa yang ada pada mereka (Kitab Taurat), sedang mereka sebelum itu sentiasa memohon (kepada Allah) kemenangan atas kaum kafir musyrik (dengan kedatangan seorang Nabi pembawa Kitab itu). Setelah datang kepada mereka apa yang mereka sedia mengetahui kebenarannya (Nabi Muhammad dan Al Quran), mereka mengingkarinya; maka (dengan yang demikian), laknat Allah menimpa orang-orang yang kafir ingkar itu. (Al Baqarah 89 )

Sampai bila-bila pun orang yahudi laknatullah ini akan akan mendendami umat Muhammad s.a.w. Lihat la apa yang berlaku di Palestin. Apa yang saya tahu, dari kecil lagi tentera Israel ini dilatih untuk membunuh. Semasa kecil mereka dilatih membunuh binatang untuk menghilangkan perasaan belas kasihan terhadap makhluk. Maka, hasilnya tiada lagi sifat perimanusiaan dalam diri mereka ketika melakukan pembunuhan dan kekejaman. Dasyatkan...

Tetapi...!!! Saya amat yakin, lagi dasyat umat Islam jika kita semua bersatu..Ayuh sahabat, ayuh teman...berikan keprihatinan anda dan hulurkan bantuan walaupun hanya melalui selemah-lemah bantuan iaitu melalui doa kepada saudara Islam kita di sana yang amat memerlukan kita membantunya. Selemah-lemah bantuan inilah sehebat2 senjata kerana..."Senjata Umat Islam Adalah Doa". Jangan nanti bila di akhirat nanti Allah tanya, apa yang kamu lakukan bila saudara Islam kamu memohon pertolongan...?? Dan tiada apa yang kita lakukan, mahupun untuk mendoakan juga tiada..dan lagi menakutkan jika kita menyatakan...saya tidak tahu masalah saudara ku di sana...aik?? Nauzubillah..




P/S Biar la kau Israel... nak berlatih dari kecil ke, dari baby lagi ke...atau dalam perut ibu kafir yang mengandung sekali pun...berlatih la puas2. Tunggu dan lihat la kebangkitan dan kemaraan umat Islam!! Umat Muhammad!!

"Addin An-Nasihah ^___^

Friday, May 21, 2010

Cepat Sembuh Mak

Balik kampus ada englis com. Maklum la...english orang yang hebat ni la gayanya...disebabkan terlampau hebat la waktu cutiku terpaksa dikorbankan. It's ok...pengorbanan itu pahit kerana hasilnya manis. Manis ke result ECOM ku nanti??
Berat hati juga nak tinggalkan rumah. Mak demam..kesian mak...habis je sukan sekolah Tadika rabu lepas, mak kena demam. Oh mak...mak main panas ye..
"Dah makan ubat mak?" Aku tanya
"Mak minum air kordial roselle je tadi" Mak jawab
"Kordial Roselle kan untuk demam dan selesema je, batuk mak camne?" Aku tanya lagi
"Mak minum la air kordial Asiatica tu(untuk batuk)"aku la cadangkan.
"Uu...air tu tak sedap"selambe je mak jawab. Mak sekarang aktif produk HPA...dulu anak2 perempuan mak ni yang berkobar2..tapi separuh jalan je...hihi. Tapi ok what? At least pernah berkobar2..hihi..

Bukan elok sangat pun jika kita terlalu bergantung sangat2 pada ubat2 seperti panadol tu..tak elok!! Aku pun tanya la mak, rasa apa badan lepas minum ubat, lega tak? Mak cakap lega la sikit, keluar la peluh. Alhamdulillah. Tetapi kita sebagai muslim sedia maklum la..kita hamba Allah yang lemah ini hanya sekadar mampu berusaha dan bertawakal, samada sembuh atau sebaliknya adalah bergantung kepada ketentuan Allah SWT sebagai Asy Syafi ( Maha Penyembuh) Dengar mak batuk2 lagi... Sabar ya mak...

Kalau sakit datang kepada kita, ada 2 perkara yang kita perlu ingat iaitu

a) Sakit kita ni datangnya dari Allah SWT
b) Bahawa sakit itu baik bagi kita

Wah...apa nya yang baik sakit ni? Sakit bukan banyak keburukan ke..? keje tertangguh, cakap pun tak larat ( Erm, kesian mak nak sembang dengan abah pun tak larat, kesian abah jugak...nak luahkan perasaan tapi mak xlarat nak dengar..hik3). Sakit itu sahabat2 sekalian, baik........sebab..Akan diampunkan dosa, ditinggikan darjatnya, pembuka Jalan ke syurga...dan..banyak lagi kelebihannya...Erm InsyaAllah akan datang saya akan perbincangan kelebihannya ok. Tiba2 teringat pesan along, esok pagi2 nak semua dah siap. Huh, along pergi qiamulail kat sekolah. Erm..ye la...tido awal la ni,esok nak siap awal(azamku..hik3)

p/s : Gunalah produk HPA, baik untuk kesihatan dan keselamatan dunia dan akhirat...HPA dijamin HALAL..InsyaAllah. Hari hujan, doa makbul...nak doa mak cepat sembuh dari demam.. "Ya Allah, kurniakanlah kesihatan yang baik untuk mak yang amat aku kasihi ini" amin3x.

"Addin An-Nasihah ^___^

Tuesday, May 18, 2010

Langkah Baru


Syukur ke hadrat Ilahi di atas limpah kurniaanya dengan nikmat hidupnya, nikmat Imannya,nikmat Islam...SubhanaAllah.. Tidak tahu apa rasanya bila tiada kurniaanMu ini Ya Allah dan janganlah Engkau membiarkan ku hilang nikmat Iman dan Islam..aku xnak merasainya pun.. walaupun hanya sesaat..nauzubillah. Selawat dan salam mudah-mudahan selalu dicurahkan ke atas Rasulullah S.A.W.

Alhamdulillah, sahabat2 lain semua dah lame melangkah..tapi aku baru baru nak melangkah.. selalu macam tu.. tapi xpe! small matter la.. biar lambat asal selamat. Selagi ada kemahuan disitu ada jalan. Nak seribu daya, xnak seribu dalih...!

" Sesiapa yang ditanyakan tentang Ilmu pengetahuan, tetapi dia menyembunyikan, Allah akan merenjamkannya dengan renjaman api neraka pada hari akhirat kelak" - Riwayat Abu Daud daripada Abu Hurairah.

Teringat masa kat politeknik dulu, semester 2,3,5...ah setiap semester la. Orang selalu tanya "kenapa eh nak jadi exco?". Ringkas jawapku..nak kongsi ilmu yang ada ini dengan orang lain. Itu salah satunya la jawapanku. Sedangkan ilmu yang ada tu...bukan banyak mane pun.. Tetapi.."Sampaikanlah, walau hanya satu ayat" sedemikianlah yang ditegaskn oleh Rasulullah S.A.W. Memang ilmu tak cukup..tapi nak tunggu cukup..bile..bile dan bile.. Ilmu Allah ini luas.. Kadang2 kita perlukan sesuatu tekanan atau cabaran, untuk melakukan sesuatu. Sama macam nak hadapi peperiksaan... bile nak exam..tiba2 jadi budak rajin baca buku, baru la berusaha nak faham tu nak faham ni. Begitu la juga, dulu kenapa nak jadi exco..at least akan berusaha untuk memperbaiki diri dan berusaha menambah ilmu.. sebab akan menjadi rujukan adik-adik nanti dalam semua aspek...so get ready. Mungkin kini..disini.

Aku ingin memulakan langkah baru...cra baru..perubahan baru. Aku bukan la seorang penulis..namun, aku tahu setiap perkataan yang ditulis, setiap kata yang dibicarakan dan setiap apa yang disampikan...semua itu akan mendidik hti, menyedarkan dan memuhasabahkan diri..bukan hanya untuk pembacanya malah diri ini jua...

Semua ini memerlukan keikhlasan..supaya redha Allah mengiringi..dan ia tidak menjadi sesuatu yang sia2. Bukan mudah hendak mendidik hati..bukan mudah nak penuhinya dengan sifat2 mahmudah... bukan mudah hendak sucikannya daripada sifat2 mazmumah.. tetapi kena ada usaha..jikalau nak ianya menjadi seputih dan sesejuk salju :D

"Addin An-Nasihah ^___^

:::SAHABAT-SAHABATKU:::