Thursday, March 19, 2015

Seminar keluarga Sunnah 3.0

"Tiada pernah kecewa sebuah keluarga yang membawa sunnah Nabi SAW, tiada yang boleh bagi bahagia selain dari ALLAH"   -Ustaz Ebit Lew-

Alhamdulillah, rezeki suami bawa untuk mengikuti Seminar Keluarga Sunnah 3.0 di UPM untuk tahun ini.



Banyak ilmu bermanfaat, banyak perkongsian yang boleh diambil dan diamalkan. Firstly, maksud keluarga sunnah ini adalah keluarga yang menghidupkan amalanRasulullah saw di dalam rumah.

Hidupkan amalan Rasul SAW di dalam rumah dengan :

1) Kasih sayang (salam,sentuhan,senyum dll)
2) Solat berjemaah (solat tahjud,solat dhuha)
3) Hidupkan amalan taqlim di rumah (Bacaan hadis, tadarus, ajarkan anak2 cerita2 Rasul)

 - Ustaz Ebit Lew-

Kita mesti hidupkan suasana keluarga seperti Rasullullah saw dari awal lagi, didiklah anak-anakmu sejak mereka didalam kandungan lagi dan perintahkan anakmu solat setelah umurnya 7 tahun. Itu tanggungjawab ibu ayah. 

Dan orang yang paling baik dengan ahli keluarganya adalah orang yang paling baik disisi Allah saw.

- Syeikh Habib Ali Zainal Abidin-

Semua orang mengimpikan sebuah keluarga yang ibarat syurga, bahagia.. tenang, berikut adalah dianatara syurga idaman keluarga : 

 1) Keluarga yang berkasih sayang kerana Allah SWT
2) Keluarga yang mengenal Allah
3) Keluarga yang benar-benar mendokong Islam, yakni menjadi ahli keluarganya menjadi Ansorullah.
4) Keluarga yang dikurniakan kesucian hati & keindahan budi pekerti.

-Ustazah Noorhafizah Musa-


Menunaikan hak suami isteri, sebelum suami/isteri menanyakan haknya...tanya dahulu dimanakah kita letak hak Allah swt.

Allah yang menjaga dan menciptakan kedamaian , ketenangan dalam rumah tangga. Jaga hak Allah, pasti Allah akan jaga hak keluarga itu.

-Ustaz Zul Ramli-






Syukur, selesai ikutinya dari jam 9pagi sehingga 5petang.hehe.Walaupun tak dapat masuk semua apa yang disampaikan namun moga yang sedikit itu diamalkan dan beri kesan yang mendalam.

"Ya Allah, berikan kepada kami untuk melaksanakan sebuah keluarga idaman iaitu keluarga sunnah"

Ameen.

Tahun depan boleh join lagi, insyaallah.... layari http://www.keluargasunnah.com/








"Addin An-Nasihah ^___^

Bye2 Febuari 2015

Bismillahirahmanirahim. 

Bulan Febuari yang penuh dengan cerita, kenangan dan kisah yang ingin diingati.

16 Febuari 2015

Pertama kali meraikan hari lahir bersama kekasih hati yang bernama suami.
Tq so much abangg

Sempena hari lahir, suami bawa pergi jalan2 ke Petro Sains.
 Best jugak, kami pergi naik ERT.. hehe ala2 keluar dating.
Bukan tak boleh naik kereta tapi suami nak merasa keluar berdua dengan menaiki kemudahan awam.

Walaupun penat, tapi berbaloi..
Yuhuu.. :)

Allahurabbi kejutan di hari lahirku,
balik-balik... ternampak kad dan coklat atas meja.
"Buat isteri tercinta"

Pastu cari suami satu rumah...
Dalam bilik, belakang pintu, dapur, toilet.. bawah meja pun tak de. Kot2 menyorok kan.hehe
 Pelik bin ajaib, bila dia letak sebab selalunya orang terakhir keluar rumah adalah diriku dan balik rumah dulu pun diriku.

Baca bait demi bait dalam kad, Allahurabbi mengalir air mata. 
Terkejut... kata tak pandai buat surprise. hehe.
Terharu sebab dia berusaha nak buat surprise walaupun selalu kata diri tak pandai nak raikan hari lahir orang dan buat surprise.

Tq abang.. Moga Allah kasihi dirimu.

Balik kampung pulak, 
dapat makan kek pulak...yeayyy..
Ya Allah engkau lindungi dan kasihlah pada insan yang cube untuk mengembirakanku disisi keluargaku ini.

Cukup 2 hari di Felcra, hari Jumaat kami pulan ke Kampar sebelah suami.
Esoknya kami gerak ke Taiping untuk berfamily day.
Alhamdulillah best... :)

Aktivitinya hanya

Makan
Mandi kolam
Bergambar

Anak saudara paling best sebab puas mandi kolam
Mak cik-mak cik duk tepi kolam makan dan makan.
Pak cik-pak cik join anak-anak buah main dalam kolam.

Kolam itu kami yang concer!!
Yeeey.. :)

Mula-mula takut nak mandi sebab takut bila dah turun dalam air susah nak naik atas ..haha
tiba-tiba kak ipar kata seronok masuk dalam air, terasa ringan je perut.

ish yeke...

So... time orang dah tak ramai nak main air, ku pun pe lagi
terjunnnnnn......
Wah memang ringannya perut... :)

Suke tak anak ummi? hehe.

nanti lahir kita belajar berenang yep










"Addin An-Nasihah ^___^

Thursday, February 26, 2015

Promosi Powerbank Murah

Assalamualaikum!

Promosi powerbank yang MURAH sesangat-sangat .




Kami ambil direct terus dari supplier Pineng, dengan harga yang murah. Boleh layari website www.pineng.com.my untuk melihat harga pasaran dan bandingkan dengan harga yang kami tawarkan.

Berminat ?

Boleh pm saya 019-4812372 :)
"Addin An-Nasihah ^___^

Makan malam syarikat suami



Annualy dinner Pro Khas. Tema. "MTv Award"
Ade tak macam ikut tema. hihi. 
Cakap kat suami, erm.. segan le plak.
Suami jawab, ala..dunia je tu.hihi.

Yang penting, pergi untuk eratkan siraturahim, berkenalan dengan kawan-kawan office suami.
So far so good.
Dapat plak doorgift Powerbank Pineng..wahaha.. tokey powerbank dapat powerbank.hihi

Yang penting, dapat makan dan... 
alhamdulillah dapat selesaikan kewajiban kepada Allah walaupun majlis berlangsung.

"Dimana bumi dipijak, disitu Islam dijunjung:
...
...
Rezeki pada malam tu, walaupun tak dapat hadiah cabutan bertuah top 5 tapi
dapat tersenarai hadiah top 50. Wah.. moga itu berkat sebab keluar untuk tunaikan kewajipan padaNya. Alhamdulillah!

Hadiahnyaa....jeng-jeng...

Jeng...jeng..! Post ini di sambung taip semula rini. hee.

Hadiah dah ambil. Alhamdulillah rezeki hp samsung dual.
 Cakap kat suami, "Allah akan beri apa yang kita perlu"
So...jika hadiah cabutan hadiah dapat sebiji bawang pun, tetap bersyukur sebab itu rezeki dariNya.
Sebiji bawang itu sebenarnya yang kita perlu, jika Allah dah tetapkan.

Allah Maha Tahu 

So.... kalau tak dapat dapat apa yang kita mahu tu, maksudnya Allah tahu ia perlu dimiliki dengan cara lain.hehe.

Sekian

p/s : Masa dinner ni, kebanyakkan officemate suami cakap "dah bersalin ke" huuu. Sebab tak nampak perut.

"Belum lagi...perut ada ni smebunyi dalam tudung"
Tapiiiii, lepas dinner tu...jumpe orang je, ada je tegur perut dah nampak, baru imbul soalan bila due dan lain2 seangkatan.... erm, baby dengar kot kawan2 ayah cakap..tu dia besar cepat2...

hehe

Alhamdulillah, fasa trimester ke 3, Moga Allah mudahkan.

Anak ummi...Jangan nakal, aktif tak pe.. sebab aktif itu tanda anak ummi ayah ni sihat.

Wassalam
:D






"Addin An-Nasihah ^___^

Saturday, February 7, 2015

Majlis Aqiqah dan naik buai anak buahku

Bismillahirahmanirrahim...

Tak sempat lagi nak bercerita tentang anak saudara terbaruu...paling latest, anak buah ke empattt gitu.hihi. Anak Mak Yang oke... Girl2.. namanya diberi Amni Summayyah. Wahhh, nama yang duk terbayang-bayang di fikiranku jika aku dapat anak perempuan.haha. Rupa-rupanya nama itu nama untuk anak buahku, patut pun..hehe. So, kena fikir nama lain la, tapi sampai sekarang tak jumpa lagi, en suami pun duk bagi idea itu ini dah.. hahaha. Jika anak lelaki, en abg pilihan dihati dah.hihihi.

Tak pe.. never mind. hehe..insyaAllah nama itu akan datang menjelma juga.hukhuk.

Oke.. Baru2 ni balik kampung felcra, ada majlis aqiqah Summayyah dan naik buai baby Syamil sekali. Dah tembam dah baby syamil tapi baru ni jumpe...alaaa selsema.. kesian dia. Humaira pulak dah macam anak dara dah, main bowling siap pass tangan dengan mak ngah, yang si debo fateh pulak.. naik beskal jatuh... nages .. risau mak ngah tapi.. kelakar plak, tengah nages boleh menguap.. adehhhh.... huhuhu.

Masa kenduri kecil-kecilan ni, semua pakat busy, so tugasan kami yang tak de anak lagi ini adalah.... menyiapkan doorgift! Fuhh... penat jugak, termegah-megah i, nasib ada dua pembantu.. itu en abg dan k.long mera yang nampak kaki je tu..haaa tu busy menolong gak tu.huhu..



Mak ayah pun datang kenduri ni, sekali dengan bencik sekeluarga dan bang yang sekeluarga. Besttnya ramai-ramai ada.. :) Rasanya ini first time keluarga sebelah suami datang lepas kitorang kenduri kawin ritu. huhu.. cepat masa berlalukan. Kini nak hampir setahun perkahwinan kami. Moga Allah sentiasa redha dan berkati perkahwinan ini, tanpaNya siapalah kami.

Alhamdulillah, makan tengahari tu selesai sampai lewat petang... ramai jugak yang datang :)Sampai kelam kabut tukang buat air...en syakir ishak.haha. Menjadi rebutan ramai. Bleh dah tu..kenduri sndiri nanti buat air sendiri xpayah upah orang.ahakss. :P



 Then petang tu, aku dan en abang pergi ke kedai buku Syabab di Billion, kami beli buku 'Nikmatnya sakit bersalin' dan 'Suami bukan malaikat, isteri bukan bidadari', Insyaallah plan nak buat satu entry tentang buku bacaanku sepanjang aku mengandung ini. Moga manfaat buat orang lain serta peringatan buatku untuk akan datang. 

Cukup untuk kali ini, Wassalam...... ! :)





"Addin An-Nasihah ^___^

Thursday, January 15, 2015

Petua Mengurangkan Demam Kuning Bayi

Bismillahirahmanirrahim,

Video yang membuatkan hati ini tersentuh, tak sabar menanti permata hati ummi ayah ini. Moga Allah mudahkan kelahiranmu ke dunia ini.

Moga kehadiranmu kedunia ini menjadi permata pada agama. Mudahkan Ya Allah.. Mudahkan kelahirannya, Mudahkan dan bantulah anak kami ini dalam perjalanan hidupnya dunia & akhirat.

Lindungilah anak dalam kandunganku ini, Engkau sebaik-baik perlindung. Semua kami serahkan padaMu..hanya padaMU. Amin...


     

Dan ini ..! :)

Suami suruh baca, insyaallah letakkan dalam blog supaya senang nak rujuk :)

UNTUK MENGELAKKAN DEMAM KUNING, IBU SEMASA MENGANDUNG DIGALAKKAN :

  • Menelan madu (tanpa air) 3sudu atau meminum air madu 5 sudu (Tiada masalah bagi mereka yang mengalami masalah kencing manis, malahan itu adalah terapi bagi masalah kencing manis)
  • Mengamalkan minum susu kambing 2 cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur. (Sebaiknya dicampur dengan sedikit zaafaran)
  • Mengamalkan meminum pati delima paling kurang 500ml sehari. Banyakkan memakan kurma sebagai sarapan.
  • Mengamalkan memakan buah tin setiap 3 hari. 
  • Menelan minyak zaitun apabila umur janin sudah mencapai 5 bulan ke atas.
  • Suami digalakkan menggosok lembut perut isteri yang sedang hamil sambil berselawat sebanyak mungkin.
Selanjutnya boleh tengok kat blog di bawah :)

Sumber : http://www.ziefauzi.com/2013/09/petua-mengurangkan-demam-kuning-bayi.html


"Addin An-Nasihah ^___^

Friday, January 2, 2015

Moga diri ini menjadi hambaNya yang Bersyukur

Bismilillahirahmanirahim..

Selamat tinggal 2014, welcome 2015. 

Allah masih berikan waktu untuk beribadat kepadanya, berikan masa untuk bertaubat dan berikanpeluang untuk berbakti kepada keluarga, agama, masyarakat dan negara.

Alhamdulillah, baru sahaja selesai cuti seminggu di Perak, cuti yang penuh makna terisi dengan pelbagai aktiviti bersama suami dan keluarga di kampung. Semua atas izinNya juga.

Syukur Allah mudahkan. Cuti seminggu sebab ikut suami nak habiskan cuti. Aa...baru kerja tak sampai setahun cuti dah nak dekat 10 hari dah, ngeee. Alhamdulillah...semua atas izin Allah. Itu juga rezeki. :)

Bulan Disember ini juga rezeki dapat komisyen umrah dan bonus tahun baru. Allahurabbi. Allah juga masih kurniakan nikmat sihat. Alhamdulillah. Dapat juga bertemu dengan sahabat-sahabat dan keluarga tersayang sepanjang seminggu. Nikmat kebahagiaan yang tak terhingga. 

Bahagia itu Allah yang beri. Setiap orang mempunyai tafsiran kebahagiaan yang berbeza. Bagiku apa yang ku milikiitulah kebahagiaan yang patut disyukuri.

Moga Allah sentiasa letakkan diri ini dikalangan orang yang bersyukur. Moga ujian kesenangan ini dapat dilalui dengan hati yang bersyukur dan semakin mendekati Allah iaitu dikala senang, bukan dikala susah sahaja seperti sakit, hati tidak tenang, gelisah, risau dan sebagainya.

Di kala aku disini, di luar sana banyak lagi orang yang susah. Tambahan baru-baru ini berlaku bencana alam iaitu banjir di bumi Kelantan, Perak, Pahang, terengganu. Jauh disudut disana..walaupun tidak mengenali tetapi memikirkan bertapa payahnya mereka menghadapi hidup, dengan kehilangan itu dan ini.

Aku bertanya kembali pada diri, jika aku di tempat mereka, mampu kah aku???? 

Allah...... Aku takkan mampu menghadapinya melainkan dengan izin Allah :'(

Aku dapat bercuti bersama keluarga dengan gembira, pergi kerja dengan selamat, punyai suami disisi, diberi komisyen bonus, mempunyai tempat tidur yang selesa, tempat tinggal yang sempurna... tetapi ada saudara seIslam ku yang hampir... bukan di luar negara tetapi satu negara, hanya jarak beberapa kilometer sahaja... merekalah yang dalam kesusahan..kini hidup dalam kerisauan, kesedihan dengan apa yang terjadi. 

mereka tidak mempunyai apa-apa... banyak harta benda musnah. Aku cuba bayangkan jika rumahku duduki kini tiada, barang-barang dalam rumah semua musnah. Allahurabbi...sukarnya. 

Oleh itu, sebenarnya apa yang ku miliki ini...sebenarnya hak mereka. Sebab apa yang ku miliki ini semua hak Allah. Apa yang dimiliki ini maka bersyukurlah dan apa yang mampu diberi bantuan berilah. 

Kulihat kembali... moga rezeki bulan disember ini dapat dikongsi bersama mereka, dan mana-mana keperluan yang boleh diberi sumbangkan. Moga usaha sedikit sebanyak ini dapat membantu mereka selain daripada doa. Maaf saudaraku... kerana aku tidak mampu menyumbang tenaga.

Ya Allah! Moga diri ini menjadi diantara hambaNya yang bersyukur.

Aminnnn 




"Addin An-Nasihah ^___^

Thursday, December 11, 2014

Jaga makan ye!

Fasa baru in coming....!

Sekarang alhamdulillah dah mula berselera mkan, tersenyum cik abe tengoknya. hehe. Sekarang bila nak makan sesuatu tu asyik duk teringat je selagi xdapat. Aa...! Malam tadi pun, gara-gara tengok along post gambar kak long mera punya roti canai ni la duk terbayang-bayang roti canai sampai ke malam..huuuuu....


Balik saja my love dari tempat kerja, solat maghrib.

"Malam ni syg nak makan apa"
"Makan buah je la" (Dimata terbayang-bayang roti canai kak long mera tadi)
"Eh ibu mengandung tak boleh diet2, kena makan, nanti lapar, buah je tak cukup"
"Erm....tak pe, boleh makan oat jugak (Sedap juga Radix oat HPA pagi tadi)"
"Betul ke ni... kalau sayang nak masak pape masak la, tak pe..(kes malas nak masak sebab cik abe malam-malam nak makan buah je...huhu)"
"Ke nak makan luar"
"Erkkk....sebenarnya teringin roti canai"
Fuhhh...terkeluar jugak.hehe. Asalnya xnak bg tahu sebab kesian tgk suami baru balik keje....huhu.


Last-last siap laju-laju zoom.... pergi solat isyak dulu kat surau taman melewar then... pe lagi, pekena la roti canai mamak satu!!

Dapat juga semalam roti canai semalam. Bahaya betul tengok orang-orang pos gambar makanan ni.hahaha. Sian kat ibu-ibu mengandung ni..kot teringin tak de kat Malaysia guane.haha

Pape pun.... pemakanan mesti terjaga.. U see... Inilah jadual pemakanan berkhasiat yang harus di ikuti olehku. Arahan cik abe.Tapi si isteri................ main acah2. Disiplin sehaaaa.... plzzz!!



Makan cukup2 dan berkhasiat ye puan sehaaa...supaya boleh tembam dan sihat macam anak buah bertiga tu..hahahaha....



Sekian !! :)


"Addin An-Nasihah ^___^

Tuesday, November 11, 2014

Kehidupanku ...


Bismillahirahmanirahim...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Perlindung.
Selawat & salam buat junjungan agung Rasulullah saw.
Salam sayang penuh kasih buat suami tercinta,
Salam penuh rindu buat mak abah mak ayah..doaku agar kalian dikurniakan kesihatan yang baik selalu.

Yeahhh! ada pun masa menulis di teratak istimewa ini. Masa amat mencemburuiku, bukan sahaja masa tetapi kesihatan yang kurang baik juga membuatkan diri ini terasa nak berehat sahaja, sedangkan banyak benda ingin dibuat,

Ok! hari ni masuk kari ke-4 berehat di rumah. Bukan suke-suke tapi atas nasihat doktor supaya merehatkan diri. Walaupun kerja umrah banyak di Pasti Travel...harus dilupakn sejenak. Mujur punyai kawan-kawan ofis yang suka membantu, mengambil berat dan sudah seperti kakak sendiri. Alhamdulillah. Juga punyai ketua staff dan bos yang memahami. Banyak hikmahnya Allah takdirkan aku bekerja di Pasti. Hikmah seperti yang sesuai untuk keadaanku. Tempat kerja yang dekat, kerja 5 hari sahaja, punyai kawan-kawan yang boleh dirujuk dalam hal keluarga. Cume aku dah tak boleh ligat bekerja seperti masa bujang dulu kerana harus jaga badan.ahaks..hehe..



Moga Allah beri yang terbaik buat kami berdua. Bukan sahaja rehat dari bekerja di office tapi big bos di rumah juga suruhku berehat. Terima kasih abang.... jaga sayang. Meredakan kegelisahan dihati. Erm...hati siapa tak risau, memikirkan anak dikandungan. Alhamdulillah semua dalam keadaan baik. Moga Allah lindung.
 

" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir."

Allah mencurahkan mawaddah wa rahmah ke atas hambaNya, yakni perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Pada permulaan perkahwinan, kita dicurahkan dengan perasaan cinta. Sesudah agak lama berkahwin, perasaan cinta itu bertukar menjadi belas kasihan. Apabila pasangan kita sudah mula berkedut, apabila pasangan kita sudah mula bongkok, apabila pasangan kita sudah mula terlantar sakit, maka perasaan belas kasihan itulah yang mengukuhkan perkahwinan itu, yang membuat perkahwinan itu bertahan sehingga ke akhir hayat.

Petikan daripada buku novel yang baru habis dibaca "Kuseru Namamu Kekasih" Penulisan Maya Iris. Salah satu aktiviti sepanjang mengandung adalah hendak mengasah diri banyakkan membaca. Membaca AlQuran of coz ... kerana itu muzik terbaik buat anakku. Aku dan suami dah memborong buku.....wahhh.. novel je laju habis.hehe.

Cayok2 seha....!Target sampai bulan 5 nanti...

1) Khatam baca Alquran beserta terjemahan.
2) Habiskan sekurang-kurangnya 5 buah buku.

Insyaallah...

Yang tiada tetapkan lagi tapi nak usaha buat.

3) Makan kurma - setiap hari ehh 2 hari sekali (tapi kurma macam nak habis je..hikhik)
4) Minum air delima + madu -  setiap hari atau 3 hari sekali
5) Minum Air Kelapa - bulan feb start minum hari-hari

Ada lagi ni....insyallah... yang lain akan menyusul............ :)

Sekian, wasalamuuu...
"Addin An-Nasihah ^___^

Monday, September 22, 2014

Allah akan beri mengikut apa yang kita sangka.

Bismillahirahmanirrahim.

Sungguh pemurah Allah SWT, sungguh Pengasih ALLAH SWT & sungguh Maha Besar ALLAH SWT.

Suatu hari, cintaku selepas Allah & Rasul berkata... jika hendakkan sesuatu, doa betul-betul & sangkakan baik-baik kerana Allah akan beri mengikut sangkaan hambaNya.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W.  bersabda yang bermaksud : “Allah S.W.T. berfirman, ‘Aku sesuai dengan prasangka hamba-Ku kepada diri-Ku’.” (Hadis RiwayatAl-Bukhari)

Allah swt akan memberi dengan mengikut sangkaan hambaNya. Jika hambanya yakin akan doanya akan dimakbul Allah, maka Allah akan menurutnya. Tetapi jika hambanya berdoa tetapi masih ragu-ragu akan janji Allah.. maka ia berbeza kerana sejak awal lagi sudah berputus asa dan bersangka buruk terhadap Allah swt.

Begitu juga perihal kita apabila kita memohon ampun kepada Allah SWT, jika hambanya bertaubat dengan taubat Nasuha , maka Allah akan menerima taubatnya. Banyak sirah-sirah rasul dan cerita yang kita dengari berkenaan taubat. Contohnya cerita pembunuh yang membunuh 99 orang dan akhirnya membunuh cukup 100 orang apabila orang yang ke-100 itu menyatakan tiada harapan untuk dia diampunkan Allah. Tetapi si pembunuh yakin dan bersangka baik bahawa Allah itu Maha Pengasih. Akhirnya die bertemu dengan orang yang benar... maka taubatnya diterima Allah swt.

Allahurabbi...!

Mengalir air mata menangis hati ini, apabila mengenangkan bertapa baiknya ALLAH swt pada hambanya. Sedangkan hambanya ini penuh noda dan dosa. Diri ini tidak malu berkongsi apa sahaja kebaikan yang Allah berikan pada hambaNya yang hina dina ini. Bukan untuk menunjuk tetapi hendak orang tahu bertapa Allah itu Maha Mendengar, Maha Besar, maka jangan putus asa.

Astagfirullahhalazim..!
Allahuakbar..!

Diizin Allah untuk kami suami isteri memikul amanah dan anugerah yang paling berharga. Tiada lain melain sentiasa berdoa agar Allah jagainya lindunginya, kerana Allah adalah sebaik-baik perlindungan.

Terima kasih Allah.. cinta padaMu takkan pernah putus, takkan pernah jauh, takkan pernah hilang.
Moga Allah redhai kami selalu. Aminn

Selamat membesar dan berkembang dengan selamat wahai cinta hati kami. Kehadiranmu dinanti dengan penuh sabar. Kerana engkau bakal menyerikan lagi hidup kami.

Alhamdulillah :)

"Addin An-Nasihah ^___^

:::SAHABAT-SAHABATKU:::